PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday, 19 February 2013

Haron Din Buat Nik Aziz Panas Telinga Dan Punggung Lagi

Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan.

"Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. Saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk Al-Quran pada ketika itu. Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah...Allah yang selama-lamanya 'Qulhu Allahu Ahad'...

... Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah diletak kepada 'god' maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia...

... Atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan".

Dengan ketegasan Dato' Dr. Haron Din ini, memberi semangat kepada kita untuk terus mempertahankan kesucian kalimah Allah. Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada beliau.

Aduhh..terok ambo lagu ni nih...guano guano....

Kepada Nik Aziz, insaf-insaflah. Lebih penting lagi, penyokong-penyokong PAS, sedarlah.
Alangkah bagus andai Haron Din 'naik pangkat', dia pasti boleh mengubati semula penyakit-penyakit PAS yang dah kronik selama ni.

sk : kelapa kalau dah tua sangat pun, santan cepat basi atau busuk...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...