Nampak gayanya, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah semacam sudah termasuk dalam senarai 'budak-budak jahat' PAS. Semuanya gara-gara Azizan telah menghadiri majlis sambutan program My Beautiful Malaysia yang diadakan di kawasan rekreasi Gunung Keriang, Alor Setar pada Ahad lepas. Sudahlah dikutuk kerana hadir ke majlis BN/UMNO, pakai pula baju rasmi siap berlogo I Am For Youth (1M4U) yang sama lagi dengan pemimpin-pemimpin BN/UMNO.
Kalau di sekolah dahulu, budak-budak jahat biasanya akan digantung sekolah. Tapi ada juga yang dibuang sekolah. 'Budak jahat' lain seperti Dr. Hassan Ali sudahpun dibuang 'sekolah'. Ustaz Nasharudin pun dalam pemerhatian 'Pengetua sekolah' saja. Silap-silap hari bulan pun kena tendang juga. Kali ni Azizan pula buat hal, tentulah marah dan geram 'Pengetua sekolah' tu.
Hanya kerana sehelai baju, Azizan dipanggil 'Barua'. Sebenarnya apa yang dilakukan Azizan itu tidak ada salahnya. Program My Beautiful Malaysia adalah program nasional malah dilakukan serentak di seluruh negara, tidak hanya terbatas kepada negeri-negeri di bawah BN saja.
Tidak salah kalau Azizan hadir di atas kapasiti sebagai Menteri Besar Kedah, untuk menunjukkan tanda sokongan kepada golongan anak muda negeri Kedah. Namun semua ini sukar untuk diterima oleh puak-puak PAS sehinggakan ada yang sudah membuat pakatan sulit untuk menjatuhkan Azizan di kawasannya sendiri menjelang PRU13 nanti.
Tidak salah kalau Azizan hadir di atas kapasiti sebagai Menteri Besar Kedah, untuk menunjukkan tanda sokongan kepada golongan anak muda negeri Kedah. Namun semua ini sukar untuk diterima oleh puak-puak PAS sehinggakan ada yang sudah membuat pakatan sulit untuk menjatuhkan Azizan di kawasannya sendiri menjelang PRU13 nanti.
Dahulu di tahun 1990-an, Tun Mahathir ketika sebagai Perdana Menteri pernah memberikan bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM600 juta secara solf loan kepada Kerajaan Kelantan bagi membantu menyelesaikan masalah hutang mereka berkaitan permasalahan pengurusan air (kerana Nik Aziz tak pandai urus tadbir negeri). Itu pun setelah dirayu oleh Nik Aziz melalui Tengku Razaleigh. (SK akan cerita dalam entri yang lain berkenaan perkara ini).
Walaupun Tun M ketika itu digelar macam-macam oleh PAS seperti Firaun dan Mahafiraun, namun beliau ketepikan disebabkan ada sifat kebertanggungjawaban sebagai Perdana Menteri kerana Kelantan juga adalah di bawah Malaysia walaupun ia adalah negeri pembangkang. Tun M gunakan kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan bukannya Presiden UMNO atau Pengerusi BN.
Kalau perkara sebesar itu boleh dilakukan oleh Tun M, takkan perkara kecil seperti apa yang dilakukan Azizan pun PAS nak melatah dan melenting. Atau apakah PAS kian gelisah dan gundah gulana? Maklumlah Azizan ni lain sikit perangainya.
Dia bukan jenis yang suka 'mendagu di bahu' Nik Aziz atau pun bukan jenis yang otak kuning seperti puak-puak Anwarinas dalam PAS. Azizan jenis loan renjer, masih ada sifat ulama tulen, tidak jijik berkawan dengan UMNO/BN dan iras-iras 'budak-budak jahat' PAS pun ada juga.
Dia bukan jenis yang suka 'mendagu di bahu' Nik Aziz atau pun bukan jenis yang otak kuning seperti puak-puak Anwarinas dalam PAS. Azizan jenis loan renjer, masih ada sifat ulama tulen, tidak jijik berkawan dengan UMNO/BN dan iras-iras 'budak-budak jahat' PAS pun ada juga.
Hairan betul, puak-puak PAS cukup takut kalau ada pemimpin mereka yang 'duduk sebelah-menyebelah' dengan pemimpin UMNO. Jijik sungguh UMNO. Ingatlah UMNO itu Islam dan Melayu. Tapi kalau 'tidur sebantal' dengan kafir harbi yang jelas penuh najis tak pula rasa jijik.
Gambar di atas menunjukkan Azizan betul dan bijak. Ketika pemimpin UMNO/BN mengangkat tangan tanda sokongan, Azizan tak angkat dan berdiri tegak. Begitu juga Dato' Rasli (SUK Kedah) tak angkat tangan juga kerana dia tahu siapa bosnya. Jadi terbukti Azizan datang atas kapasiti sebagai Menteri Besar Kedah saja. Azizan dan Rasli bijak sebaliknya puak-puak PAS yang tak bijak. Agak-agak siapa yang lebih layak dipanggil 'Barua'? Barua kepada DAP?
Tapi kalau Azizan datang dengan niat untuk menyokong Dato' Sri Najib pun apa salahnya.
Cerita lanjut dan gambar-gambar sebenar sila baca di sini.
Cerita lanjut dan gambar-gambar sebenar sila baca di sini.
sk : pernah panjat Gunung Keriang....
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.