PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Thursday, 21 February 2013

DEDAH!!! Episod-Episod 13 Mei 1969, Dan PENCETUSNYA, Apakah Kita Sudah Lupa?


Apakah kita orang-orang Melayu dan Islam sudah lupa Tragedi 13 Mei 1969? Sudah tentu tidak. Mereka yang lahir selepas 1969 jangan malas untuk membaca dan mengkaji sejarah 13 Mei 1969, apatah lagi yang lahir sebelum 1969 atau yang pernah mengharungi peristiwa berdarah tersebut, tentu sekali tidak akan pernah melupakannya.

Entri ini bukan untuk mewujudkan sentimen perkauman atau rasis tetapi untuk mengingatkan kembali orang-orang Melayu supaya jangan membiarkan peristiwa hitam tersebut berulang kembali. Begitu juga kepada kaum Cina, iktibar daripada peristiwa itu harus dijadikan pengajaran. Jangan diulangi perbuatan-perbuatan biadap dan kurang ajar yang dilakukan oleh generasi terdahulu. Termasuklah kaum India, ambillah pengajaran dan jangan ulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh kaum Cina terdahulu.

Laporan MAGERAN

Bukan semua orang Cina terlibat dan biadap. Ada ramai orang Cina yang baik dan hidup harmoni bersama orang Melayu. Tetapi orang dan kumpulan Cina yang bertanggungjawab mencetuskan 13 Mei 1969 tersebut masih lagi ada hari ini, masih hidup untuk kita lihat dan ambil iktibar, ambil pengajaran.

Hehehe....

Ramai orang Cina, pertubuhan atau parti kaum Cina samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam peristiwa itu telah mengambil pengajaran. Mereka kembali bekerjasama untuk hidup saling hormat-menghormati dan bersatu-padu bersama orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini. Hasilnya kita hidup harmoni sehingga ke hari ini.

Ada gaya gengster tak? Ketua Pemuda DAP waktu itu...

Namun, bagi Cina DAP mereka tetap seperti dahulu, seperti sewaktu mereka mencetuskan peristiwa berdarah tersebut, tidak pernah berubah. Kepada orang Cina baik dalam MCA atau Gerakan, apatah lagi PKR, janganlah ada walau sedikit perasaan-perasaan seperti mana perasaan yang ada dalam diri DAP. Jika tidak, tidak mustahil peristiwa hitam tersebut berulang kembali dan pastinya ia lebih buruk daripada yang disangkakan. Minta dijauhkan.

Sebagai pengajaran dan ingatan, mari kita lihat kembali episod-episod terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 (berdasarkan Laporan MAGERAN) sebagai pengajaran.














Dalam keadaan begitu, pemimpin-pemimpin Melayu masih lagi bersabar dan menyuruh orang-orang Melayu bersabar dan bertenang...




Begitulah. Sekali lagi entri ini bukan bertujuan untuk mewujudkan sentimen perkauman atau rasis (yang rasis adalah DAP..rasis yang nyata), tetapi untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia, bahawa jangan sekali-kali kita cuba mencetuskan kembali putik-putik peristiwa tersebut. Kita telahpun hidup penuh harmoni, sama-samalah kita kekalkannya.

Anak kepada pencetus 13 Mei 1969

Kepada orang-orang Melayu Islam samada dalam PAS apatah lagi PKR, satu undi anda kepada PAS atau PKR bermakna anda memberi kemenangan kepada pari rasis DAP. Ingatlah.

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku di Kuala Lumpur. Tapi sebelum itu sudah berlaku di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan seterusnya Kuala Lumpur (Laporan MAGERAN). Ikuti rentetan peristiwa tersebut dalam video di bawah.



PAS harus sedar. Tolak DAP.

sk : tak pernah lupa...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...