PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Misteri Mengapa Nilai Matawang RM1000, RM500 Dan RM20 Dihapuskan Semasa Kegawatan Ekonomi Tahun 1998 - Siri 2. #Sambungan




Maka DSAI dipanggil oleh Tun Mahathir supaya menangani masalah kegawatan ini segera. DSAI mencadangkan untuk menggunakan pakej IMF kerana beliau telah dilantik sebagai Presiden IMF bagi Asia Pasifik.

Thursday, 7 March 2013

Sindrom Down PraPRU13; "YOU ULANG SAYA SAMAN YOU"


Fenomena baru praPRU13 yang pasti menghantui dunia kewartawanan terutama di kalangan para wartawan, iaitu langkah menjatuhkan (down) moral mereka dalam mendapatkan bahan berita. Nampaknya dunia semakin terbalik, manusia yang selalu memperjuangkan kebebasan bersuara akhirnya dia sendiri yang memijak-mijak kebebasan tersebut.

Tapi para wartawan tentunya adalah insan-insan yang sentiasa berani dan kuat. Teruskan profesionalisma anda.  




Banyak lagi video kalau nak letak kat sini berkenaan bagaimana para wartawan diperlekehkan dan dihina (dimalukan).

Mungkin selepas ini para wartawan perlu persiapkan diri dan berani juga menekan apabila berhadapan dengan manusia ini seperti mana ditunjukkan dalam video di bawah.


Seluruh rakyat Malaysia, gambaran dan bukti sudah jelas terpampang di depan mata. Lihat dan lihat dan fikirkan. Yang penting mesti buat keputusan bijak dan bermaruah semasa PRU13 nanti.

SK : orang yang bersalah bila disoal selalunya sangat beremosi..kata pakar psikologi la.


Tuesday, 19 February 2013

ANWAR HEBAT!!! Bukan Saja Pakar 'MEMANCUT', Tapi Juga 'MENGENCING"


Pada tahun 1993, Anwar Ibrahim menjalankan kempen untuk menjatuhkan Tun Ghaffar Baba bagi merampas jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Namun, Anwar sebelum itu telah bersumpah bahawa dia tidak akan menentang Tun Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden. Oleh itu ramai yang menghormati keputusan tersebut demi memelihara perpaduan orang Melayu dan UMNO khasnya.

Kenyataan awal Anwar:

"Saya menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang beliau".

Tetapi selang beberapa hari, Anwar telah memutar balik kenyataan awalnya dan membuat keputusan serta mengumumkan untuk menentang Ghaffar. Memang kaki kencing.


 Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

“Sejak awal tahun ini beberapa rakan dalam parti telah menanyakan pendirian saya tentang pemilihan parti yang bakal tiba dan ada yang mencadangkan agar saya menawarkan khidmat untuk jawatan Timbalan Presiden.

Saya menyatakan terima kasih dengan pernyataan kepercayaan mereka, namun saya menegaskan bahawa saya belum bersedia memikirkan perkara tersebut dan meminta tenaga dan perhatian, ditumpukan sepenuhnya untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.

Meskipun begitu saya terus dihadapkan dengan persoalan pemilihan sehingga ia menjadi perbualan di pelbagai peringkat parti. Untuk meredakan suasana, saya telah membuat pernyataan terbuka tidak berhasrat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan tahun ini.

Namun, maklum balas dari rakan-rakan serta pemimpin pelbagai peringkat menyatakan sikap bahawa sementara mereka tetap menghormati dan menyanjung sumbangan dan pengorbanan YAB Encik Ghaffar Baba tetapi mereka prihatin dan inginkan kesinambungan perjuangan. Pandangan ini dan gesaan mereka yang dinyatakan semakin terbuka di kebelakangan ini memerlukan saya membuat pertimbangan semula.

Saya akur dengan keprihatinan rakan-rakan serta hasrat parti untuk mengangkat martabat umat Melayu dan bangsa Malaysia dengan menjayakan hasrat yang terkandung dalam wawasan 2020.

Saya juga terdorong dengan iltizam untuk membantu Presiden UMNO yang dikasihi Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk meletakkan parti pada landasan yang lebih kukuh dan memperhebatkan pembangunan Bumiputera serta negara keseluruhannya dalam pelbagai bidang.

Saya yakin UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk menangani permasalahan abad ke 21. UMNO adalah sebuah parti yang menggabungkan kekuatan dan pengalaman silam serta keberanian dan kebijaksanaan baru: tegasnya gabungan tua dan muda: memadukan segenap lapisan rakyat bandar dan desa, petani dan nelayan, pendidik dan pekerja, usahawan dan budayawan, cendekiawan dan teknorat, untuk bergerak sebagai satu pasukan.
Menyedari hakikat ini, maka saya dengan penuh keinsafan bersedia menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO”

Mana perginya sumpah Anwar? Kalau setakat sumpah di mulut memang Anwar berani. Tapi kalau sumpah laknat langsung tak berani buat. Bukan Tun Ghaffar Baba saja dia tipu, sampai ke keturunan Tun Ghaffar Baba pun dia nak kelentong. 


Cucu Ghafar Baba Pun Anwar Tipu

“Lepas sahaja keluar dari penjara 2004. Dia bagitahu kami, kita dapat sokongan dah. Antara tokoh yang akan menyokong kita Ghafar Baba. Ghafar Baba nak jumpa aku nak minta maaf.
“Dia (Ghafar) rasa silap dok dalam UMNO. (Jadi) dia nak sokong aku, supaya kembalikan balik sokong kepimpinan Melayu.
“Rupa-rupa cerita, dia (Anwar) minta Zahid Mat Arip (cucu Ghaffar), hang tolong atur, aku nak jumpa Ghafar Baba. Aku nak minta maaf dengan dia.
Menurutnya tembelang pembohongan Anwar itu terbongkar apabila salah seorang pemimpin PKR yang baru balik bermseyuarat dengan Anwar berjumpa dengan Zahid bertanyakan pertemuan Anwar – Ghafar itu.
“Allah nak jadikan cerita. Zahid Mat Arip ini pergi Bangsar Village, beli-beli barang apa semua, terserempak dengan pemimpin PKR masa itu.
“Kebetulan jumpa hang, aku baru saja balik mesyuarat dengan Anwar Ibrahim. Eh bagus lah Ghafar Baba nak jumpa Anwar nak minta maaf (kata pemimpin PKR itu kepada Zahid).

Zahid kata, apa dia? Anwar bagi tahu kami sat tadi, Anwar nak jumpa Ghafar malam ni, Ghafar Baba nak minta maaf dengan dia. Zahid kata, Ghafar Baba nak minta maaf dengan Anwar ? Aku yang atur, Anwar yang nak minta maaf dengan Ghafar”, katanya.
Apabila mendengar putar belit Anwar itu, Zahid menelefon datuknya, Ghafar membatalkan pertemuan itu dan turut menelefon Anwar memaki hamun Ketua Umum PKR itu kerana pembohongannya itu.
Dalam kempen tersebut, begitu banyak duit 'ditabur-tabur' oleh Anwar. Jadi kita bolehlah nilaikan sendiri masalah rasuah di Malaysia ni bermula dan paling teruknya bila? Siapa pelopornya?

Boleh baca amalan rasuah Anwar di sini http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/03/saya-mengaku-rasuah-rm-200-juta.html

sk : kalau dengan rakyat apatah lagi...geng pencacai telan bulat-bulat je..

Wednesday, 6 February 2013

Taib Mahmud Lagi Hebat Daripada Anwar Ibrahim


Puan Seri Ragad Kurdi Taib

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Sarawak kononnya untuk melakukan perubahan kerana boleh berbuat demikian di Permatang Pauh terlebih dahulu.

Sunday, 3 February 2013

Siapa Paling 'Beriman', Nik Aziz Atau Anwar Ibrahim?


Anwar Ibrahim, siapa yang tidak kenal, manusia agung penuh ciri-ciri lelaki hebat; juara dalam berpidato, licik dalam memimpin, hebat dalam ber..ehemm ehemmm, seorang yang kuat seperti Volverine walaupun pernah sakit tulang belakang serta patah tengkuk dan banyak lagilah yang lelaki-lelaki lain tak mampu untuk menandinginya. Namun bukan itu saja, kata orang sebenarnya dia juga seorang yang kuat 'iman'nya. Kerana kekuatan 'iman' itulah dia tak sanggup,

Friday, 14 December 2012

DEDAH!!! Pluralisma Agama Bakal Menjahanamkan Malaysia

Logo pluralisma agama

Pluralisma agama merupakan satu gerakan terancang yang berusaha menyamaratakan akidah dan iktikad Islam dengan semua agama ke dalam satu kesatuan kononnya bermatlamat menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Fahaman pluralisma agama menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kebaikan di dunia akan diberi ganjaran syurga tanpa mengira samada seseorang itu menyembah Tuhan yang satu atau pelbagai Tuhan yang lain.

Pluralisma agama juga dianggap satu kaedah universal untuk meredakan konflik agama yang mana selalunya agama Islam sebagai agama majoriti harus menerima dan mengalah dalam banyak perkara sebagai tanda toleransi. Sedangkan di negara-negara di mana umat Islam terpinggir, pluralisma agama digunakan untuk memaksa umat Islam untuk beralah kepada agama lain yang dominan. Antaranya menerima gaya hidup pergaulan bebas, cara berfesyen, berseksual dan sebagainya yang mengikis akidah serta cara hidup Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...