PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday 22 February 2013

BATU API!!! Karpal Singh Ni AGAMA Apa? Apa NIATNYA?


Dalam isu Kalimah Allah, apa yang dapat diperhatikan ialah Karpal Singh begitu beria-ia mempertahankan supaya perkataan Allah juga boleh digunakan oleh penganut-penganut agama Kristian dalam urusan agama mereka mahupun dalam kitab Bible. 

Dia begitu tegas menolak keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura PAS berkenaan isu ini. Dia juga  begitu bersemangat dengan tujuannya sehingga tidak mempedulikan sensitiviti agama lain terutamanya Islam serta orang-orang Melayu.

Apa yang menjadi persoalan atau kemusykilannya ialah agama apa si Karpal Singh ini? Kerana dia begitu bersemangat, bermati-matian, beria-ia. Apakah dia beragama Kristian? Rasanya tidak. Rasanya si Karpal Singh ini beragama Sikh. Jadi mengapa dia begitu beria-ia? Apakah kerana dia selaku Pengerusi DAP? Kerana ramai dalam DAP beragama Kristian. Apa muslihat dan niat sebenar si Karpal Singh ini?

Mari kita lihat statistik bancian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mengenai taburan penganut agama-agama di Malaysia.

Statistik Terkini Penduduk Mengikut Anutan Agama Di Malaysia Tahun 2010
Rakyat Malaysia : 28.334 juta 

Islam : 17,375 juta (61.3%) 
Kristian : 2.617 juta (9.2%)
Buddhist : 5.620 juta (19.8%)
Hindu : 1.77 juta (6.3%) 
Cina Tradisi : 0.356 juta (1.2%) 
Lain-Lain : 0.11 juta (0.4%)
Tiada Agama : 0.2 juta (0.7%) 
Tidak Diketahui : 0.272 juta (1%) 


POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA
BAGI TAHUN 2010

AGAMA
ISLAM
KRISTIAN
BUDHA
HINDU
LAIN-LAIN
NEGERI
MALAYSIA
61.3%
9.2%
19.8%
6.3%
3.4%
JOHOR
58.2%
3.3%
29.6%
6.6%
2.3%
KEDAH
77.2%
0.8%
14.2%
6.5%
1.3%
KELANTAN
95.2%
0.3%
3.8%
0.2%
0.5%
MELAKA
66.1%
3.0%
24.2%
5.7%
1.0%
N. SEMBILAN
60.3%
2.4%
21.2%
13.4%
2.7%
PAHANG
74.9%
1.9%
14.4%
4.0%
4.8%
PERAK
55.3%
4.3%
25.4%
10.9%
4.1%
PERLIS
87.9%
0.6%
10.0%
0.8%
0.7%
PULAU PINANG
44.6%
5.1%
35.6%
8.7%
6.0%
SABAH
65.4%
26.6%
6.0%
0.1%
1.9%
SARAWAK
32.2%
42.6%
13.5%
0.2%
11.5%
SELANGOR
57.9%
3.8%
24.4%
11.6%
2.3%
TERENGGANU
96.9%
0.2%
2.5%
0.2%
0.2%
KUALA LUMPUR
46.4%
5.8%
35.7%
8.5%
3.6%
LABUAN
76.0%
12.4%
9.0%
0.4%
2.2%
PUTRAJAYA
97.4%
0.9%
0.4%
1.0%
0.3%
    Sumber : Bancian Jabatan Perangkaan Malaysia 2010

Jadi bagaimana, jelas dan terang bukan?

Di mana duduknya agama Sikh? Tidak kelihatan kerana ia termasuk dalam lain-lain agama, hanya 0.4% atau jika dicampur dengan yang lain jadilah 3.4% sahaja. Jadi, layakkah orang ini mengatakan jika hendak wujudkan negara Islam, langkah mayatnya (kami) dulu?


Jadi apa niatnya? Setujukah anda bahawa tujuan dan niat Karpal Singh adalah untuk mencetuskan ketegangan agama antara penganut (melaga-lagakan) Islam dan Kristian? Mewujudkan permusuhan kaum dan agama di Malaysia?

Jika benar, apakah gelaran bagi orang seperti ini? Mungkin 'batu api' paling keras dan besar di Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut tentang agama Karpal Singh boleh baca di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Sikhisme

sk : kalau tak salah, penganut agama Sikh yang taat..yang lelakinya akan memakai serban mereka...tapi ada yang tak pakai...(siapa?).

ULAMA SU' - Ulama PALSU, Ulama NAFSU Dan Ulama BISU - Bahagian I

Gambar Hiasan

Ada kalangan ulama dan pendakwah dengan manisnya mengatakan bahawa tugasnya adalah berdakwah demi kesejahteraan Islam, namun di waktu yang lain pula ia membolehkan, bahkan mengajak umat Islam untuk memilih musuh-musuh Islam sebagai pemimpin meskipun menyedari musuh-musuh itu akan memudaratkan ummah, agama dan negara.

Ulama su' turut berpura-pura mengajak ummah kepada kebaikan, namun dengan cara-cara kefasikan seperti berdakwah dengan memaki hamun. Mulutnya sentiasa menjanjikan pahala dan syurga namun sikapnya mengajak orang lain bermusuh-musuhan. 

Mereka gemar berdakwah secara melawak, namun caci maki tetap menjadi rencah wajib dalam setiap ceramah mereka demi melampiaskan kemarahan mereka.

Al-Quran dan Hadis sering digunakan untuk menghalalkan segala pendustaan mereka. Jenis ulama penghibur ini tidak mengikuti aturan dakwah dalam syariat Islam sebaliknya, mengikuti nafsu demi mengejar nama.

Mereka lupa akan ancaman Rasulullah s.a.w iaitu;

"Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan murka manusia, maka Allah mencukupinya dari manusia. Dan barangsiapa mencari redha manusia dengan (menyebabkan) kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan dirinya kepada manusia" - Hadis Riwayat Ar-Tirmidzi.

Oleh itu, jangan sampai Allah menurunkan bala dan kehinaan ke atas umat Islam disebabkan oleh kejahilan kita mengikuti ulama-ulama perosak ini.

Gambar Hiasan lagi...

Kembali kepada jalan benar yang diredhai Allah dan Rasul semoga hidup kita sentiasa dalam rahmatNya.

sk : ulama su' makin ramai, 'ustaz' dan 'ostazah' segera pun makin ramai...punah punah.

Thursday 21 February 2013

DEDAH!!! Episod-Episod 13 Mei 1969, Dan PENCETUSNYA, Apakah Kita Sudah Lupa?


Apakah kita orang-orang Melayu dan Islam sudah lupa Tragedi 13 Mei 1969? Sudah tentu tidak. Mereka yang lahir selepas 1969 jangan malas untuk membaca dan mengkaji sejarah 13 Mei 1969, apatah lagi yang lahir sebelum 1969 atau yang pernah mengharungi peristiwa berdarah tersebut, tentu sekali tidak akan pernah melupakannya.

Entri ini bukan untuk mewujudkan sentimen perkauman atau rasis tetapi untuk mengingatkan kembali orang-orang Melayu supaya jangan membiarkan peristiwa hitam tersebut berulang kembali. Begitu juga kepada kaum Cina, iktibar daripada peristiwa itu harus dijadikan pengajaran. Jangan diulangi perbuatan-perbuatan biadap dan kurang ajar yang dilakukan oleh generasi terdahulu. Termasuklah kaum India, ambillah pengajaran dan jangan ulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh kaum Cina terdahulu.

Laporan MAGERAN

Bukan semua orang Cina terlibat dan biadap. Ada ramai orang Cina yang baik dan hidup harmoni bersama orang Melayu. Tetapi orang dan kumpulan Cina yang bertanggungjawab mencetuskan 13 Mei 1969 tersebut masih lagi ada hari ini, masih hidup untuk kita lihat dan ambil iktibar, ambil pengajaran.

Hehehe....

Ramai orang Cina, pertubuhan atau parti kaum Cina samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam peristiwa itu telah mengambil pengajaran. Mereka kembali bekerjasama untuk hidup saling hormat-menghormati dan bersatu-padu bersama orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini. Hasilnya kita hidup harmoni sehingga ke hari ini.

Ada gaya gengster tak? Ketua Pemuda DAP waktu itu...

Namun, bagi Cina DAP mereka tetap seperti dahulu, seperti sewaktu mereka mencetuskan peristiwa berdarah tersebut, tidak pernah berubah. Kepada orang Cina baik dalam MCA atau Gerakan, apatah lagi PKR, janganlah ada walau sedikit perasaan-perasaan seperti mana perasaan yang ada dalam diri DAP. Jika tidak, tidak mustahil peristiwa hitam tersebut berulang kembali dan pastinya ia lebih buruk daripada yang disangkakan. Minta dijauhkan.

Sebagai pengajaran dan ingatan, mari kita lihat kembali episod-episod terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 (berdasarkan Laporan MAGERAN) sebagai pengajaran.














Dalam keadaan begitu, pemimpin-pemimpin Melayu masih lagi bersabar dan menyuruh orang-orang Melayu bersabar dan bertenang...




Begitulah. Sekali lagi entri ini bukan bertujuan untuk mewujudkan sentimen perkauman atau rasis (yang rasis adalah DAP..rasis yang nyata), tetapi untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia, bahawa jangan sekali-kali kita cuba mencetuskan kembali putik-putik peristiwa tersebut. Kita telahpun hidup penuh harmoni, sama-samalah kita kekalkannya.

Anak kepada pencetus 13 Mei 1969

Kepada orang-orang Melayu Islam samada dalam PAS apatah lagi PKR, satu undi anda kepada PAS atau PKR bermakna anda memberi kemenangan kepada pari rasis DAP. Ingatlah.

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku di Kuala Lumpur. Tapi sebelum itu sudah berlaku di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan seterusnya Kuala Lumpur (Laporan MAGERAN). Ikuti rentetan peristiwa tersebut dalam video di bawah.



PAS harus sedar. Tolak DAP.

sk : tak pernah lupa...

FATWA Nik Aziz!!! Hebatnya Wehh - Bahagian II



Berikut SK paparkan lagi antara himpunan-himpunan fatwa Nik Aziz. Sebelum ini sudah SK paparkan dalam entri terdahulu (5 fatwa). Dalam entri awal itu, ada diterangkan apakah maksud fatwa, siapa boleh mengeluarkan fatwa, apakah ciri-ciri fatwa yang sebenar dan sebagainya yang berkaitan dengan fatwa. 



6. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

7. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

8. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

9. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

10. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. 


11.  "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

12.  "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

13. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

14. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

15.  “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


Kita nilaikanlah sendiri fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz ini.  


Tunggu banyak lagi fatwa dalam Bahagian III.



sk : fatwa ke ulor sawa, membelit-belit...


Benci Laungan AZAN, TEMBAK Surau!!! Kafir Harbi Makin MELAMPAU



Tanpa diduga, lewat petang semalam, seorang pembaca kami (yang kami percaya mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa) telah mengirimkan kepada kami email istimewa yang mempunyai maklumat ekslusif berhubung kejadian di atas. Mungkin bagi kebanyakan orang, kejadian di atas mungkin satu kemalangan yang tidak disengajakan, yang mungkin juga berpunca daripada perbuatan anak-anak muda yang nakal.
Namun inilah kebenarannya:
Orang bukan Islam yang tinggal di Taman Aman Perdana (terletak di sempadan DUN Sementa dan Meru - pecahan kaum M: 50%, C: 45%, I: 5%) yang merupakan kawasan elit dan separuh elit tidak setuju dengan laungan azan subuh dari surau taman tersebut. Tindakan pertama mereka pada Januari yang lalu adalah dengan memberi amaran agar memperlahankan laungan azan pada waktu subuh namun tidak di endahkan oleh pengerusi surau tindakan seterusnya dengan menabur paku di pintu pagar masuk ke surau dan kejadian terbaru pada 18.02.2013 Isnin selepas solat magrib sebutir peluru telah di tembak hala ke surau dan menembusi dinding cermin surau dan terkena pada rehal yang di susun di dinding tersebut dan di hadapan rehal itu adalah isteri kepada bekas ketua polis negara Tun Bakri Omar dalam keadaan jemaah kelam kabut untuk melihat apa yang berlaku, satu lagi das tembakan di lepaskan dan mengenai cermin tingkap surau, selang beberapa minit di lepaskan satu lagi das tembakan dengan menggunakan peluru penabur ke arah surau tersebut.. tiada yang cedera dalam kejadian tersebut.. satu laporan polis telah di buat oleh pengerusi surau dan pihak forensik IPK Selangor telah datang untuk menyiasat kejadian tersebut. Walaupun surau tersebut mempunyai 6 unit cctv tetapi tidak dapat melihat mereka yang melakukan perkara tersebut.
Berdasarkan kepada maklumat di atas, kita pastinya dapat meneka siapa yang menjadi dalang dalam kejadian di atas bukan?!! Nampaknya mereka kini bukan setakat berani memperlekeh agama dan bangsa kita, malah semakin tidak takut untuk MEMBUNUH, lebih dahsyat, ketika sedang beribadat pula!


sk : memang kurang ajar...

Wednesday 20 February 2013

Apabila Anak Di Ribaan, Di Kangkangan!!! Siapa Yang Anda Percaya?

Poster dan gambar yang menunjukkan pemimpin-pemimpin begitu sayangkan kanak-kanak, generasi kecil Malaysia. Anda lebih yakin dan percaya yang mana?  

Poster Nik Aziz sempena Himpunan Kami Sayangkan Tok Guru (tak dapat sambutan pun, boleh baca di sini http://kelateloni.blogspot.com/2013/02/pas-gagal-terkini-sebarkan-himpun.html). Tak dapat tarik hati mak bapak, cuba tarik hati anak-anak pula. Letak gambar kanak-kanak sebagai poster bersama, siap keluar cahaya 'mukjizat' lagi. Betapa mesranya Tok Guru bersama kanak-kanak, kan. 

Tapi musykilnya, asalnya Tok Guru setuju penggunaan Kalimah Allah oleh DAP, tidakkah itu nanti memberi kesan (kekeliruan) kepada anak-anak ini tentang siapa Tuhan mereka yang sebenar? Apakah kanak-kanak ini dibayar sedikit saguhati sebagai tanda terima kasih kerana 'mencantikkan' poster Tok Guru? Mungkin dibayar tak banyak sedikit...

Kalau Tok Guru dok meriba budak, boleh lagi la nak percaya...


Tu diaa.. Ini pula gambar pemimpin agung bersama kanak-kanak untuk menunjukkan betapa mesra dan mengambil beratnya beliau terhadap masa depan anak-anak kecil Malaysia, menjamin masa depan mereka. Bila besar nanti, andai tak puas hati terhadap sesuatu jangan lupa turun di jalanan buat demonstrasi. Demonstrasi adalah demokrasi. 

Tapi musykil lagilah, bagaimana terjaminnya masa depan kanak-kanak ni andai nanti mereka keliru antara Allah dengan Allah Jesus. Bimbang ramai antara mereka nanti bila besar terjebak dengan gejala murtad. Kanak-kanak ini juga mungkin dibayar sedikit saguhati kerana telah menjadi model untuk poster ini bagi menghiasi akhbar 'Suara Kelawakan'. 

Bila yang ini meriba dan meletakkan kanak-kanak di celahan kangkang, itu memang tak boleh percaya...merbahaya, sangat merbahaya.


Perdana Menteri ketika melawat sebuah taman asuhan dan didikan kanak-kanak sambil membacakan buku cerita kepada mereka. Bertuah kanak-kanak ini, kecil-kecil lagi dah boleh bermesra dan berjumpa dengan PM. Ramai rakyat kat luar sana ingin bersama PM. 

Demi memastikan kanak-kanak khususnya murid-murid sekolah dapat memulakan persekolahan dengan keperluan yang lengkap, Bantuan Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 diberikan kepada setiap pelajar. Dapat juga Baucar Buku 1Malaysia, diskaun untuk tujuan membeli buku-buku pelajaran. Bila dah sampai ke tahap universiti, PTPTN pula disediakan. 

Dibayar juga? Rasanya tidak. Tak perlu meriba-riba, kanak-kanak yang berkerumun mengelilingi beliau sudah membuktikan segalanya. Masa depan mereka pasti terjamin. 


Paling terserlah yang ini, terbukti bukan sahaja Malaysia mengambil berat terhadap rakyat dan perjuangan rakyat Palestin tetapi juga mengambil berat terhadap kanak-kanak Palestin ini. Bertuah kanak-kanak tersebut walaupun telah kehilangan bapanya, tetapi kemesraan PM pasti sedikit-sebanyak dapat mengubat hatinya yang sayu itu. 

PM memang berani. Ada pemimpin besar Malaysia 'sebelah sana' yang berani macam PM, pergi ke tempat yang bergolak tersebut? Terbukti tiada yang berani. Hanya cakap saja pandai.

Jadi, kalau anda sebagai ibu bapa, anda nak biarkan anak-anak kecil anda berada didalam 'ribaan' siapa? 'Pangkuan' siapa? Hati-hati...sayangilah anak-anak anda dan berilah jaminan untuk masa depan mereka.

sk : jangan perjudikan nasib dan masa depan anak-anak kita...TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG.

DS Najib Paling POPULAR Di Malaysia!!! Kenapa..Tak Percaya?


Sekarang ni kalau ditanya siapakah orang yang paling popular dan terkenal di Malaysia? Popular di kalangan segenap lapisan masyarakat rakyat baik Melayu, Cina, India, rakyat-rakyat di Sarawak, di Sabah, rakyat di bandar dan kampung-kampung, kalangan orang muda, pelajar sekolah, penuntut universiti malah juga kalangan rakyat warga emas yang kepingin sangat untuk berjumpa atau melihat dari dekat apatah lagi ingin bersalam-salaman dengannya? 

Siapakah orangnya? Tak lain tak bukan, dialah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini bukan cakap-cakap kosong atau auta, tapi suatu perkara yang terbukti dan nyata. Ke mana saja tempat atau negeri yang DS Najib pergi, berduyun-duyun rakyat turun menyambutnya, berpusu-pusu rakyat ingin bersalaman dengannya. Banyak faktor mengapa DS Najib disukai ramai. 

Cukuplah kalau SK bagitau salah satu darinya iaitu DS Najib adalah seorang yang MENEPATI JANJI, jika berjanji PASTI AKAN DITUNAIKAN, jika TAK TERMAMPU BUAT tidak akan berjanji kosong. 

Rakyat yakin dengan kepimpinan beliau dan percaya kesejahteraan, keharmonian, kesenangan dan perpaduan serta pembangunan negara ini akan terus berkekalan di bawah pimpinan DS Najib.

I LOVE PM sudah mula melekat di hati rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat. Itulah ubat bagi setiap rakyat yang cintakan negara ini tetapi menjadi RACUN kepada mereka yang ingin mengganggu gugat kesejahteraan Malaysia.

Puak-puak pencacai pakatan pembangkang bukannya tak tahu atau tak sedar, tapi biasalah puak-puak ni, ada mata buat-buat buta, ada telinga buat-buat tuli. Kesian. Kalau cakap banyak pun tak guna beb, biar gambar-gambar saja yang berkata-kata, yang membuktikannya.

(Jangan lupa, gambar Nik Aziz dan pencacai-pencacai pun ada kat bawah sekali. Jangan tak tengok pulak).



















Puak-puak pencacai jangan marah, gambar Nik Aziz pun ada juga. Gambar di bawah ni menunjukkan  puluhan ribu rakyat yang sayangkan Nik Aziz iaitu sempena Himpunan Sayang Tok Guru yang diadakan di Stadium Muhammad, Kota Bharu hari ini. Hebat sungguh.



Tak dilupakan gambar pencacai-pencacai pun ada juga. Inilah gambar pencacai yang cemburu dan tak puas hati sebab nak buat poster/banner I LOVE NEW PM ANWAR pun tak mampu. Minta duit sama Anwar la kasi buat itu banner banyak-banyak maa...


sk : ada mata pandang, ada telinga dengar, ada OTAK PAKAI... - lirik lagu Pak Pandir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...