Ini dia jawapan kepada EDGE FINANCIAL DAILY berkaitan tragedi 13 Mei 1969 yang membuat tuduhan bahawa kononnya tragedi tersebut adalah hasil daripada perancangan UMNO. Menerusi artikel yang ditulis oleh Mohsin Abdullah bertarikh 17 Disember 2012 (versi tempatan), didakwa tragedi 13 Mei 1969 adalah akibat perancangan sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang mahukan Presiden parti ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Perdana Menteri Malaysia ditumbangkan. Mungkin jawapan yang paling tepat dan sahih boleh diperolehi daripada Lim Kiat Siang. Dia ada semua jawapannya.
Sumber : Laporan MAGERAN.
Tapi sebelum itu, apakah fakta sejarah yang perlu kita ketahui? Tragedi tersebut tercetus ekoran perarakan yang dibuat oleh parti pembangkang selepas berjaya memperolehi kerusi yang banyak dalam pilihan raya pada tahun terbabit sehinggakan mereka ini melakukan provokasi dan menghina bangsa lain di Ibu Negara. Pada Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969, parti-parti politik dibenarkan berkempen secara terbuka yang kemudiannya dimanipulasi oleh pembangkang sehingga mewujudkan sentimen kebencian dalam masyarakat.
Dalam pilihan raya tersebut, parti pembangkang iaitu DAP telah menang besar. Ekoran perasaan besar kepala, biadap dan sombong pada 11 dan 12 Mei 1969 mereka telah meraikan kemenangan dengan berarak di Kuala Lumpur dan Kampung Baru yang didiami lebih 30,000 orang Melayu termasuklah di sekitar rumah Menteri Besar Selangor pada waktu itu, Datuk Harun Idris. Malah menurut Laporan MAGERAN, sejak 9 Mei 1969 sehari sebelum pilihan raya lagi, DAP sudah melakukan provokasi yang melampau dengan mengeluarkan kata-kata yang menghina orang-orang Melayu.
Fakta ini bukan lagi sulit, malah YB. Datuk Zulkifli Nordin telahpun 'bertanya' secara berdepan kepada Lim Kit Siang di Parlimen meminta penjelasan, kerana Kit Siang tahu segala-galanya, maklumlah dia adalah Ketua Pemuda DAP pada waktu itu. Berikut intipati perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini;-
"Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.
Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.
Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa.Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”
Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.
Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969".
Begitulah sebahagian ucapan YB. Datuk Zulkifli Nordin semasa di Dewan Rakyat.
Lim Kit Siang, Ketua Pemuda DAP 1969.
Harus diketahui bahawa, menurut Laporan MAGERAN, orang-orang Melayu sanggup bersabar dan masih bertahan walaupun maruah diri, bangsa dan agama dihina selama beberapa hari. Namun pada petang 12 Mei 1969, orang-orang Melayu di Kampung Baru memohon kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris untuk mengadakan satu perhimpunan aman (bukan perarakan seperti dilakukan DAP) bagi meraikan juga kemenangan dalam pilihan raya yang baru berlalu.
Datuk Harun Idris sendiri pergi memohon kebenaran kepada pihak Polis dan berjanji perhimpunan aman tersebut akan terkawal dan hanya akan dilakukan di kawasan kediaman rumah beliau sahaja.
Orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur dihebahkan untuk bersama-sama berkumpul di rumah Menteri Besar. Malangnya pergerakan orang-orang Melayu dari Gombak yang menuju ke Kampung Baru telah diserang oleh orang-orang......di Setapak. Bermula dari situlah keadaan menjadi semakin tidak terkawal. Jadi, jelas kepada kita siapa yang memulakan peristiwa hitam ini terlebih dahulu.
Dalam Laporan MAGERAN tercatit segala-galanya dan tidak bersifat berat sebelah kerana sumbernya yang pelbagai termasuk juga daripada kaum Cina sendiri serta kaum India. Juga daripada anggota dan pegawai-pegawai Polis berbangsa Cina sendiri.
Laporan tersebut juga menyebut bahawa anasir-anasir Kongsi Gelap juga banyak mempengaruhi peristiwa tersebut. Ini tidaklah menghairankan kita kerana sejak sebelum merdeka lagi, atau sejak kedatangan migran dari tanah besar China lagi (zaman kepesatan perlombongan bijih timah) gerakan-gerakan kongsi gelap adalah berleluasa di kalangan orang-orang Cina.
Putik-putik 13 Mei 1969 sudah bermula sejak dari tahun 1964 lagi di pasar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Malah lebih awal daripada itu lagi, sejak sepanjang Januari 1957 di Georgetown dan sepanjang Mei 1959 di Pulau Pangkor. Gerakan kongsi gelap sentiasa cuba mencetuskan perbalahan dengan orang-orang Melayu.
Terpulanglah kepada kita sekarang ini untuk merencanakan masa depan negara. Fakta-fakta sejarah dan bukti ada di mana-mana. Jangan kita pinggirkan sejarah, jangan kita mudah lupa. Apakah kita ingin dihina sedemikian rupa sekali lagi oleh orang/pihak yang sama, yang masih lagi hidup di depan kita untuk kita saksikan kebenarannya? Bertindaklah dengan bijak.
Ini adalah fakta dan bukti untuk kesedaran, bukan reka-rekaan untuk mencetuskan sesuatu yang tidak baik terhadap sesiapa atau pihak tertentu.
sk : sejak zaman tokwan kita, zaman bapak kita lagi dok kena hina bagai, takkanlah kita di zaman ini pun masih nak kena hina sebegitu lagi, lebih teruk jadi pencacai pulak tu...???
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.