Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ni, ada juga di kalangan kita yang mengadakan kenduri terutamanya kenduri kahwin. Tengah hari tadi SK sempat menghadiri satu majlis kenduri kahwin di kampung bapak saudara SK di Kedah. Kebetulan SK balik sini atas beberapa urusan.
Tuan rumah kenduri tersebut (bapa pengantin perempuan) adalah kenalan bapak saudara SK. Dia memang penyokong PAS 'hangit' kata orang Kedah. Maknanya PAS lah hidup dan matinya. Bapak saudara SK dahulunya pun 'makhluk hijau' juga tapi beberapa tahun lepas dah 'kembali ke pangkal jalan'. Namun mereka masih berkawan.
Cuma apa yang mencuit hati SK ialah tentang perbualan antara bapak saudara SK dengan kawan PAS dia tu. SK tumpanglah dengar. Antara perbualan diorang yang sempat SK rakam dalam kepala otak ni seperti kat bawah.
Bapak saudara : Anak perempuan hang kahwin dengan orang lain ka, bukan dengan budak jantan yang selalu keluaq dengan dia tu ka?
Tuan rumah : Dak aihh. Menantu aku ni cikgu, mengajar di Terengganu. Makcik dia tolong kira. Kena cari yang elok sikit la.
Bapak saudara : Awat dengan budak jantan yang selalu dok mai rumah hang tu? Bukan ka hang berkenan kat dia juga?
Tuan rumah : Cuihhh berkenan apa. Budak tu tiga suku, dok merayau sana-sini, merempit saja. Kerja pun takdak, setakat dok gantung bendera (PAS) ataih pokok sana-sini, jaga ceramah semua buleh la. Tak buleh..tak buleh kalau nak buat menantu. Apa nak makan anak perempuan aku tu...
Bapak saudara : Ohh macam tu ka. Samalah macam kita pun, kalau tau dah tak buleh pakai, kalau tau dah perangai tak senonoh, banyak yang dah terpesong, buat apa nak sokong-sokong lagi.
Perhhhh makan dalam kata-kata bapak saudara SK tu. Kawan dia tuan rumah tu nampak macam faham (dan muka pun mula memerah) sambil gelak-gelak.
SK cuma tersenyum sajalah sambil berlalu mendapatkan nasi.
Hai begitulah ragamnya puak-puak ni. Cari menantu (suami) untuk anak gadis taknak lekeh, taknak yang cokia-cokia, nak yang bagus saja. Tahu juga sayangkan anak gadis rupanya. Kepada pemuda-pemuda PAS yang lain pun dipandang sebelah mata saja. Kesian kesian.
Hina sangatkah kami geng-geng tukang gantung bendera PAS???
Sebenarnya, kisah ni samalah juga dengan seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan negara ni. Kalau diserahkan Malaysia ni kepada kaki peliwat, orang tua nyanyuk, haram jadah cauvinist dan komunis, maka rosaklah negara ni.
sk : teruk sungguh....
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.