Pada tahun 1993, Anwar Ibrahim menjalankan kempen untuk menjatuhkan Tun Ghaffar Baba bagi merampas jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Namun, Anwar sebelum
itu telah bersumpah bahawa dia tidak akan menentang Tun Ghaffar Baba untuk
merampas jawatan Timbalan Presiden. Oleh
itu ramai yang menghormati keputusan tersebut demi memelihara perpaduan orang
Melayu dan UMNO khasnya.
Kenyataan awal Anwar:
"Saya
menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang
beliau".
Tetapi selang beberapa hari, Anwar telah memutar balik kenyataan awalnya dan membuat keputusan serta mengumumkan untuk menentang Ghaffar. Memang kaki kencing.
Tetapi selang beberapa hari, Anwar telah memutar balik kenyataan awalnya dan membuat keputusan serta mengumumkan untuk menentang Ghaffar. Memang kaki kencing.
“Sejak awal tahun ini beberapa rakan dalam parti telah menanyakan pendirian saya tentang pemilihan parti yang bakal tiba dan ada yang mencadangkan agar saya menawarkan khidmat untuk jawatan Timbalan Presiden.
Saya menyatakan terima kasih dengan pernyataan kepercayaan mereka, namun saya menegaskan bahawa saya belum bersedia memikirkan perkara tersebut dan meminta tenaga dan perhatian, ditumpukan sepenuhnya untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.
Meskipun begitu saya terus dihadapkan dengan persoalan pemilihan sehingga ia menjadi perbualan di pelbagai peringkat parti. Untuk meredakan suasana, saya telah membuat pernyataan terbuka tidak berhasrat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan tahun ini.
Namun, maklum balas dari rakan-rakan serta pemimpin pelbagai peringkat menyatakan sikap bahawa sementara mereka tetap menghormati dan menyanjung sumbangan dan pengorbanan YAB Encik Ghaffar Baba tetapi mereka prihatin dan inginkan kesinambungan perjuangan. Pandangan ini dan gesaan mereka yang dinyatakan semakin terbuka di kebelakangan ini memerlukan saya membuat pertimbangan semula.
Saya akur dengan keprihatinan rakan-rakan serta hasrat parti untuk mengangkat martabat umat Melayu dan bangsa Malaysia dengan menjayakan hasrat yang terkandung dalam wawasan 2020.
Saya juga terdorong dengan iltizam untuk membantu Presiden UMNO yang dikasihi Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk meletakkan parti pada landasan yang lebih kukuh dan memperhebatkan pembangunan Bumiputera serta negara keseluruhannya dalam pelbagai bidang.
Saya yakin UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk menangani permasalahan abad ke 21. UMNO adalah sebuah parti yang menggabungkan kekuatan dan pengalaman silam serta keberanian dan kebijaksanaan baru: tegasnya gabungan tua dan muda: memadukan segenap lapisan rakyat bandar dan desa, petani dan nelayan, pendidik dan pekerja, usahawan dan budayawan, cendekiawan dan teknorat, untuk bergerak sebagai satu pasukan.
Menyedari hakikat ini, maka saya dengan penuh keinsafan bersedia menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO”
Mana perginya sumpah Anwar? Kalau setakat sumpah di mulut memang Anwar berani. Tapi kalau sumpah laknat langsung tak berani buat. Bukan Tun Ghaffar Baba saja dia tipu, sampai ke keturunan Tun Ghaffar Baba pun dia nak kelentong.
Cucu Ghafar Baba Pun Anwar Tipu
“Lepas sahaja keluar dari penjara 2004. Dia bagitahu kami, kita dapat sokongan dah. Antara tokoh yang akan menyokong kita Ghafar Baba. Ghafar Baba nak jumpa aku nak minta maaf.
“Dia (Ghafar) rasa silap dok dalam UMNO. (Jadi) dia nak sokong aku, supaya kembalikan balik sokong kepimpinan Melayu.
“Rupa-rupa cerita, dia (Anwar) minta Zahid Mat Arip (cucu Ghaffar), hang tolong atur, aku nak jumpa Ghafar Baba. Aku nak minta maaf dengan dia.
Menurutnya tembelang pembohongan Anwar itu terbongkar apabila salah seorang pemimpin PKR yang baru balik bermseyuarat dengan Anwar berjumpa dengan Zahid bertanyakan pertemuan Anwar – Ghafar itu.
“Allah nak jadikan cerita. Zahid Mat Arip ini pergi Bangsar Village, beli-beli barang apa semua, terserempak dengan pemimpin PKR masa itu.
“Kebetulan jumpa hang, aku baru saja balik mesyuarat dengan Anwar Ibrahim. Eh bagus lah Ghafar Baba nak jumpa Anwar nak minta maaf (kata pemimpin PKR itu kepada Zahid).
Zahid kata, apa dia? Anwar bagi tahu kami sat tadi, Anwar nak jumpa Ghafar malam ni, Ghafar Baba nak minta maaf dengan dia. Zahid kata, Ghafar Baba nak minta maaf dengan Anwar ? Aku yang atur, Anwar yang nak minta maaf dengan Ghafar”, katanya.
Zahid kata, apa dia? Anwar bagi tahu kami sat tadi, Anwar nak jumpa Ghafar malam ni, Ghafar Baba nak minta maaf dengan dia. Zahid kata, Ghafar Baba nak minta maaf dengan Anwar ? Aku yang atur, Anwar yang nak minta maaf dengan Ghafar”, katanya.
Apabila mendengar putar belit Anwar itu, Zahid menelefon datuknya, Ghafar membatalkan pertemuan itu dan turut menelefon Anwar memaki hamun Ketua Umum PKR itu kerana pembohongannya itu.
Dalam kempen tersebut, begitu banyak duit 'ditabur-tabur' oleh Anwar. Jadi kita bolehlah nilaikan sendiri masalah rasuah di Malaysia ni bermula dan paling teruknya bila? Siapa pelopornya?
Boleh baca amalan rasuah Anwar di sini http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/03/saya-mengaku-rasuah-rm-200-juta.html
sk : kalau dengan rakyat apatah lagi...geng pencacai telan bulat-bulat je..
Boleh baca amalan rasuah Anwar di sini http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/03/saya-mengaku-rasuah-rm-200-juta.html
sk : kalau dengan rakyat apatah lagi...geng pencacai telan bulat-bulat je..
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.