PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday, 15 February 2013

Timbalan vs Timbalan!!! Pencipta AL-JUBURI, Bakal Disaman


Al-Jubuuuuurrrrrrrri....

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan berkaitan 'projek IC' Sabah baru-baru ini. Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu.

Bang Mat dengan wajah sedih...

Beliau berkata, dakwaan Mat Sabu dalam Harakah bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan" telah memfitnahnya. "Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan. "Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut. "Jadi saya telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok, kalau gagal saya akan failkan saman terhadapnya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini,semalam.

Dalam laporan Harakah baru-baru ini, Mat Sabu menggesa Wan Ahmad meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau tidak boleh dipercayai lagi. Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, setiap ahli politik perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat semasa berkempen atau sebagainya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf. "Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja. "Ini pertama kali saya ambil tindakan ini, sebab terlalu banyak fitnah kepada kakitangan SPR termasuk pegawai, timbalannya, terutama semasa kempen untuk pancing undi. "Saya dah bagi tempoh, tapi ikut pengalaman pemimpin pembangkang sukar untuk mohon maaf," katanya.

Sebelum ini, notis telah dihantar kepada pihak defenden iaitu Mat Sabu, Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut. Mengulas lanjut, Wan Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu bahawa beliau pernah terlibat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya. Katanya, beliau bertugas sebagai Menteri Penasihat di Kedutaan Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat ketika tempoh yang dimaksudkan itu dan "kenyataan itu jelas memberi tafsiran kononnya saya mendalangi konspirasi jahat memenangkan BN dalam pilihan raya itu."

"Saya tidak pernah bertugas di Sabah sepanjang karier saya dan bagaimana Mat Sabu menuduh saya terlibat (dalam memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah)," katanya yang mula berkhidmat dengan SPR sebagai setiausaha SPR pada 1998. Dipetik Bernama, beliau berkata, individu 'Wan Ahmad' yang didakwa Mohamad Sabu itu bukan dirinya tetapi bekas pegawai SPR Sabah pada ketika itu, Wan Ahmad Wan Yusof. "Itu Wan Ahmad lain, beliau kini sudah meninggal dunia. Bukannya Wan Ahmad saya," katanya.

Wan Ahmad berkata beliau menerusi peguamnya dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak telah menghantar satu notis mahkamah menuntut Mohamad Sabu dan empat lain membuat permohonan maaf tidak bersyarat dan menarik balik laporan berita itu dalam tempoh tujuh hari bermula 7 Februari lepas. Ditanya mengenai jumlah ganti rugi yang dituntut, Wan Ahmad berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.

--------------------------------------------

Dalam ceramah-ceramah beliau, banyak yang fitnah daripada yang benar. Kalau nak saman, berkarung-karung guni lah surat saman. Apa pun, beliau memang seorang 'penglipur lara' yang hebat.

sk : boleh 'tangkap lentok' bila mendengar ceramah PAS terutama yang disampaikan oleh penglipur lara... 

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...