PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Sunday, 3 February 2013

Solat Hajat; Besar Fadhilatnya, Terima Kasih PAS


Sebagai seorang Mukmin sejati, hanya kepada Allah S.W.T sahajalah tempatnya kita memohon dan meminta (berdoa) ke atas sesuatu hajat yang kita kehendaki (setelah berusaha). Dan untuk lebih afdalnya, doa itu perlulah terkandung di dalam solat hajat yang kita dirikan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Setiap hamba yang beriman pasti akan mengakui bahawa betapa besarnya fadhilat sesuatu solat hajat (di samping doa mubahalah). Terima kasihlah banyak-banyak kepada PAS kerana sentiasa melakukan solat hajat memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Maka, semakin banyak solat hajat yang dilakukan oleh PAS bagi maksud-maksud tertentu, maka Allah S.W.T memakbulkannya. Semakin banyaklah kebenaran demi kebenaran yang Allah tunjukkan. Allah S.W.T telah tunjukkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, siapa Mat Sabu, siapa DAP malah paling tersentuh hati ialah telah terserlah dari hari ke hari siapa sebenarnya Nik Aziz dan bagaimanakah rupa paras PAS itu sendiri.

Jangan salahkan orang lain di atas segala kebenaran yang terbongkar, segalanya adalah di atas permintaan dan permohonan orang-orang PAS sendiri melalui solat hajat yang mereka lakukan. Terima kasih sekali lagi kepada PAS kerana dengan sebegitu banyak solat hajat yang dilakukan, bukan sahaja membuka mata semua pihak tentang sesuatu kebenaran, malah yang lebih penting ialah membuka mata pengikut-pengikut PAS sendiri.  












Begitulah antara sekian banyaknya solat hajat yang dilakukan oleh pakatan pembangkang terutamanya PAS. Bayangkanlah, selepas solat hajat (setelah berdoa kepada Allah S.W.T) akan ada pula ceramah perdana atau pidato khas. Kita pasti sedia maklum bagaimana rupa ragamnya ceramah atau pidato puak-puak PAS ni (penuh dengan caci maki, cerca menghina, mencarut dan sebagainya). Jadi, bayangkanlah.


Namun ingatlah, setiap yang dihajatkan pasti akan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. Dia pasti akan membalasnya mengikut kehendakNya kerana Dia Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Terima kasih PAS.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...