PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Saturday 16 February 2013

Kalimah ALLAH!!! Akan Berpusing-Pusing Pening Lagi Nik Aziz


Khabarnya hari ini Dato' Dr. Haron Din akan membuat sidang media bersama Dato' Dr. Hassan Ali berkenaan isu Kalimah Allah, juga berkenaan desas-desus mengatakan beliau akan keluar parti PAS serta isu beliau dimaki-hamun oleh pihak-pihak dalam kalangan PAS sendiri. 

Perkara ini pastinya menjadi kebimbangan besar kepada Nik Aziz kerana bimbang sekiranya Haron Din akan keluar parti PAS bahkan apa yang lebih membimbangkan andai Haron Din keluar parti, pasti gerombolan-gerombolan besar ahli-ahli parti yang masih waras akan turut serta keluar bersama Haron Din.

Bahkan sebelum ini pun ketika Majlis Syura yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz memutuskan bahawa Kalimah Allah hanya untuk umat Islam sahaja, ada dikaitkan bahawa keputusan itu dibuat setelah terpaksa akur kepada kehendak ulama-ulama tulen yang diketuai oleh Haron Din sendiri diikuti Haron Taib, Ismail Kamus, Taib Azzamuddin dan beberapa orang lagi. 

Difahamkan golongan ulama tulen ini bertegas akan keluar parti PAS beramai-ramai jika kepimpinan PAS masih akur kepada desakan DAP.

Atas pertimbangan itulah membuatkan Nik Aziz membuat pusingan U 360 darjah dari keputusan asal beliau. Kini beliau pasti masih bimbang jika benar-benar Haron Din akan keluar parti. Sama-samalah kita tunggu perkembangannya hari ini.


Sumber maklumat awal : MPP Online

sk : terasa tenang dengan ketegasan Dato' Dr. Haron Din...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...