PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday 4 March 2013

TRAGEDI LAHAD DATU : FAKTA-FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI


Kini hanya ada dua pilihan, letak senjata (serah diri) atau mati...

Tragedi di Lahad Datu menampakkan bahawa seluruh rakyat negara ini begitu prihatin, ambil peduli/berat serta mahukan keamanan dan kesejahteraan negara ini tidak diganggu gugat. Sikap tersebut amatlah terpuji dan itulah yang kita mahukan tersemat dalam diri setiap warganya.

Malangnya, dalam pada itu ada juga di antara kita yang masih 'dibuai mabuk' sehingga ada yang menyalahkan Kerajaan dan tidak kurang juga yang memperlekehkan pasukan keselamatan negara dalam tragedi ini. Mabuk laut pun boleh sedar semula, tapi kalau 'mabuk ke Putrajaya' memang takkan sedar-sedar dah.  

Namun apa pa yang penting, dalam kita mengikuti perkembangan tragedi ini, kita juga perlu untuk mengetahui fakta-fakta sebenar serta punca asal-usul sesuatu kejadian itu berlaku, agar kita tidak hanya pandai mencanang begitu begini tanpa mengetahui pokok pangkalnya.

Berikut fakta-fakta yang perlu kita ketahui dan fahami sebaiknya.


Fakta seterusnya,

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. 

Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.


Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.


Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. 

Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".


Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. 

Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah. 



Seterusnya, ikuti pula maklumat-maklumat dan fakta yang telah dianalisis di bawah ini.

1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh dikenali sebagai; 

- ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army).
- Datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata. 
- Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. 
- Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihan raya Filipina.

tenterasultan

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

mahakuttah
Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepadaBritish North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
maimbung
Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

manila
The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:
A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)
Baca selanjutnya di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/03/analisis-pencerobohan-lahad-datu-oleh.html 

Apa yang menjadi persoalan kita (juga Perdana Menteri sendiri); mengapa perkara ini berlaku sekarang, ketika negara hampir untuk mengadakan pilihan raya umum? Perkara (tuntutan) ini bukanlah perkara baru walhal ia sudah berpuluh tahun dipertikaikan oleh mereka (kononnya Kesultanan Sulu)? 


Apakah penceroboh-penceroboh ini ditaja atau ditanggung oleh pihak tertentu dari segi persenjataan serta pakaian seragam mirip tentera sedangkan pihak yang mengaku Kesultanan Sulu didakwa tidak mempunyai sumber kewangan atau kemampuan logistik yang terbaik pun?


Jika benar apa yang dilaporkan oleh perisik-perisik tentera Filipina (melalui media Filipina) bahawa tragedi ini ada kaitan dengan Anwar Ibrahim (dalang), melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu (pastinya janji yang sangat besar, jika tidak masakan penceroboh berani dan nekad bertindak begini) maka sudah sampai masanya kita 'menghapuskan' pengkhianat-pengkhianat negara ini.


Kini segalanya di jari kita, carilah fakta tolaklah auta. Berfikir dan bertindaklah dengan bijak. Sayangi negara kita.


SK : semoga musuh-musuh negara segera dihapuskan, pasukan keselamatan beroleh kejayaan di lapangan dan negara ini terus dalam keadaan aman sejahtera.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...