PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday 5 February 2013

Hadi Awang Bakal PM Ke-7, PAS Bakal Ganti UMNO?



Kata Dato' Seri Hadi Awang "Kita mampu pikul tanggung jawab sebagai parti utama Melayu-Islam negara ini". Maknanya memang betullah yang PAS sudah bersedia (dan yakin) untuk ganti UMNO. Kenyataan ini secara tak langsung memberi gambaran bahawa Hadi Awang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. PAS memang hebat.

Hebat berangan saja yang sebetulnya. Alahai kesian sungguh pada PAS ni, kesian sangat. Begitu kempunan dan terdesak sungguh PAS ni nak berkuasa dan memerintah negara. Boleh apa salahnya, kalau PAS bersama UMNO memerintah negara ni tentu bagus. Tapi mahukah PAS 'bercinta' dengan UMNO? 

Kalau tak ingin 'bercinta' pun boleh, tapi PAS kenalah jadi 'lelaki yang betul-betul jantan', yang tak mudah 'kecut telur' bila disergah atau selalu dibuli oleh 'samseng-samseng jalanan'. PAS mesti kuat. Kalau UMNO ada 120 kerusi Parlimen misalnya, PAS mestilah harus ada dalam lingkungan jumlah itu juga atau lebih, dan bukannya sekadar 67 kerusi atau lebih sedikit saja. Yang dah ada ciput tu pun masih nak beri pada 'sahabat-sahabat baik' lagi.

PAS mesti jadi abang besar, mesti jadi dominan dahulu barulah boleh dikatakan kuat dan layak jadi ketua. Kalau selalu kena buli, kalau selalu kena sekeh dan diperlekehkan, kalau selalu mengalah dan melutut kepada 'sahabat-sahabat baik' yang kurang ajar, susahlah macam ni. Macam mana nak menjadi 'check and balance' kepada UMNO, kepada agama Islam dan kepada orang-orang Melayu?

Nampaknya PAS masih jauh dalam angan-angan, masih bermimpi dan masih lemah serta belum lagi layak menggantikan UMNO. Ibarat seorang ayah yang ingin mengahwinkan anak gadis kesayangannya lah, kalau bakal suami (menantu) tu lemah, selalu kena buli, tak cekap urus rumahtangga dan keluarga, tak terurus, pendemonstrasi jalanan, kaki pukul, samseng dan seumpamanya, takkan dengan mudah si ayah nak melepaskan anak gadisnya. 

Begitu juga halnya dengan rakyat silence majority. Dah lama mereka hidup aman damai makmur sejahtera, kemusnahan bakal berlaku sekelip mata saja kalau pemimpin nanti 'kecut telur' dan lemah. Seeloknya PAS terlebih dahulu perlu sekuat dan segagah (setanding) UMNO, lepas tu kalau nak ganti pun gantilah.


15 DALIL KENAPA ORANG MELAYU PERLU TOLAK PEMBANGKANG!

KUASA POLITIK

DALIL PERTAMA
Jumlah kerusi Parlimen di Malaysia ialah sebanyak 222. Dengan itu untuk memerintah Negara di peringkat Persekutuan parti atau gabungan parti harus mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi. Cuba kita analisa kedudukan kuasa politik parti-parti PAS, PKR dalam PR. Dalam PRU 12, PAS bertanding 67 kerusi Parlimen dan menang 23 kerusi. Ini bermakna PAS sendiri tidak boleh menjadi Parti Pemerintah walaupun memenangi semua kawasan Parlimen yang ditandingi. PAS semua bertanding untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan bukan untuk menjadi pemerintah di peringkat persekutuan. Dengan itu Parti PAS bukanlah parti dominen di dalam PR.
DALIL KEDUA
Parti PKR bukan lagi merupakan Parti Melayu kerana keahliannya terbuka kepada pelbagai kaum. Dalam PRU 12 PKR bertanding di 97 kawasan Parlimen dan menang 31 kerusi. Dengan demikian PKR juga bukan parti yang boleh memerintah.
Baca Dalil-Dalil yang seterusnya di sini.
sk : kesian kat mangsa buli...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...