SK pernah bermain sekali bola sepak di Putrajaya atas jemputan rakan. Bermain di stadium, Pancarona namanya. Stadium kecil dan biasa-biasa saja. Tapi memandangkan Husam Musa nak bertanding di Putrajaya ni, SK dok tunggu jugak kalau-kalau Husam nak janjikan untuk membina stadium yang baru bagi menggantikan stadium Pancarona tu.
PEDOMAN
Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Wednesday, 24 April 2013
Saturday, 20 April 2013
Pelbagai 'Batu Asas' Sudah Mula Dijual Di Putrajaya #PRU13
Wahh...cantiknya!!!
Petang semalam (Jumaat) seorang sahabat SK ada memberikan satu 'kad' yang 'cantik' yang diperolehinya selepas menunaikan solat Jumaat di Presint 8, Putrajaya. Kad tersebut diedarkan kepada jemaah selepas selesai solat Jumaat. Bila tengok 'kad' tu SK berkatalah "wahh cantik kad ni..". Lantas sahabat SK yang juga pengundi di Parlimen Putrajaya (orang Kelantan) menjawab "cantik??..banyak cantik muka dia". SK hanya mampu tersenyum.
Tuesday, 16 April 2013
DAP Punya Pasal, PAS Sanggup Jadi Keldai Dan Longlai
Lokasi : Perlis
SK tak sangka perkara semacam ini pun boleh berlaku. Apa tindakan PAS Perlis melihat keadaan ini? Tidak terasa apa-apakah? Kalau penyokong-penyokong PAS sendiri yang pasang bendera rakan harbi mereka itu, memang terbukti penyokong-penyokong tegar PAS sudah tidak kisah tentang Islam, nak jadi apa pun lantaklah. Atau pun sudah tidak terasa lagi di hati mereka (Nur) tentang Kalimah Allah (Allah Maha Besar) itu.
PAS, Golongan Paling Bermuka-Muka Terhebat Dan Melampau Dalam Sejarah

PAS terbukti sebuah parti yang suka bermuka-muka atau hipokrit. Nak kata PAS jadi teruk begini semenjak Al-Juburi menyucuk jarum-jarum halus dan merosakkan PAS dari dalam, tidak juga sebab semasa Al-Juburi berada dalam Kerajaan UMNO/BN lah gelaran Al-Juburi itu diberikan dan dipopularkan oleh 'badut pentas' mereka. Jadi, bermakna sebelum Al-Juburi berdampingan dengan mereka lagi, PAS sudah hebat dalam perkara bermuka-muka. Sebab itulah hukum Hudud tidak pernah menjadi kenyataan walaupun di negeri yang mereka kuasai sejak lebih 20 tahun pun.
Sunday, 14 April 2013
Usah Hinakan Diri Sendiri, Jangan Salah Memilih #PRU13 #Pengundi Atas Pagar
Pemimpin-pemimpin PAS kini mula pening kepala bagaimana untuk menyelamatkan Setiausaha Agung mereka. Strategi dan alasan-alasan penafian yang power perlu digunapakai segera. Manakala para penyokong yang fanatik dan taksud seperti biasa akan menidakkannya sedaya yang boleh.
Friday, 12 April 2013
Misteri Mengapa Nilai Matawang RM1000, RM500 Dan RM20 Dihapuskan Semasa Kegawatan Ekonomi Tahun 1998 - Siri 2. #Sambungan
Siri 1 boleh baca di sini http://spermakini.blogspot.com/2013/03/misteri-nilai-matawang-rm1000-rm500-dan.html
Maka
DSAI dipanggil oleh Tun Mahathir supaya menangani masalah kegawatan ini segera.
DSAI mencadangkan untuk menggunakan pakej IMF kerana beliau telah dilantik
sebagai Presiden IMF bagi Asia Pasifik.
PANAS!!! Antara Punca Mengapa Setiausaha Agong PAS DiBOGELkan #PRU13
Aku sudah di'bogel'kan...
Lelaki dalam video seks terkini pemimpin Pakatan Pembangkang telah dikenalpasti. Orangnya bukan calang-calang, tapi pemimpin tertinggi yang menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS. Orang ini dikatakan begitu baik dan merupakan orang kanan Presiden yang mana bersama-sama menyokong ke arah perpaduan Islam antara PAS dan UMNO.
PANAS!!! #PRU13 Pakatan Pembangkang 'KUAT' SEKS. Siapa Lebih POWER??
Wednesday, 10 April 2013
17 Orang Calon PAS Ditunjukkan Jalan Keluar, Nik Aziz Masih Lagi Tegang
Berikut adalah senarai nama 17 orang pemimpin PAS Kelantan (orang lama atau muka lama) yang mungkin bercita-cita untuk menjadi calon semula bagi menghadapi PRU13. Namun awal-awal lagi mereka ini telah ditunjukkan jalan keluar melalui satu analisa. Analisa ini menarik juga, mungkin sebagai garis panduan kepada kepimpinan PAS untuk mencari calon sesuai.
Tuesday, 9 April 2013
Pengundi Atas Pagar!!! Buah Tangan Untuk Anda
Ini mesej penting untuk pengundi-pengundi dari kumpulan 'atas pagar'. Pengundi atas pagar pada SK adalah sekumpulan rakyat yang menyebelahi kepada sesuatu pihak berdasarkan pertimbangan dan penilaian yang matang, rasional, bijak, wajar serta berhemah dari segenap aspek sebaliknya bukan berdasarkan ketaksuban, kefanatikan, membuta tuli serta emosional. Kumpulan ini boleh dianggap sebagai kumpulan penentu dalam PRU13 nanti.
Friday, 22 March 2013
Mental Block Perangai Pengikut, DAP Menang PAS Yang Lingkup
Makna kata, para pengikut tegar Pas - yang sanggup tidur di atas jalan; atau bertakbir atas nama Allah jika UMNO dapat dipersendakan - tidak peduli jika DAP menang besar. Matlamat mereka ialah asalkan mereka dapat memalukan UMNO (bukan BN), itu sudah memadai.
Misteri Nilai Matawang RM1000, RM500 Dan RM20 Dihapuskan Semasa Kegawatan Ekonomi Tahun 1998. Siri 1.
Note RM1000 yang sehingga kini masih hilang nilainya, namun jumlahnya tersangat banyak masih tersimpan di bank luar negara.
Latar Belakang Sistem
Kewangan Dunia
Pada
tahun 1944, Perjanjian BRETTON WOODS telah menentukan nilai matang bersandarkan
ukuran atau simpanan emas (gold standard). Mata wang sesebuah negara akan naik
nilainya jika banyak emas yang disandarkan di World Bank. Sistem ini diguna
pakai oleh dunia sehingga 1971.
Monday, 11 March 2013
Sedih!! Beginikah Tahap Pemikiran Seorang Ahli Parlimen? Memang Gagal
Inikah tahap pemikiran seorang yang bergelar ahli parlimen? Memang amat menyedihkan. Jika ada ramai ahli parlimen seperti ini maka tidak mustahil negara akan hancur dan menjadi huru-hara.
Nak mansuhkan pasukan Polis? Nak hapuskan SB (Special Branch)? Rasanya dia ni bercakap mengikut sedap mulut saja tanpa mengikut pertimbangan otak. Bila bercakap tanpa fakta dan buta sejarah, beginilah jadinya.
Kalau pemimpin-pemimpin pun dah begini, tak hairanlah kalau anak-anak buah atau penyokong lebih teruk daripada itu. Kepimpinan melalui teladan lah ni.
Geram...nak tembak Polis.
Agaknya, kalau Pakatan Pembangkang memerintah negara apa akan terjadi kepada pasukan Polis? Kalau Polis pun diorang sanggup panggil sebagai 'anjing' dan nak tembak, nak hapuskan, rakyat yang lemah ni apatah lagi?
AMK Cabang Sik kata Polis anjing dan nak tembak Polis. Baca lanjut di sini http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/05/terkini-polis-akan-humban-budak-kurang.html
Amboiii bang, bersemangat sungguh ye...
Beginilah lumrah Pakatan Pembangkang samada pemimpin mahupun juak-juaknya, bila senang buruk-burukkan Polis, nak hapuskan Polis, nak tembak Polis dan sebagainya. Tapi bila berada dalam kesusahan atau tersepit, Polis juga yang dicari bagi mendapatkan perlindungan dan keselamatan.
Bila ditenung-tenungkan balik, memang kelakar sungguh puak-puak ni. Sungguh kelakar. Jadi, orang yang kelakar (badut) ni tempat mereka hanya di pentas menghiburkan orang ramai (ceramah), dan bukannya di pentas negara menerajui pembangunan negara.
Ludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri...
Seluruh rakyat Malaysia, renung-renungkanlah.
SK : selepas ni PKR kena sediakan kaunter lah untuk rakyat buat segala macam laporan, sebab Polis semua dah dihapuskan...
Jatuh Pokok Gantung Bendera!! PAS Mati 'Syahid', PKR Mati Katak
Woww..tingginya.
Memang tinggi beb, kalau penyokong UMNO tak berani nak panjat ni...
Patutlah berani sangat penyokong-penyokong PAS ni, rupanya dah dijanjikan syurga oleh para pemimpin mereka. Maknanya kalau mati terjatuh pokok semasa memasang atau menggantung bendera, mereka dikira mati syahid.
Hebat betul doktrin yang disuburkan oleh pemimpin-pemimpin perosak ni kepada penyokong-penyokong mereka.
Di bawah ni satu lagi;
"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia,
maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik
Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
BN tak kisah pun berkibar bendera sedikit rendah tidak setinggi bendera PAS dan PKR kerana bukan tinggi mana bendera yang menentukan menang kalah, tapi kematangan pemikiran dan kewarasan minda ke arah masa depan yang lebih baik (pengundi bijak) adalah kunci kejayaan dalam PRU13 nanti.
Jadilah pengundi bijak, kerana hanya yang tidak bijak atau tidak cerdik saja yang sanggup diperkuda dan diperbodohkan.
Tingginya... PAS mati 'syahid', PKR mati katak je. Kesian penyokong PKR.
Thursday, 7 March 2013
Sindrom Down PraPRU13; "YOU ULANG SAYA SAMAN YOU"
Fenomena baru praPRU13 yang pasti menghantui dunia kewartawanan terutama di kalangan para wartawan, iaitu langkah menjatuhkan (down) moral mereka dalam mendapatkan bahan berita. Nampaknya dunia semakin terbalik, manusia yang selalu memperjuangkan kebebasan bersuara akhirnya dia sendiri yang memijak-mijak kebebasan tersebut.
Tapi para wartawan tentunya adalah insan-insan yang sentiasa berani dan kuat. Teruskan profesionalisma anda.
Banyak lagi video kalau nak letak kat sini berkenaan bagaimana para wartawan diperlekehkan dan dihina (dimalukan).
Mungkin selepas ini para wartawan perlu persiapkan diri dan berani juga menekan apabila berhadapan dengan manusia ini seperti mana ditunjukkan dalam video di bawah.
Seluruh rakyat Malaysia, gambaran dan bukti sudah jelas terpampang di depan mata. Lihat dan lihat dan fikirkan. Yang penting mesti buat keputusan bijak dan bermaruah semasa PRU13 nanti.
SK : orang yang bersalah bila disoal selalunya sangat beremosi..kata pakar psikologi la.
Friday, 22 February 2013
BATU API!!! Karpal Singh Ni AGAMA Apa? Apa NIATNYA?
Dalam isu Kalimah Allah, apa yang dapat diperhatikan ialah Karpal Singh begitu beria-ia mempertahankan supaya perkataan Allah juga boleh digunakan oleh penganut-penganut agama Kristian dalam urusan agama mereka mahupun dalam kitab Bible.
Dia begitu tegas menolak keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura PAS berkenaan isu ini. Dia juga begitu bersemangat dengan tujuannya sehingga tidak mempedulikan sensitiviti agama lain terutamanya Islam serta orang-orang Melayu.
Apa yang menjadi persoalan atau kemusykilannya ialah agama apa si Karpal Singh ini? Kerana dia begitu bersemangat, bermati-matian, beria-ia. Apakah dia beragama Kristian? Rasanya tidak. Rasanya si Karpal Singh ini beragama Sikh. Jadi mengapa dia begitu beria-ia? Apakah kerana dia selaku Pengerusi DAP? Kerana ramai dalam DAP beragama Kristian. Apa muslihat dan niat sebenar si Karpal Singh ini?
Mari kita lihat statistik bancian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mengenai taburan penganut agama-agama di Malaysia.
Rakyat Malaysia : 28.334 juta
Islam : 17,375 juta (61.3%)
Kristian : 2.617 juta (9.2%)
Buddhist : 5.620 juta (19.8%)
Hindu : 1.77 juta (6.3%)
Cina Tradisi : 0.356 juta (1.2%)
Lain-Lain : 0.11 juta (0.4%)
Tiada Agama : 0.2 juta (0.7%)
Tidak Diketahui : 0.272 juta (1%)
POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA
BAGI TAHUN 2010
AGAMA
|
ISLAM
|
KRISTIAN
|
BUDHA
|
HINDU
|
LAIN-LAIN
|
NEGERI
| |||||
MALAYSIA
|
61.3%
|
9.2%
|
19.8%
|
6.3%
|
3.4%
|
JOHOR
|
58.2%
|
3.3%
|
29.6%
|
6.6%
|
2.3%
|
KEDAH
|
77.2%
|
0.8%
|
14.2%
|
6.5%
|
1.3%
|
KELANTAN
|
95.2%
|
0.3%
|
3.8%
|
0.2%
|
0.5%
|
MELAKA
|
66.1%
|
3.0%
|
24.2%
|
5.7%
|
1.0%
|
N. SEMBILAN
|
60.3%
|
2.4%
|
21.2%
|
13.4%
|
2.7%
|
PAHANG
|
74.9%
|
1.9%
|
14.4%
|
4.0%
|
4.8%
|
PERAK
|
55.3%
|
4.3%
|
25.4%
|
10.9%
|
4.1%
|
PERLIS
|
87.9%
|
0.6%
|
10.0%
|
0.8%
|
0.7%
|
PULAU
|
44.6%
|
5.1%
|
35.6%
|
8.7%
|
6.0%
|
65.4%
|
26.6%
|
6.0%
|
0.1%
|
1.9%
| |
32.2%
|
42.6%
|
13.5%
|
0.2%
|
11.5%
| |
SELANGOR
|
57.9%
|
3.8%
|
24.4%
|
11.6%
|
2.3%
|
TERENGGANU
|
96.9%
|
0.2%
|
2.5%
|
0.2%
|
0.2%
|
46.4%
|
5.8%
|
35.7%
|
8.5%
|
3.6%
| |
76.0%
|
12.4%
|
9.0%
|
0.4%
|
2.2%
| |
PUTRAJAYA
|
97.4%
|
0.9%
|
0.4%
|
1.0%
|
0.3%
|
Sumber : Bancian Jabatan Perangkaan Malaysia 2010
Jadi bagaimana, jelas dan terang bukan?
Di mana duduknya agama Sikh? Tidak kelihatan kerana ia termasuk dalam lain-lain agama, hanya 0.4% atau jika dicampur dengan yang lain jadilah 3.4% sahaja. Jadi, layakkah orang ini mengatakan jika hendak wujudkan negara Islam, langkah mayatnya (kami) dulu?
Jadi apa niatnya? Setujukah anda bahawa tujuan dan niat Karpal Singh adalah untuk mencetuskan ketegangan agama antara penganut (melaga-lagakan) Islam dan Kristian? Mewujudkan permusuhan kaum dan agama di Malaysia?
Jika benar, apakah gelaran bagi orang seperti ini? Mungkin 'batu api' paling keras dan besar di Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut tentang agama Karpal Singh boleh baca di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Sikhisme
sk : kalau tak salah, penganut agama Sikh yang taat..yang lelakinya akan memakai serban mereka...tapi ada yang tak pakai...(siapa?).
Thursday, 21 February 2013
FATWA Nik Aziz!!! Hebatnya Wehh - Bahagian II
Berikut SK paparkan lagi antara himpunan-himpunan fatwa Nik Aziz. Sebelum ini sudah SK paparkan dalam entri terdahulu (5 fatwa). Dalam entri awal itu, ada diterangkan apakah maksud fatwa, siapa boleh mengeluarkan fatwa, apakah ciri-ciri fatwa yang sebenar dan sebagainya yang berkaitan dengan fatwa.
Boleh baca entri terdahulu di sini http://spermakini.blogspot.com/2012/12/mudahnya-berfatwa-akhirnya-memakan-diri.html
6.
"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar
ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April
1995.
7. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
8. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
9. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
10. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
11. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
12. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
13. “UMNO
tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan
Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
14.
"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci
seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu
naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
Kita nilaikanlah sendiri fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz ini.
Tunggu banyak lagi fatwa dalam Bahagian III.
sk : fatwa ke ulor sawa, membelit-belit...
Subscribe to:
Posts (Atom)












.png)




