PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Thursday 17 January 2013

Tudiaa..Rupa Sebenar PENCACAI DAP #KL121



Ramai yang memberitahu SK yang wajah sebenar pencacai terhebat DAP ada dalam video ni. SK dah tengok banyak kali tapi tak jumpa/cam yang mana satu sebab ramai sangat. Mungkin korang ada yang tahu...

Penghargaan kepada Minaq Jinggo di atas sumber-sumber yang terbaik ini. Bravo bro.

sk : hanya mampu tersenyum....

'Celaka' Ini Menjahanamkan Seni & Sastera #KL121


Mana punya kutu rayau la ni yang merosakkan seni dan sastera, genre puisi/sajak. Memalukan orang-orang seni saja.

Mana tidaknya, kalau contoh dan teladan ada di sini...di celah-celahan.

Penghargaan kepada Minaq Jinggo di atas sumber-sumber terbaik ini. Bravo bro.

sk : dulu masa sekolah baca puisi kemerdekaan penuh semangat...


Beginikah Selayaknya Seorang IMAM? #KL121


Tudiaaa...rakusnya.

Kata orang baca panjang-panjang pun tak syok, kalau tengok video baru masyukk. Biarlah video saja yang menceritakan tentang hebatnya perhimpunan 'menyusahkan rakyat' tersebut. Walaupun mungkin korang dah pernah tengok, tengoklah lagi. 

Sekalung penghargaan kepada bro Minaq Jinggo kerana menyediakan semua sumber berkualiti ini. Bravo bro.

sk : jahanam para jemaah kalau macam ni...

Monday 14 January 2013

DAP Siram 'Bunga-Bunga Cinta' 13 Mei 1969 Melalui #KALIMAH ALLAH



Boleh dikatakan seluruh umat Islam dan Melayu di negara ini tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah digunakan di dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia boleh mengelirukan pemahaman tentang keEsaan Allah bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam malah penganut Kristian sendiri. Sebab itu bukan semua penganut Kristian menerimanya malah turut juga menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible. Isu ini timbul tidak lain hanyalah sebagai mainan politik yang dicetuskan oleh parti tertentu bagi mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan kaum serta agama di negara ini.

TAHNIAH Chong Wei JUARA Terbuka Korea 2013


Tahniah kepada pemain badminton nombor 1 negara dan dunia, Datuk Lee Chong Wei kerana telah memenangi kejohanan badminton Terbuka Korea selepas mengalahkan pemain China, Du Pengyu 21-12, 21-15 dalam perlawanan akhir di Seoul malam tadi. 

sk : Malaysia Boleh...

Nak Ikut Haron Din Atau Hadi Awang #KALIMAH ALLAH



Antara Dato' Haron Din, Nik Aziz dan Hadi Awang, siapa paling hebat? Tentulah Nik Aziz sebab dia Mursyidul Am, pemimpin agung PAS yang boleh memberi syurga kepada sesiapa saja. Tentulah Hadi Awang sebab dia Presiden PAS dan bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Namun siapa Haron Din pula? Dia cuma Timbalan Mursyidul Am saja, biasa-biasa saja. Tapi bagi kebanyakkan kita umat Islam dan Melayu di Malaysia yang dah matang ini (kalau yang muda-muda remaja mungkin tak mengenali sangat) tentu telah kenal siapa sebenarnya Haron Din. Hebatkah dia?

Sunday 13 January 2013

KALIMAH ALLAH Reaksi Dari Keputusan Hadi Awang


Kecewanya seorang penyokong PAS. Apa yang membuatkannya kecewa, sedih dan marah? Mungkin hanya sebilangan kecil saja yang sedih, yang lainnya macam biasa, demi syurga apa jua akan dituruti semahu-mahunya.

Bila Dah Banyak Warna #KL121 Pasti Ada Sesumpah


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 12.1) boleh dikatakan himpunan yang penuh berwarna-warni, macam-macam warna ada. Macam-macam badut pun ada.

Saturday 12 January 2013

#KL121 Matlamat SEBENAR Puak-Puak Ni Berhimpun

Ini rupanya maksud disebalik perhimpunan puak-puak ni...



sk : ramai betul anak cucu Chin Peng turun...

#KL121 Kita Tengoklah Esok Best Ke Tak Filem Ni


Hahaha...macam-macam la. Kesian kat Pak Samad, dalam hangpa dok berarak esok, tengok-tengokkan juga Sasterawan Negara ni takut-takut pengsan atas jalan.

KALIMAH ALLAH : Rupanya Pemimpin PAS Lebih ANGKUH Daripada Mubaligh Kristian


Dalam konsep agama Islam, nama tuhan bukanlah ciptaan manusia, tetapi nama yang diberikan oleh tuhan sendiri untuk dirinya sendiri dan tidak dapat dipisahkan daripada ZatNya sehingga dinamakan dengan "Lafzul Jalalah". Dalam konsep orang kafir, mereka memberikan nama tuhan mereka sesuai dengan keinginan mereka sendiri sedangkan keputusan tentang nama itu hanya datang dari Allah dan manusia tidak berhak membuat nama tuhan.

#KL121 Pengarah Filem Lucah Akan Turun Membuat Penggambaran


Himpunan puak-puak pembangkang esok bakal meriah dan penuh berwarna-warni, ada merah, ada oren, ada hijau, ada kuning dan macam-macam lagi. Apa yang membuatkannya meriah esok kerana pasti akan ada satu produksi filem 'dewasa', senang cerita filem lucah atau filem 'blue', yang akan melakukan penggambaran mereka. Pengarah filem lucah ni memang cukup terkenal, dia pun pelakon hebat..selain krew-krewnya juga memang hebat di ranjang.

#KL121 Pasti Akan Merusuh Sebab Ada Cikgu Yang Suruh


Inilah yang bakal terjadi esok ketika Himpunan Sejuta Rakyat oleh puak-puak pakatan pembangkang, percaya atau tidak??? Tunggu dan lihat sajalah. Ini bukan kali pertama puak-puak ni buat kerja ni, dah berkali-kali sejak siri Bersih dan macam-macam lagi demonstrasi. Mat Sabu cakap tiada perarakan oleh para penyokong. Kita bukan sehari dua kenal 'mulut busuk' beliau. Semuanya muslihat.

Friday 11 January 2013

#KL121 Cubaan ALIH PERHATIAN Tapi Rakyat SILENT MAJORITY Tak Bodoh


Perhimpunan pada Sabtu 12.1.2013 ini di Stadium Merdeka boleh dianggap sebagai jalan atau cubaan pihak pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat, juga bertujuan mengelirukan rakyat. Sekarang ini semakin hampir dengan PRU-13, semakin tak menang tangan pula dibuatnya pakatan pembangkang menepis serangan pihak-pihak tertentu dan yang lebih penting lagi serangan oleh rakyat silent majority yang mahukan penjelasan mengenai beberapa isu panas yang memalit muka pakatan pembangkang.

Thursday 10 January 2013

#KL121 Stadium Merdeka Mungkin Akan Runtuh


Sabtu ini Stadium Merdeka mungkin akan runtuh. Kenapa tidaknya, stadium yang merupakan warisan negara itu yang hanya berkapasiti 30,000 orang akan dipenuhi seramai 1,000,000 manusia. Walaupun Mat Sabu sendiri tidak pasti berapa jumlah penyokong yang akan hadir, tapi penyokong-penyokong pembangkang sudah pun berkeyakinan ia akan dihadiri 1,000,000 orang.

#KL121 Selamat Berhimpun, Patuhi Segala Arahan, Segalanya Mudah


Sabtu ini 12 Januari 2013, Himpunan Kebangkitan Rakyat diharapkan akan berlangsung dengan 'jaya dan meriahnya' di stadium penuh bersejarah, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, pihak Polis sendiri akan memberikan kerjasama yang sewajarnya di samping juga akan bertindak sebagai Fasilitator agar perhimpunan ini berjalan dengan lancar dan terkawal. Apa pun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti bagaimana.

Tuesday 8 January 2013

Siapa KANANG??? Bukan HERO Sebenar. PANAS!!! Terbakar Lagi Hati Kami Buat Kali Kedua

 

Dalam waktu terdekat ini, hati pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang asyik terbakar sahaja, asyik panas mengenangkan upacara Penghormatan Negara yang diberikan kepada tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara. Semalam mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang dikatakan bukanlah hero sebenar telah diberi Penghormatan Negara, sebelumnya upacara yang sama turut diberikan kepada mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik. Bukan hero sebenar pun diberi Penghormatan Negara, mana tak panasnya hati mereka. Jadi kita nak tengoklah siapa orangnya yang dikatakan hero sebenar tu.

Monday 7 January 2013

"The Fifth Column" Tun Mahathir Dah Lama Bagi Nasihat, Kini Semuanya Terbukti


Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "The Fifth Column"? Kira-kira 13 tahun dahulu lagi Tun Dr. Mahathir (waktu itu sebagai Perdana Menteri) telah mengingatkan kita betapa bahayanya The Fifth Column atau "pasukan kelima" ini. Sejak dahulu lagi Tun sudah menyedari dan mengetahui bahawa perkara ini akan berlaku malah sekarang ini tentu beliau tidak menyangka bahawa sehingga sebegini teruk jika dibandingkan ketika zaman beliau dahulu.

KALIMAH ALLAH Penganut Kristian Pun Menolak, Tapi BANG MAT Kata OKEY


Bang Mat kata orang bukan Islam pun boleh guna kalimah Allah. Tapi kalau tanya dia lagi, dia akan kata "bukan saya kata, tapi Tok Guru Nik Aziz yang kata..Hadi Awang pun kata macam tu juga". Pendek kata hangpa tiga orang ni sama saja. Dalam PAS sendiri pun dah bercelaru kucai habis dah, kata orang Kedah "dah jadi kaboi main taik dah". Mana tidaknya, puak ni kata BOLEH, puak lagi satu (Mustaffa Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Rani Osman, termasuklah Haron Din) kata TAK BOLEH orang selain Islam guna kalimah Allah. Tapi dah terbukti Bang Mat akan ikut Nik Aziz dan Hadi Awang, atau lebih tepat lagi ikut Lim Guan Eng.

Memalukan betul, kita (Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu) yang Islam ni pula beria-ia mengatakan boleh digunakan kalimah Allah kepada bukan Islam sedangkan orang Kristian sendiri menolak menggunakan kalimah Allah dalam kitab-kitab mereka.

Friday 4 January 2013

KALIMAH ALLAH Kata Dua Dari Haron Din

Jangan ambil mudah soal agama Islam...

"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

PAS!!! Sekarang Dah Terlondeh Kain



"Dahulu lain sekarang lain, dahulu bujang sekarang dah kawin..". Begitulah antara lirik lagu 'Dahulu Lain Sekarang Lain' yang dinyanyikan oleh Tan Sri S.M. Salim. Sebenarnya PAS juga "..dahulu lain sekarang lain, dahulu molek sekarang dah terlondeh kain". Berikut SK petik tulisan saudara Zulkifli Jalil, Pengarang Utusan Malaysia tentang apa yang lainnya PAS ni dahulu dan sekarang, yang beliau tulis untuk edisi 15 Oktober 2012.

Tuesday 1 January 2013

Razali Abdul Rahman Akan Buat DAP Terkencing Terkencit

Razali (berbaju merah) ketika menyerahkan borang untuk menjadi ahli PERKASA.

Inilah orang kuat DAP, boleh dikatakan totok-setotoknya terhadap DAP. Sanggup lakukan apa sahaja demi DAP. Berpuluh-puluh tahun bersama DAP sehingga menjadikan beliau orang Melayu dan Islam kepercayaan Lim anak-beranak. Tapi Allah SWT itu Maha Berkuasa.

Tahniah PAS!!! Ramai Orang DAP Nak Masuk Islam

Katanya lari ikut jalan belakang (takut berdepan dengan pemimpin-
pemimpin NGO Islam) semasa di Lapangan Terbang, betul ke?

Semakin hampir dengan pilihan raya umum (PRU) semakin galak pakatan pembangkang khususnya DAP bermain dengan isu-isu sensitif yang seringkali mengguris hati dan perasaan umat Islam serta orang Melayu, sengaja mencari pasal dan menguji tahap kesabaran orang Islam dan Melayu. Isu kalimah Allah yang dibangkitkan semula oleh orang kuat mereka menampakkan bahawa DAP sengaja (berniat jahat) menimbulkan suasana tegang, bukan kerana mereka tidak tahu atau tidak faham. Ada matlamatnya mengapa mereka berbuat begini...

2013!!! Tahun 'Orang Atas Pagar' Yang Punya


SELAMAT TAHUN BARU 2013 Masihi diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, dari Kaki Bukit Perlis di utara sehinggalah ke Tambak Johor di selatan seterusnya membawa ke Kudat Sabah di timur. Juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di luar negara; bekerja, belajar, melancong dan sebagainya. Apa yang menariknya tahun 2013? Paling menarik tahun 2013 ialah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...