PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Saturday 16 February 2013

Anwar, IKON Menabung Negara!!!


Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diangkat sebagai ikon membaca negara, sesuai dengan kecenderungan beliau yang kuat dalam amalan membaca terutamanya buku-buku ilmiah. Tidak hairanlah jika pemikiran, idea, pandangan atau visi beliau mempunyai kelas yang tersendiri umpama otak beliau sebuah gedung perpustakaan yang besar. Atas sebab itu jugalah beliau sangat suka andai diberi hadiah atau cenderahati berupa buku-buku.

Ada sahabat menggelar akhbar ini 'Suara Kelawakan'

Berbeza pula dengan seorang ini, beliau bolehlah diangkat sebagai ikon menabung negara kerana mempunyai kecenderungan menabung duit yang begitu tinggi sehingga mampu terbang menggunakan jet persendirian yang disewa khas dengan menggunakan perbelanjaan dari duit tabungan beliau. Memang sangat hebat. Nak tahulah juga apa rahsianya dalam masa yang singkat jumlah tabungan begitu banyak sehingga hampir mencecah hampir RM100 ribu, walaupun katanya bergaji RM1 saja.


Beliau patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak kerana jika mula menabung dari kecil, bila dah dewasa (tua) nanti bolehlah membeli sebuah jet peribadi (tak perlu sewa). Dan kepada orang-orang yang berhasrat menunaikan ibadah haji terutama yang semakin berumur, digalakkan menabunglah segera. Tapi menabunglah (simpan) di Lembaga Tabung Haji, selamat. Malah, Kerajaan Pusat memberi pula subsidi haji bagi meringankan beban rakyat.

Tudiaaa...buleh 'kelam mata' ni...

Bagi penyokong-penyokong PAS, mereka juga mengamalkan tabiat menabung iaitu menabung di karung-karung plastik atau beg-beg yang dikhaskan semasa sesi ceramah-ceramah parti. Sekali masuk duit dalam tabung mereka ini memang banyak jumlahnya. Kegunaan dan tujuannya duit selepas itu, waallah hu allaam. Apa pulangan keuntungan yang ahli-ahli dapat, waallah hu allaam juga.

Jom menabung.

sk : kalau ada rezeki lebih nanti, ingat nak beli jet kawalan jauh je...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...