Soalan yang dimaksudkan ialah berkenaan soalan kubur yang akan ditanyakan oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir kelak apabila seseorang (Islam) itu meninggalkan dunia ini setelah sampai ajalnya. Entri ini bukan mengharapkan agar 'Ulama Besar' tersebut cepat mati, tidak sama sekali. Semoga dia terus sihat dan kuat untuk terus memerintah negerinya semahunya. Bahkan entri ini juga bukan memperkecilkan kewibawaan dia dalam soal-soal agama kerana dia merupakan seorang 'Ulama Besar'.
Walau bagaimanapun, Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui dan Maha Kaya. Seorang ulama sekalipun bukan bermakna dia akan sepantas kilat masuk ke syurga atau menikmati segala nikmatNya. Timbul kebimbangan andai apabila sampai ajalnya kelak, dia tidak mampu menjawabnya.
Soalan Pertama:
Malaikat : Wahai Sipolan binti Sipolan (Mayat), Siapakah TUHAN mu?
Ulama Besar : Allah Tuhanku.....(Dia boleh jawab).
(Tapi sebenarnya ketika di dunia kamu telah bertuhankan hawa nafsu, kamu bertuhankan kuasa. Bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa ke atas segala-galanya. Kamu dengan sewenangnya mengeluarkan hukum dan fatwa, menjanjikan syurga dan mengkafirkan sesama kamu. Kamu ingin terus berkuasa dan menongkat dunia dengan dagumu sedangkan kamu sudah tiada daya upaya lagi; tua dan menghampiri nyanyuk. Sedangkan manusia yang kamu cerca hina sudahpun lama meninggalkan kuasa yang ada padanya).
Soalan Kedua:
Malaikat : Siapakah NABI mu?
Ulama Besar : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku.....(Dia boleh jawab lagi)
(Tapi sebenarnya semasa di dunia kamu memperlekehkan kenabian Nabi Muhammad s.a.w, kamu mengatakan bahawa Nabi junjungan besar bukan insan terpilih malah baginda seperti juga kanak-kanak kampung biasa. Kamu juga memperlekehkan semangat orang Mukmin untuk berarak bagi menyambut serta meraikan hari kelahiran Nabi; Maulidur Rasul).
Soalan Ketiga:
Malaikat : Apakah AGAMA mu?
Ulama Besar : ISLAM adalah AGAMA ku.....(Dia boleh jawab juga).
(Tapi sebenarnya semasa di dunia kamu memperlekehkan hukum Islam, kamu sedar yang kamu tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud tetapi kamu jadikannya sebagai modal untuk menyalahkan orang lain serta modal untuk kepentingan politik kamu sendiri. Kamu ciptakan hukum hudud yang menyimpang daripada hukum Islam yang sebenarnya. Kamu rela sambil membutakan mata dan memekakkan telinga kamu apabila membiarkan agama kamu dicerca, dihina dan diperlekehkan oleh musuh-musuh Islam yang juga kawan karib kamu).
Catatan : Mereka sengaja menciptakan hukum hudud yang salah untuk ditolak perlaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan kerana setelah disemak oleh majlis ulama dan mufti-mufti, terdapat 17 kesalahan di dalamnya. Antaranya, seorang suami boleh meliwat isterinya (meliwat isteri adalah perbuatan golongan Syiah). Apabila ditolak, inilah modal politik mereka yang digunakan sehingga ke hari ini sedangkan mereka sedar yang mereka sendiri tidak mampu untuk melaksanakan hudud yang sebenar-benar hudud.
Soalan Keempat:
Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) mu?
Ulama Besar : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.....(Dia masih boleh jawab)
(Tapi sebenarnya Al-Quran tidak mengajar kamu untuk mendoakan kehancuran saudara seagama kamu sendiri, tidak mengajar kamu untuk mengkafirkan saudara seagama kamu sendiri, tidak mengajar adanya dua imam dalam solat, tidak mengajar kamu berpecah-belah dan bercerai-berai sesama kamu, tidak mengajar kamu menjadi taksud ke atas sesuatu yang kononnya menjanjikan syurga dan syahid. Al-Quran mengajar kamu untuk menjaga agama Allah, untuk menjaga Kalimah Allah dan mengajar supaya setiap Mukminin perlu bersatu-padu demi agamanya).
Soalan Kelima:
Malaikat : Siapakah SAUDARA mu?
Ulama Besar : ..................... (Lama dia terdiam, kali ni memang dia keliru nak jawab).
(Tapi sebenarnya semasa di dunia kamu lebih suka dan selesa bersaudarakan mereka yang jelas memusuhi agama Allah, yang jelas musuh Allah; kafir harbi. Kamu jadikan mereka sebagai teman mesra semata-mata mahu memuaskan nafsu politik kamu. Kamu sedar antara rakan kamu itu adalah manusia paling kotor dan jijik moralnya, paling hina peribadinya namun kamu membelainya serta kamu sujud patuh pada arahannya. Sebaliknya saudara seagama yang sentiasa berusaha memelihara agama serta ingin bersatu, menghulurkan salam penyatuan ummah bersama kamu telah kamu buang mereka sebagai saudara. Kamu berdendam dengan saudara seagama kamu berpuluh-puluh tahun lamanya. Mereka-mereka yang berusaha untuk merapatkan kembali ukhwah sesama Islam juga kamu singkirkan, kamu hinakan, kamu perlekehkan).
Akhirnya soalan yang terakhir ini tidak mampu dijawab oleh Ulama Besar tersebut.
Begitulah keadaannya. Hanya lima soalan yang sudahpun bocor namun bukan semua daripada kita berjaya menjawabnya sepertimana yang dikehendakiNya. Walau siapapun kita, jangan mendabik dada kerana yang bergelar ulama pun belum tentu mampu melepasinya dengan mudah.
Sebenarnya ada versi lain yang turut membincangkan persoalan ini, namun sudah agak lama dan ia sebenarnya tidak lagi relevan sekarang...kerana 'dunia sudah terbalik'. Kalau nak tahu sila baca di sini.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.