PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday 12 April 2013

PANAS!!! Antara Punca Mengapa Setiausaha Agong PAS DiBOGELkan #PRU13

Aku sudah di'bogel'kan...

Lelaki dalam video seks terkini pemimpin Pakatan Pembangkang telah dikenalpasti. Orangnya bukan calang-calang, tapi pemimpin tertinggi yang menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS. Orang ini dikatakan begitu baik dan merupakan orang kanan Presiden yang mana bersama-sama menyokong ke arah perpaduan Islam antara PAS dan UMNO.

Tak sangka, begitu teruk sekali dia dimalukan dan diperlakukan (dibogelkan). Kenapa dia dibogelkan sebegitu teruk? Mungkin ini sebab-sebabnya.

................................................

Apa yang berlaku dalam persediaan PRU 13, PKR Terengganu mula mahukan kerusi lebih. Perkara ini menyebabkan kemarahan PAS Negeri tersebut. Antara pemimpin yang menjadi batu penghalang kepada PKR untuk bertanding lebih banyak kerusi adalah Datuk M. Tidak dinafikan pemimpin PKR Terengganu merupakan orang-orang kuat dalam parti tersebut seperti Azan Ismail (Bekas MP Indera Mahkota), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik) dan Fariz Musa (Timbalan AMK). Untuk menghalang pemimpin-pemimpin PKR ini, Datuk M telah menggunakan Presiden partinya untuk memberi amaran secara terbuka kepada PKR supaya jangan curi kerusi PAS.


Kerana PAS Terengganu terlalu degil dan tidak mahu menyerahkan kerusi kepada PKR, maka beberapa pemimpin tersebut terpaksa bertanding di luar Terengganu. Fariz Musa diarahkan untuk bertanding menentang DS Najib di Pekan dan Rafizi pula terpaksa ke Parlimen Pandan. Nasib Azan Ismail sebagai Ketua PKR Negeri masih terumbang ambing.

Oleh kerana terlalu terdesak kerana penamaan calon tinggal beberapa hari lagi, PKR terpaksa mengambil langkah drastik untuk menghapuskan Datuk M. Maka video yang sudah lama berada di tangan mereka mula disebarkan bagi menjatuhkan Datuk M.


- Baca seterusnya di sini MYMASSA.

........................................


Gomo simpati kepada Mustapha Ali kerana beliau sebelum ini merupakan orang yang paling lantang dalam mendesak agar PAS dan UMNO bersatu dalam kerajaan Perpaduan. Beliau merupakan orang yang cukup baik kerana beliau juga waktu ini sedang mengatur untuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menjadi orang tengah antara perpaduan PAS dan UMNO.


Anwar Ibrahim pastinya tersenyum puas waktu ini kerana
PAS tidak lagi boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai
Pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS juga mempunyai pemimpin
yang bermasaalah moral.


Pertikan dari - PapaGomo

Lagi kupasan yang lebih jelas sila BACA DI SINI.


Sayalah yang bogelkan dia...

Ya memang aku berbogel, kami sama-sama berbogel...

Tapi macam biasalah, pencacai pembangkang tetap tak boleh terima semua ni. Dosa berzina seperti tidak ada apa-apa kepada mereka. Boleh pula berkata perkara (perlakuan seks/berzina) ini bukanlah perkara penting. Sebaliknya disalahkan UMNO pula, dikatanya UMNO bodoh, bangang dan bahlol. 



Begitulah mental penyokong-penyokong pembangkang yang sememangnya sudah jauh tersesat. Siapalah SU Agong PAS tu kepada UMNO untuk UMNO membogelkan dia sebegitu rupa? Hanya manusia yang biasa 'berbogel' saja yang pandai merancang perkara-perkara begini.

Kebanyakkan blog-blog pembangkang tak siarkan pun isu panas ini. Masing-masing diam membisu seolah-olah tiada apa yang besar berlaku. Kalau ada pun sekadar menyalahkan pihak lain serta menggesa penyokong supaya tidak mempercayainya. 

Tapi kalau isu yang melibatkan pihak BN/UMNO walaupun isu kecil, habis diputarnya seluruh alam. Soal fitnah atau benar tidak, diketepikan terus. Putar tetap putar. Sekarang sudah jelas, kita lihatlah nanti apa yang akan diputar-putarkan mereka.

Semoga pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS mendapat hidayah. Sudah-sudahlah mempergunakan agama untuk kepentingan parti kerana PAS tidak mencerminkan keperibadian seperti orang yang beragama pun kepada rakyat.

SK : sudah ramai yang berkata bahawa perempuan itu bini no.2 nya, tapi takkan begitu lagaknya sepasang suami isteri? Layan isteri macam layan pel**ur saja.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...