PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.
Showing posts with label DS NAJIB. Show all posts
Showing posts with label DS NAJIB. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Penghargaan Kerajaan!! Pangkat ATM Dan PDRM Disetarakan Dengan Perkhidmatan Awam Am



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berkuatkuasa 1 Januari 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.

Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.

"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya. BERNAMA

PDRM dan ATM tulang belakang keselamatan negara.

Terima kasih kepada Perdana Menteri. Ini bukan janji malah tidak pernah dijanjikan pun sebelum ini, namun atas kesedaran bahawa anggota pasukan keselamatan teras ini begitu berjasa kepada negara maka seharusnya mereka semua mendapat berita gembira seperti ini.

SK : rakyat yang cintakan negara kita sanjung, yang hancurkan negara kita pancung...

Thursday, 21 February 2013

FATWA Nik Aziz!!! Hebatnya Wehh - Bahagian II



Berikut SK paparkan lagi antara himpunan-himpunan fatwa Nik Aziz. Sebelum ini sudah SK paparkan dalam entri terdahulu (5 fatwa). Dalam entri awal itu, ada diterangkan apakah maksud fatwa, siapa boleh mengeluarkan fatwa, apakah ciri-ciri fatwa yang sebenar dan sebagainya yang berkaitan dengan fatwa. 



6. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

7. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

8. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

9. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

10. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. 


11.  "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

12.  "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

13. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

14. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

15.  “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


Kita nilaikanlah sendiri fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz ini.  


Tunggu banyak lagi fatwa dalam Bahagian III.



sk : fatwa ke ulor sawa, membelit-belit...


Wednesday, 20 February 2013

Apabila Anak Di Ribaan, Di Kangkangan!!! Siapa Yang Anda Percaya?

Poster dan gambar yang menunjukkan pemimpin-pemimpin begitu sayangkan kanak-kanak, generasi kecil Malaysia. Anda lebih yakin dan percaya yang mana?  

Poster Nik Aziz sempena Himpunan Kami Sayangkan Tok Guru (tak dapat sambutan pun, boleh baca di sini http://kelateloni.blogspot.com/2013/02/pas-gagal-terkini-sebarkan-himpun.html). Tak dapat tarik hati mak bapak, cuba tarik hati anak-anak pula. Letak gambar kanak-kanak sebagai poster bersama, siap keluar cahaya 'mukjizat' lagi. Betapa mesranya Tok Guru bersama kanak-kanak, kan. 

Tapi musykilnya, asalnya Tok Guru setuju penggunaan Kalimah Allah oleh DAP, tidakkah itu nanti memberi kesan (kekeliruan) kepada anak-anak ini tentang siapa Tuhan mereka yang sebenar? Apakah kanak-kanak ini dibayar sedikit saguhati sebagai tanda terima kasih kerana 'mencantikkan' poster Tok Guru? Mungkin dibayar tak banyak sedikit...

Kalau Tok Guru dok meriba budak, boleh lagi la nak percaya...


Tu diaa.. Ini pula gambar pemimpin agung bersama kanak-kanak untuk menunjukkan betapa mesra dan mengambil beratnya beliau terhadap masa depan anak-anak kecil Malaysia, menjamin masa depan mereka. Bila besar nanti, andai tak puas hati terhadap sesuatu jangan lupa turun di jalanan buat demonstrasi. Demonstrasi adalah demokrasi. 

Tapi musykil lagilah, bagaimana terjaminnya masa depan kanak-kanak ni andai nanti mereka keliru antara Allah dengan Allah Jesus. Bimbang ramai antara mereka nanti bila besar terjebak dengan gejala murtad. Kanak-kanak ini juga mungkin dibayar sedikit saguhati kerana telah menjadi model untuk poster ini bagi menghiasi akhbar 'Suara Kelawakan'. 

Bila yang ini meriba dan meletakkan kanak-kanak di celahan kangkang, itu memang tak boleh percaya...merbahaya, sangat merbahaya.


Perdana Menteri ketika melawat sebuah taman asuhan dan didikan kanak-kanak sambil membacakan buku cerita kepada mereka. Bertuah kanak-kanak ini, kecil-kecil lagi dah boleh bermesra dan berjumpa dengan PM. Ramai rakyat kat luar sana ingin bersama PM. 

Demi memastikan kanak-kanak khususnya murid-murid sekolah dapat memulakan persekolahan dengan keperluan yang lengkap, Bantuan Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 diberikan kepada setiap pelajar. Dapat juga Baucar Buku 1Malaysia, diskaun untuk tujuan membeli buku-buku pelajaran. Bila dah sampai ke tahap universiti, PTPTN pula disediakan. 

Dibayar juga? Rasanya tidak. Tak perlu meriba-riba, kanak-kanak yang berkerumun mengelilingi beliau sudah membuktikan segalanya. Masa depan mereka pasti terjamin. 


Paling terserlah yang ini, terbukti bukan sahaja Malaysia mengambil berat terhadap rakyat dan perjuangan rakyat Palestin tetapi juga mengambil berat terhadap kanak-kanak Palestin ini. Bertuah kanak-kanak tersebut walaupun telah kehilangan bapanya, tetapi kemesraan PM pasti sedikit-sebanyak dapat mengubat hatinya yang sayu itu. 

PM memang berani. Ada pemimpin besar Malaysia 'sebelah sana' yang berani macam PM, pergi ke tempat yang bergolak tersebut? Terbukti tiada yang berani. Hanya cakap saja pandai.

Jadi, kalau anda sebagai ibu bapa, anda nak biarkan anak-anak kecil anda berada didalam 'ribaan' siapa? 'Pangkuan' siapa? Hati-hati...sayangilah anak-anak anda dan berilah jaminan untuk masa depan mereka.

sk : jangan perjudikan nasib dan masa depan anak-anak kita...TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG.

DS Najib Paling POPULAR Di Malaysia!!! Kenapa..Tak Percaya?


Sekarang ni kalau ditanya siapakah orang yang paling popular dan terkenal di Malaysia? Popular di kalangan segenap lapisan masyarakat rakyat baik Melayu, Cina, India, rakyat-rakyat di Sarawak, di Sabah, rakyat di bandar dan kampung-kampung, kalangan orang muda, pelajar sekolah, penuntut universiti malah juga kalangan rakyat warga emas yang kepingin sangat untuk berjumpa atau melihat dari dekat apatah lagi ingin bersalam-salaman dengannya? 

Siapakah orangnya? Tak lain tak bukan, dialah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini bukan cakap-cakap kosong atau auta, tapi suatu perkara yang terbukti dan nyata. Ke mana saja tempat atau negeri yang DS Najib pergi, berduyun-duyun rakyat turun menyambutnya, berpusu-pusu rakyat ingin bersalaman dengannya. Banyak faktor mengapa DS Najib disukai ramai. 

Cukuplah kalau SK bagitau salah satu darinya iaitu DS Najib adalah seorang yang MENEPATI JANJI, jika berjanji PASTI AKAN DITUNAIKAN, jika TAK TERMAMPU BUAT tidak akan berjanji kosong. 

Rakyat yakin dengan kepimpinan beliau dan percaya kesejahteraan, keharmonian, kesenangan dan perpaduan serta pembangunan negara ini akan terus berkekalan di bawah pimpinan DS Najib.

I LOVE PM sudah mula melekat di hati rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat. Itulah ubat bagi setiap rakyat yang cintakan negara ini tetapi menjadi RACUN kepada mereka yang ingin mengganggu gugat kesejahteraan Malaysia.

Puak-puak pencacai pakatan pembangkang bukannya tak tahu atau tak sedar, tapi biasalah puak-puak ni, ada mata buat-buat buta, ada telinga buat-buat tuli. Kesian. Kalau cakap banyak pun tak guna beb, biar gambar-gambar saja yang berkata-kata, yang membuktikannya.

(Jangan lupa, gambar Nik Aziz dan pencacai-pencacai pun ada kat bawah sekali. Jangan tak tengok pulak).



















Puak-puak pencacai jangan marah, gambar Nik Aziz pun ada juga. Gambar di bawah ni menunjukkan  puluhan ribu rakyat yang sayangkan Nik Aziz iaitu sempena Himpunan Sayang Tok Guru yang diadakan di Stadium Muhammad, Kota Bharu hari ini. Hebat sungguh.



Tak dilupakan gambar pencacai-pencacai pun ada juga. Inilah gambar pencacai yang cemburu dan tak puas hati sebab nak buat poster/banner I LOVE NEW PM ANWAR pun tak mampu. Minta duit sama Anwar la kasi buat itu banner banyak-banyak maa...


sk : ada mata pandang, ada telinga dengar, ada OTAK PAKAI... - lirik lagu Pak Pandir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...