PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday, 22 February 2013

BATU API!!! Karpal Singh Ni AGAMA Apa? Apa NIATNYA?


Dalam isu Kalimah Allah, apa yang dapat diperhatikan ialah Karpal Singh begitu beria-ia mempertahankan supaya perkataan Allah juga boleh digunakan oleh penganut-penganut agama Kristian dalam urusan agama mereka mahupun dalam kitab Bible. 

Dia begitu tegas menolak keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura PAS berkenaan isu ini. Dia juga  begitu bersemangat dengan tujuannya sehingga tidak mempedulikan sensitiviti agama lain terutamanya Islam serta orang-orang Melayu.

Apa yang menjadi persoalan atau kemusykilannya ialah agama apa si Karpal Singh ini? Kerana dia begitu bersemangat, bermati-matian, beria-ia. Apakah dia beragama Kristian? Rasanya tidak. Rasanya si Karpal Singh ini beragama Sikh. Jadi mengapa dia begitu beria-ia? Apakah kerana dia selaku Pengerusi DAP? Kerana ramai dalam DAP beragama Kristian. Apa muslihat dan niat sebenar si Karpal Singh ini?

Mari kita lihat statistik bancian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mengenai taburan penganut agama-agama di Malaysia.

Statistik Terkini Penduduk Mengikut Anutan Agama Di Malaysia Tahun 2010
Rakyat Malaysia : 28.334 juta 

Islam : 17,375 juta (61.3%) 
Kristian : 2.617 juta (9.2%)
Buddhist : 5.620 juta (19.8%)
Hindu : 1.77 juta (6.3%) 
Cina Tradisi : 0.356 juta (1.2%) 
Lain-Lain : 0.11 juta (0.4%)
Tiada Agama : 0.2 juta (0.7%) 
Tidak Diketahui : 0.272 juta (1%) 


POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA
BAGI TAHUN 2010

AGAMA
ISLAM
KRISTIAN
BUDHA
HINDU
LAIN-LAIN
NEGERI
MALAYSIA
61.3%
9.2%
19.8%
6.3%
3.4%
JOHOR
58.2%
3.3%
29.6%
6.6%
2.3%
KEDAH
77.2%
0.8%
14.2%
6.5%
1.3%
KELANTAN
95.2%
0.3%
3.8%
0.2%
0.5%
MELAKA
66.1%
3.0%
24.2%
5.7%
1.0%
N. SEMBILAN
60.3%
2.4%
21.2%
13.4%
2.7%
PAHANG
74.9%
1.9%
14.4%
4.0%
4.8%
PERAK
55.3%
4.3%
25.4%
10.9%
4.1%
PERLIS
87.9%
0.6%
10.0%
0.8%
0.7%
PULAU PINANG
44.6%
5.1%
35.6%
8.7%
6.0%
SABAH
65.4%
26.6%
6.0%
0.1%
1.9%
SARAWAK
32.2%
42.6%
13.5%
0.2%
11.5%
SELANGOR
57.9%
3.8%
24.4%
11.6%
2.3%
TERENGGANU
96.9%
0.2%
2.5%
0.2%
0.2%
KUALA LUMPUR
46.4%
5.8%
35.7%
8.5%
3.6%
LABUAN
76.0%
12.4%
9.0%
0.4%
2.2%
PUTRAJAYA
97.4%
0.9%
0.4%
1.0%
0.3%
    Sumber : Bancian Jabatan Perangkaan Malaysia 2010

Jadi bagaimana, jelas dan terang bukan?

Di mana duduknya agama Sikh? Tidak kelihatan kerana ia termasuk dalam lain-lain agama, hanya 0.4% atau jika dicampur dengan yang lain jadilah 3.4% sahaja. Jadi, layakkah orang ini mengatakan jika hendak wujudkan negara Islam, langkah mayatnya (kami) dulu?


Jadi apa niatnya? Setujukah anda bahawa tujuan dan niat Karpal Singh adalah untuk mencetuskan ketegangan agama antara penganut (melaga-lagakan) Islam dan Kristian? Mewujudkan permusuhan kaum dan agama di Malaysia?

Jika benar, apakah gelaran bagi orang seperti ini? Mungkin 'batu api' paling keras dan besar di Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut tentang agama Karpal Singh boleh baca di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Sikhisme

sk : kalau tak salah, penganut agama Sikh yang taat..yang lelakinya akan memakai serban mereka...tapi ada yang tak pakai...(siapa?).

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...