PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday 31 December 2012

Di Depan Jalan Ke 'Syurga', Namun Masih Ada Waktu Untuk U-Turn


Masih belum terlambat untuk kita sedar dan membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini bukan sahaja untuk kita tetapi paling penting untuk generasi anak cucu kita kelak. Masanya semakin hampir, masih ada waktu dan ruang untuk kita membuat pusingan U demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Ayuhlah.

Saturday 29 December 2012

Nak Jadi Bilionair!!! Ngeh Koo Ham Berguru Dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary

Ini macam kasi hantam haa...

Tak lama lagi Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mungkin akan menjadi bilionair terbaru di Malaysia. Tapi sebelum mereka berada dalam kelompok 10 bilionair Malaysia, eloklah mereka pergi berkenalan dengan Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary dahulu. Minta nasihat dan tunjuk ajar. Kalau nak jumpa Robert Kwok mungkin agak susah. Syed Mokhtar 'ada di mana-mana saja' sekarang ni, senang nak jumpa.

Video Klip Buat Nik Aziz Menangis


Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...begitulah. Penat SK buat, jangan lupa like hehehe. Harap Nik Aziz pun sudi menonton. Dia nak menangis? Ermm... "hati kau keras Remy" ehh silap... "hati kau keras Ajis".

JUMAAT Yang HIBA Bagi Umat Islam


Setiap kali berada di masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, dari dahulu lagi hati SK berasa cukup tenang dan seronok. Bukan sahaja kerana seronok dapat menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, tetapi berasa seronok apabila melihat umat Islam lelaki berduyun-duyun, berpusu-pusu datang ke masjid; pelbagai rupa, kecil dan besar, tua dan muda, datang dari mana-mana entah, duduk bersama-sama, bersalam-salaman, menunaikan solat bersama-sama. Nampak kesepaduan, kesepakatan, sehaluan dan kekuatan kita  (umat Islam) di situ. Bersatu kepada Tuhan Yang Satu.

Friday 28 December 2012

13 Mei 1969; EDGE FINANCIAL DAILY Kena Temu Bual Lim Kit Siang, BARU BETUL

Laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Ini dia jawapan kepada EDGE FINANCIAL DAILY berkaitan tragedi 13 Mei 1969 yang membuat tuduhan bahawa kononnya tragedi tersebut adalah hasil daripada perancangan UMNO. Menerusi artikel yang ditulis oleh Mohsin Abdullah bertarikh 17 Disember 2012 (versi tempatan), didakwa tragedi 13 Mei 1969 adalah akibat perancangan sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang mahukan Presiden parti ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Perdana Menteri Malaysia ditumbangkan. Mungkin jawapan yang paling tepat dan sahih boleh diperolehi daripada Lim Kiat Siang. Dia ada semua jawapannya.

Thursday 27 December 2012

PANAS!!! Terbakarnya Hati Kami - 'TUN'

Apa agaknya perasaan 'Tun' Karpal Singh, 'Tun' Lim Kit Siang dan juga 'Tan Sri' Lim Guan Eng bila tengok gambar-gambar ini? Tentu panas hati mendidih-didih dibuatnya. Geram, dendam, meluat, sakit hati semuanya ada.

Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak

Wednesday 26 December 2012

Antara PAS, DAP & PKR, Siapa Berani Hapuskan PERKARA 153?


PAS samada sedar atau tidak telah terjebak dengan percaturan parti DAP dan PKR yang secara jelas akan menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu sebaik sahaja berjaya mengusai Putrajaya. Buktinya apabila DAP menguasai Pulau Pinang, PKR di Selangor dan PAS seketika memerintah Perak, proses diskriminasi secara halus telah dilaksanakan mereka dengan mengaburi mata orang-orang Melayu terutama golongan miskin khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.

DEMI TANAH MELAYU, RAJA TEGUR BRITISH, PAS DIKENCING DAP


Ketika bertitah merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga, anjuran bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri pada 15 Januari 2008 lalu, Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak mengingatkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu telah menegur pentadbir British pada tahun 1950 mengenai usaha penempatan semula ke kampung-kampung baru di bawah Rancangan Briggs.

HENTAM PAS!!! Kenapa Asyik PAS Yang Kena?


Pernah seorang teman SK menegur baru-baru ini, "kenapa kau asyik hentam PAS saja dalam blog?" Sebenarnya SK bukan menghentam PAS, kalau nak hentam ia lebih sesuai dihalakan kepada DAP dan PKR. Apa yang SK tulis mengenai PAS itu walaupun menghentam tetapi masih lagi dalam nada mesra kerana tetap ada sekelumit perasaan pada PAS walaupun SK tidak pernah langsung menyokong atau menyukai PAS. Sebabnya kerana di dalam PAS itu ada Islamnya, ada Melayunya sama macam SK, sama macam UMNO (walaupun SK juga bukan orang UMNO).

Monday 24 December 2012

Soo Vincci; Apa Persamaannya Dengan PAS?


Pemenang Miss World Malaysia 2008, Soo Vincci sedang bersiap sedia untuk mengorak langkah melebarkan sayap seninya ke negara Taiwan tak lama lagi. Namun ada sesuatu persamaan antara Soo Vincci dan juga parti yang semakin sesat PAS.

Sunday 23 December 2012

HEBAT!!! Ummi Hafilda 'Kasi Sebiji PENUMBUK' Ke Muka Azmin


Tahniah SK ucapkan kepada Ummi Hafilda Ali kerana tak lama lagi akan berkahwin dengan Dr. Zaman Khan, seorang pakar terapi kecantikan. Walaupun perbezaan umur antara mereka 12 tahun iaitu Ummi 45 manakala Zaman 33, itu semua bukan penghalang untuk berbahagia. SK sangat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Ummi tentang mengapa memilih Dr. Zaman yang berasal dari Pakistan itu sebagai calon suami, maklumlah lelaki ala-ala pelakon Bollywood ni jauh lebih muda darinya. Ternyata jawapan Ummi itu seperti 'melepaskan sebiji penumbuk padu' ke muka abangnya sendiri, Azmin Ali.

Mudahnya BerFATWA, Akhirnya Memakan Diri


Nik Aziz begitu gemar mengeluarkan fatwa-fatwa yang pada hematnya adalah yang terbaik mengikut lunas-lunas Islam, untuk membawa seluruh penyokong PAS ke jalan syurga padahal semuanya adalah kerana kepentingan peribadi iaitu dendam kesumat yang teramat dalam kepada UMNO/BN. 

Apabila fatwa-fatwa ini 'ditelan' bulat-bulat tanpa 'dikunyah-kunyah' terlebih dahulu terutama oleh penyokong-penyokong yang taksub, maka terus berpecah-belahlah orang Islam dan Melayu itu sesama sendiri sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, sejak Nik Aziz mula diangkat seperti dewa hijau. 

Mari kita amati beberapa fatwa Nik Aziz yang banyak mempengaruhi (menghuru-harakan) pemikiran orang-orang Islam dan Melayu terutama penyokong-penyokong PAS totok.

Maksud Fatwa

Tapi sebelum itu, eloklah kita fahami dan ketahui dahulu apakah yang dimaksudkan dengan fatwa itu sendiri. Fatwa bermaksud suatu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang telah menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak

Sesuatu fatwa pula hanya boleh dibuat atau dikeluarkan apabila diperintahkan oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri. 

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri berkenaan, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak dan fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri tersebut.

Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

Keputusan atau pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan atau pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. 

Keputusan atau pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan atau pengeluaran fatwa negeri masing-masing. 

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi atau muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu atau perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu-isu atau persoalan-persoalan yang bersifat nasional dan  melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.


Antara fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz, Menteri Besar merangkap 'Mufti' Negeri Kelantan.

1. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

2. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

3. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

4. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994

5. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

Ini sebahagian fatwa yang akhirnya kembali semula 'memakan diri' kepada siapa yang mengeluarkannya. Jelas dan terang. Kepada penyokong-penyokong PAS yang masih ada sisa-sisa kesedaran, sedarlah sekarang. Sedarlah...sedarlah...sedarlah, untuk memelihara kesucian agama Islam itu sendiri. Itu yang lebih penting dari yang lain-lain. 

Cukup dulu setakat lima, SK akan dedahkan lagi himpunan fatwa-fatwa Nik Aziz nanti.


Thursday 20 December 2012

GEMPAR!!! 'Penglibatan Ameng Spring' Dalam AMANAT Hadi Awang



Apa kaitan AMANAT Hj. Hadi Awang dengan vokalis bersuara merdu, Ameng dari kumpulan Spring ni? Ameng sekarang ni sedang menjalani hukuman penjara selama 8 tahun akibat salah laku penyalahgunaan dadah. Apa kaitan Ameng dengan PAS atau lebih tepat lagi dengan AMANAT Hj. Hadi Awang? Kedua-duanya adalah orang Terengganu.

Tuesday 18 December 2012

DEDAH!!! PAS, PARTI YANG PENUH RETORIK-MORIK


PAS dari dahulu hingga kini sentiasa menyogok (terutama ahli-ahlinya) kononnya sebagai sebuah parti politik Islam, yang memperjuangkan Islam. Tapi kita semua harus ingat dan perlu sedar bahawa ISLAM itu AGAMA manakala PAS  itu pula hanyalah sebuah PARTI POLITIK sahaja, lebih memburukkan lagi ianya penuh dengan RETORIK yang semakin hari semakin melemahkan agama Islam itu sendiri.


Tak percaya? Mari SK bagi contoh yang paling mudah

Monday 17 December 2012

PAS!!! Kini Dalam Fasa TAWAKKAL

Orang tua ni banyak tengok lawan tinju gamaknya.

Kita semua tahu. Jika kita ingin mendapatkan atau mencapai sesuatu perkara yang kita idam-idamkan, kita haruslah berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya. Usaha itu pula perlulah bersungguh-sungguh serta haruslah melalui jalan yang baik agar ianya nanti mendapat berkat dan diredhai. Di samping berusaha kita wajib juga menadah tangan kepada Allah S.W.T memohon doa supaya apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil. Setelah berusaha dan berdoa, Islam menyarankan kepada kita supaya bertawakkallah iaitu berserahlah segala-galanya kepada Allah S.W.T moga-moga Dia mempermudahkan segalanya. Begitulah fasa ringkas; berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Nampaknya PAS kini baru sahaja melalui semua fasa tersebut. Sejak penubuhannya sehinggalah sekarang

Friday 14 December 2012

DEDAH!!! Pluralisma Agama Bakal Menjahanamkan Malaysia

Logo pluralisma agama

Pluralisma agama merupakan satu gerakan terancang yang berusaha menyamaratakan akidah dan iktikad Islam dengan semua agama ke dalam satu kesatuan kononnya bermatlamat menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Fahaman pluralisma agama menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kebaikan di dunia akan diberi ganjaran syurga tanpa mengira samada seseorang itu menyembah Tuhan yang satu atau pelbagai Tuhan yang lain.

Pluralisma agama juga dianggap satu kaedah universal untuk meredakan konflik agama yang mana selalunya agama Islam sebagai agama majoriti harus menerima dan mengalah dalam banyak perkara sebagai tanda toleransi. Sedangkan di negara-negara di mana umat Islam terpinggir, pluralisma agama digunakan untuk memaksa umat Islam untuk beralah kepada agama lain yang dominan. Antaranya menerima gaya hidup pergaulan bebas, cara berfesyen, berseksual dan sebagainya yang mengikis akidah serta cara hidup Islam.

Wednesday 12 December 2012

KECOH!!! Kalau Macam Ni Tak Tercapai Hasrat 70 Juta Penduduk


Ini dia 300,000 orang berbangsa India yang berdemo di depan Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya bagi menuntut kad pengenalan biru untuk menjadi warganegara yang sah. Putrajaya hampir lumpuh akibat kesesakan manusia seramai 300,000 orang. Dilihat dari udara, Putrajaya yang cantik menghijau seperti kuih pulut sekaya telah tercemar akibat terjatuhnya seketul tahi cicak di atasnya.

Tuesday 11 December 2012

PANAS!!! 'Darah Merah' Kerana Kuat Mengorek



Mahu tidak mahu, kita harus mengakui bahawa dengan adanya penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang sejak lebih sebulan lalu telah menampakkan kesan positif. Buktinya kadar kemalangan di kawasan-kawasan sekitar terletaknya kamera AES ini semakin berkurangan.

Tetapi perkara ini tetap tidak disenangi oleh sesetengah pihak dan ditambah buruknya lagi apabila ia sentiasa menjadi isu yang dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin tertentu untuk menghentam Kerajaan secara membuta-tuli. Baru-baru ni pemimpin Kerajaan PKR Selangor

KECOH!!! Bendera "Bulan Makin Malap" Di Bumi Gaza


Sehari dua ni SK tergelak juga melihat gelagat penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang terutamanya PAS kerana gembira sangat seakan berpesta ria kerana adanya sebatang dan sehelai..sebatang dan sehelai bendera 'Bulan Makin Malap' mereka di perhimpunan ulangtahun ke-25 Hamas, di Gaza, Palestin baru-baru ini. Maka dengan bangganya bermacam-macamlah kenyataan dikeluarkan, tak kurang juga yang mengatakan perjuangan mereka di Malaysia adalah sama seperti mana perjuangan Hamas di Palestin. Hebat, memang hebat. Warna bendera berwarna sama (hijau) pun sangat-sangat mereka banggakan. 

SK tak nak ulas samada bendera itu betul atau dimuatnaik menggunakan teknologi tinggi oleh pakar-pakar siber dalam Pakatan. Kalau betul, maka betullah. SK tak mahu menyebarkan fitnah yang bukan-bukan. Bagi SK, cukuplah bendera Malaysia 'Jalur Gemilang

Monday 10 December 2012

PANAS!!! Sikit Masa Lagi Boleh Tengok 'BLUE FILM' Di Mana-Mana

Sikit masa lagi mungkin gambaran seperti di atas adalah pemandangan biasa di Malaysia. Anda suka?

Agenda untuk memberi kedudukan istimewa dan mengiktiraf golongan lahanat Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) ini masih merupakan antara senjata utama puak-puak Fuckatan terutamanya DAP dan PKR serta NGO-NGO berkaitan dalam rangka menjahanamkan kehidupan harmoni di Malaysia. Golongan muda-mudi adalah merupakan sasaran utama untuk 'dikorbankan' apatah lagi jika mereka ini adalah belia-belia yang sentiasa sukakan keseronokan semata-mata, mudah dihanyutkan kerana ingin bebas dan tiada atau kurang didikan agama.

"Anak Didik" Pemimpin Kuat Carut & Kuat Hisap

 Pasukan kebanggaan rakyat Malaysia

Tahniah Harimau Malaya, walaupun kemenangan 1-0 sudah berada dalam genggaman, namun terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 ketika bertemu pasukan pilihan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Susuki 2012 malam tadi di stadium keramat negara Stadium Nasional Bukit Jalil. Berhadapan pasukan Gajah Putih bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka antara pasukan terkuat buat masa ini di rantau Asia Tenggara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...