Poster dan gambar yang menunjukkan pemimpin-pemimpin begitu sayangkan kanak-kanak, generasi kecil Malaysia. Anda lebih yakin dan percaya yang mana?
Poster Nik Aziz sempena Himpunan Kami Sayangkan Tok Guru (tak dapat sambutan pun, boleh baca di sini http://kelateloni.blogspot.com/2013/02/pas-gagal-terkini-sebarkan-himpun.html). Tak dapat tarik hati mak bapak, cuba tarik hati anak-anak pula. Letak gambar kanak-kanak sebagai poster bersama, siap keluar cahaya 'mukjizat' lagi. Betapa mesranya Tok Guru bersama kanak-kanak, kan.
Tapi musykilnya, asalnya Tok Guru setuju penggunaan Kalimah Allah oleh DAP, tidakkah itu nanti memberi kesan (kekeliruan) kepada anak-anak ini tentang siapa Tuhan mereka yang sebenar? Apakah kanak-kanak ini dibayar sedikit saguhati sebagai tanda terima kasih kerana 'mencantikkan' poster Tok Guru? Mungkin dibayar tak banyak sedikit...
Kalau Tok Guru dok meriba budak, boleh lagi la nak percaya...
Tu diaa.. Ini pula gambar pemimpin agung bersama kanak-kanak untuk menunjukkan betapa mesra dan mengambil beratnya beliau terhadap masa depan anak-anak kecil Malaysia, menjamin masa depan mereka. Bila besar nanti, andai tak puas hati terhadap sesuatu jangan lupa turun di jalanan buat demonstrasi. Demonstrasi adalah demokrasi.
Tapi musykil lagilah, bagaimana terjaminnya masa depan kanak-kanak ni andai nanti mereka keliru antara Allah dengan Allah Jesus. Bimbang ramai antara mereka nanti bila besar terjebak dengan gejala murtad. Kanak-kanak ini juga mungkin dibayar sedikit saguhati kerana telah menjadi model untuk poster ini bagi menghiasi akhbar 'Suara Kelawakan'.
Bila yang ini meriba dan meletakkan kanak-kanak di celahan kangkang, itu memang tak boleh percaya...merbahaya, sangat merbahaya.
Perdana Menteri ketika melawat sebuah taman asuhan dan didikan kanak-kanak sambil membacakan buku cerita kepada mereka. Bertuah kanak-kanak ini, kecil-kecil lagi dah boleh bermesra dan berjumpa dengan PM. Ramai rakyat kat luar sana ingin bersama PM.
Demi memastikan kanak-kanak khususnya murid-murid sekolah dapat memulakan persekolahan dengan keperluan yang lengkap, Bantuan Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 diberikan kepada setiap pelajar. Dapat juga Baucar Buku 1Malaysia, diskaun untuk tujuan membeli buku-buku pelajaran. Bila dah sampai ke tahap universiti, PTPTN pula disediakan.
Dibayar juga? Rasanya tidak. Tak perlu meriba-riba, kanak-kanak yang berkerumun mengelilingi beliau sudah membuktikan segalanya. Masa depan mereka pasti terjamin.
Paling terserlah yang ini, terbukti bukan sahaja Malaysia mengambil berat terhadap rakyat dan perjuangan rakyat Palestin tetapi juga mengambil berat terhadap kanak-kanak Palestin ini. Bertuah kanak-kanak tersebut walaupun telah kehilangan bapanya, tetapi kemesraan PM pasti sedikit-sebanyak dapat mengubat hatinya yang sayu itu.
PM memang berani. Ada pemimpin besar Malaysia 'sebelah sana' yang berani macam PM, pergi ke tempat yang bergolak tersebut? Terbukti tiada yang berani. Hanya cakap saja pandai.
Jadi, kalau anda sebagai ibu bapa, anda nak biarkan anak-anak kecil anda berada didalam 'ribaan' siapa? 'Pangkuan' siapa? Hati-hati...sayangilah anak-anak anda dan berilah jaminan untuk masa depan mereka.
sk : jangan perjudikan nasib dan masa depan anak-anak kita...TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.