Petang semalam hujan lebat turun sehingga mengakibatkan berlaku banjir kilat di Puchong, Selangor. Sejak beberapa tahun ni Selangor memang juara banjir kilat. Kita pun tak tahulah kenapa dan mengapa puncanya.
Mungkin sistem perparitan yang gagal menampung aliran air hujan yang banyak. Mungkin juga sistem perparitan dan longkang-longkang telah tersumbat oleh sampah-sampah yang tak terurus di Selangor ni. Atau mungkin juga sebab di Selangor sekarang ni sudah banyak 'telaga-telaga pasir'.
Bila banyak pasir dan tanah dikorek, banyak jugalah sisa-sisanya yang akhirnya menjadi kelodak seterusnya menjadi mendapan di aliran-aliran atau laluan air. Sebab tu sukar untuk air bergerak laju dan berlakulah banjir kilat. Apapun ini cuma pandangan SK saja, mungkin salah. Rakyat Selangor tentu lebih tahu barangkali.
Cuma apa yang SK nak syorkan kepada mangsa-mangsa yang tenggelam kereta atau kereta dah kotor teruk, jangan lupa berkunjung ke pusat mencuci kereta yang menawarkan pakej menarik tu. Sementara kereta dicuci, khidmat mengurut juga disediakan, kerana lepas ni pusat-pusat urut yang banyak di Selangor akan bertukar menjadi pusat mencuci kereta.
'Kalau kereta DAP atau PKR kotor teruk, PAS sanggup mencuci. PAS memang baik hati, selalu begitu'.
sk : siapa kata Selangor ada masalah air?....
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.