PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Wednesday 24 April 2013

Tak Sudikah Husam 'Membina' Stadium Baharu Pancarona Di Putrajaya??? #PRU13


SK pernah bermain sekali bola sepak di Putrajaya atas jemputan rakan. Bermain di stadium, Pancarona namanya. Stadium kecil dan biasa-biasa saja. Tapi memandangkan Husam Musa nak bertanding di Putrajaya ni, SK dok tunggu jugak kalau-kalau Husam nak janjikan untuk membina stadium yang baru bagi menggantikan stadium Pancarona tu.
Kalau Husam janji nak bina stadium ni, SK ingat banyak juga 'kredit' dapat untuk Husam tu hehehe. Elok dibuat stadium baru tu. Husam kan pakar bab-bab projek mega ni. Lagi apa lagi projek mega yang Husam nak buat di Putrajaya...bolehlah 'set-set' dia tolong mikir. Ko guano ni tok wakil Huse???

SK ada terima satu email dari seseorang yang menceritakan berkenaan hebatnya Husam Musa ni. Rasanya elok SK kongsikan untuk renungan bersama.

Buta penduduk Putrajaya yang terkesima kerana Husam Musa mahu bertanding di Putrajaya, anda dinasihatkan jangan terlalu ghairah sangat. Bak kata orang-orang Kelantan yang mengenalinya - Husam adalah manusia yang 'hutangnya' keliling pinggang.

Tindakannya untuk bertanding di Putrajaya bukannya untuk berkhidmat tetapi sekadar untuk buat kacau dan cuci kaki untuk tumpang kesenangan saja. Sebagai bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan, begitu banyak contoh kegagalan Husam. Namun di Putrajaya, dia sering mengaku hebat depan orang ramai.

Manakan tidak di Kelantan terlalu banyak projek yang dirasmikan oleh Menteri Besar 'Kepala' Nik Aziz. Namun segalanya hanya tinggal batu nesan yang usang menjadi tugu sejarah untuk dikenang rakyat bahawa betapa gagalnya Husam dan Kerajaan PAS Kelantan membangunkan negeri tersebut.

Selama 23 tahun Kelantan diperintah oleh MB yang kini sudah layak dijadikan monumen bersejarah. Buruk dan busuk imej PAS Kelantan dan Nik Aziz semuanya angkara Husam yang sukakan projek-projek mega tetapi gagal membangunkannya atas alasan tak cukup modal.

Lalu sedekah ditagih oleh PAS sana sini setiap kali berceramah. Peliknya lagi, tiada sebarang audit atau pembentangan perbelanjaan yang merekodkan ke mana duit itu dibelanjakan. Sebaliknya Kerajaan Persekutuan pula dituduh menganiaya rakyat Kelantan kerana enggan memberi wang royalti yang sememangnya mereka tak layak langsung.

Di Kelantan, Husam tidaklah semegah namanya bahkan ditolak oleh rakyat negerinya sendiri. Lalu terpaksalah ia berkelana mencuba nasib di Putrajaya atas alasan untuk 'bersahabat' dan berkhidmat dengan 'rakyat Putrajaya' yang kononnya telah lama 'dizalimi' oleh penguasa Putrajaya.

Tetapi dalam masa yang sama dia tidak pula mahu melepaskan pencalonannya di Salor, Kelantan takut-takut kalah salah satu kerusi yang ditandinginya, jadi ada kerusi lain yang boleh 'cover' hidupnya nanti. Tamak sungguh Husam.

Jadi jangan kita percaya dengan janji kosong Husam ini. Tazkirahnya menjadi dakyah dan fitnah yang membahayakan ummah. Selama ini rakyat Putrajaya hidup aman damai dan berpuas hati dengan segala nikmat yang diberi. Tapi bila Husam datang ke Putrajaya terus 'complaint' ini salah itu tak betul.

Di negerinya sendiri berapa banyak yang telah dia betulkan dan berapa banyak pula janji yang telah ditunaikan? Dahulu parti dia yang ingin gadai Putrajaya kononnya demi agama, tetapi kini parti dia pula yang selalu gadai agama demi Putrajaya.

Projek Husam yang gagal di Kelantan, antaranya;-

* Projek Tanaman Depu, Gua Musang - GAGAL
* Projek Pelabuhan Darat, Kuala Krai - GAGAL
* Projek Agro Tourism, Jeli (RM250juta) - GAGAL
* Projek Pembinaan Terminal Bas Bersepadu, Kubang Kerian (RM328juta) - TIPU DAN GAGAL
* Projek Pelancongan Danao, Tok Uban (RM885juta) - GAGAL DAN RUGI
* Projek Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat - GAGAL
* Projek Bandar Perikanan Tok Bali (RM800juta) - GAGAL
* Pusat Peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang (RM1.5juta) - GAGAL
* Penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 - TIPU

.....bersambung. 

Cukuplah dulu. Kalau ikutkan email tu, ada lagi 9 projek/janji Husam yang GAGAL dan TIPU belaka akan SK tulis dalam entri yang lain.

Huse nok buat belako, tapi gaga sokmo wei... Ore di Kelate pakat buei dio, kito di Putrajaya jange getik gelenya nok pakoh ke dio...BO LA WEI!!!



Inikah manusia yang mahu kita percayai untuk memimpin PUTRAJAYA???


SK : boleh 'tangkap stim..tangkap lentok' oooo bila dengar orang PAS berceramah....

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...