Gambar Hiasan
Ada kalangan ulama dan pendakwah dengan manisnya mengatakan bahawa tugasnya adalah berdakwah demi kesejahteraan Islam, namun di waktu yang lain pula ia membolehkan, bahkan mengajak umat Islam untuk memilih musuh-musuh Islam sebagai pemimpin meskipun menyedari musuh-musuh itu akan memudaratkan ummah, agama dan negara.
Ulama su' turut berpura-pura mengajak ummah kepada kebaikan, namun dengan cara-cara kefasikan seperti berdakwah dengan memaki hamun. Mulutnya sentiasa menjanjikan pahala dan syurga namun sikapnya mengajak orang lain bermusuh-musuhan.
Mereka gemar berdakwah secara melawak, namun caci maki tetap menjadi rencah wajib dalam setiap ceramah mereka demi melampiaskan kemarahan mereka.
Al-Quran dan Hadis sering digunakan untuk menghalalkan segala pendustaan mereka. Jenis ulama penghibur ini tidak mengikuti aturan dakwah dalam syariat Islam sebaliknya, mengikuti nafsu demi mengejar nama.
Mereka lupa akan ancaman Rasulullah s.a.w iaitu;
"Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan murka manusia, maka Allah mencukupinya dari manusia. Dan barangsiapa mencari redha manusia dengan (menyebabkan) kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan dirinya kepada manusia" - Hadis Riwayat Ar-Tirmidzi.
Oleh itu, jangan sampai Allah menurunkan bala dan kehinaan ke atas umat Islam disebabkan oleh kejahilan kita mengikuti ulama-ulama perosak ini.
Kembali kepada jalan benar yang diredhai Allah dan Rasul semoga hidup kita sentiasa dalam rahmatNya.
sk : ulama su' makin ramai, 'ustaz' dan 'ostazah' segera pun makin ramai...punah punah.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.