Tidak terhinakah kita apabila kafir harbi membaca ayat Al-Quran lintang pukang, pergerakan Maulidur Rasul dihalang, bacaan Al-Quran dan Azan Subuh dilarang, kariah masjid cuba dipecahkan kononnya demi keadilan, wang zakat hendak dikongsi bersama, kafir miskin Muslim disedekahkan dengan duit haram, ibadah qurban dikatakan satu kezaliman terhadap haiwan dan terbaru kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam?
Esok-esok nanti mungkin ibadah solat di masjid, puasa, zakat dah mengerjakan haji pula akan dipertikaikan oleh mereka. Itu belum lagi masuk bab mereka menyokong kebebasan untuk murtad dan seks bebas atas alasan hak kebebasan rakyat.
Golongan ini masih tidak berpuas hati menghina Islam dan umatnya akibat salah kita sendiri yang membiarkan mereka sesuka hati mencampuri urusan agama dan tidak bersatu padu akibat perbezaan pegangan politik.
Bila sudah terjadi penghinaan sebegini, di manakah yang dikatakan kita kononnya berjaya mentarbiyahkan mereka? Siapa yang kena ditarbiyah sebenarnya? Belum pernah kita dengar pemimpin bukan Islam diIslamkan sebaliknya pemimpin puak harbi ini pula semakin galak mempermain-mainkan Islam dan mempersendakankan ummah.
Allah s.w.t berfirman; "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya." (Ali Imran : 118)
Apakah PAS berjaya mentarbiyahkan DAP? Atau DAP yang berjaya 'mentakpayahkan' PAS?
Kepada penyokong-penyokong PAS, jika terus memberi sokongan kepada PAS bermakna terus memberi kemudaratan yang lebih dahsyat kepada agama Islam dan negara. Buatlah pilihan bijak.
Kepada penyokong-penyokong PAS, jika terus memberi sokongan kepada PAS bermakna terus memberi kemudaratan yang lebih dahsyat kepada agama Islam dan negara. Buatlah pilihan bijak.
Boleh juga baca lagi di sini http://spermakini.blogspot.com/2013/02/adun-cina-dap-masuk-islam-mungkin.html
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.