PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday 22 March 2013

Misteri Nilai Matawang RM1000, RM500 Dan RM20 Dihapuskan Semasa Kegawatan Ekonomi Tahun 1998. Siri 1.

Note RM1000 yang sehingga kini masih hilang nilainya, namun jumlahnya tersangat banyak masih tersimpan di bank luar negara.


Latar Belakang Sistem Kewangan Dunia

Pada tahun 1944, Perjanjian BRETTON WOODS telah menentukan nilai matang bersandarkan ukuran atau simpanan emas (gold standard). Mata wang sesebuah negara akan naik nilainya jika banyak emas yang disandarkan di World Bank. Sistem ini diguna pakai oleh dunia sehingga 1971.

Pada 15 Ogos 1971 Presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon telah memansuhkan sandaran dolar AS kepada emas kerana ekonomi AS yang teruk akibat defisit dan kos perang Vietnam.

Nixon memperkenalkan “sistem kewangan terapung” (floating exchange) di mana setiap negara boleh mencetak wang, mencipta kredit atau hutang negara dan membuat dasar kewangannya sendiri tetapi nilainya di tentukan oleh “pasaran bebas”. Atau dengan kata lainnya duit/wang di samakan dengan komoditi seperti gandum, sawit, getah dan lain-lain dan boleh di jual beli.

Jika dolar AS banyak permintaan (ramai orang beli) maka nilai dolar AS akan naik dan jika ramai orang menjualnya maka nilai dolar AS akan turun nilainya. Sistem kewangan yang dipelopori oleh AS ini diikuti oleh negara lain dan sistem ini kekal hingga sekarang.

Sistem ini boleh mengundang bahaya dan boleh menentukan sesebuah negara itu menjadi miskin. Ini berlaku kepada negara Asia Pasifik pada tahun 1997 termasuk negara kita Malaysia.

Sistem ini juga boleh mengkayakan sesebuah negara. Contohnya Malaysia yang menggunakan sistem ini pada tahun 1985 hingga 1993 dengan terlibat menjual dan membeli duit negara-negara maju (dulu di panggil G7). Nilai mata wang G7 kukuh dan mengguntungkan Malaysia.

Krisis Kewangan Asia Tenggara bermula di Thailand dan diikuti oleh negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Korea Selatan di rantau Asia Pasifik. Begitu juga di Malaysia. Semasa ekonomi Thailand jatuh dari serangan matawang ini, Malaysia telah membantu Thailand sejumlah USD 1B (RM2.5B) untuk mengukuhkan nilai bath tetapi gagal. Indonesia juga ingin dibantu oleh Tun Mahathir tetapi Indonesia menolak.

Matawang Malaysia diserang secara ekstrem semasa hubungan antara Tun Mahathir dengan DS Anwar Ibrahim tegang kerana serangan DSAI terhadap Tun Mahathir mengenai isu projek mega, korupsi, kroni dan nepotisma (KKN). Ini berlaku pada 19 Jun 1998 ketika Ucapan Dasar Perhimpunan Pemuda UMNO yang dirasmikan oleh DSAI selaku Timbalan Presiden UMNO.

Persedian rapi di pihak Tun Mahathir amat jelas kerana selepas sahaja perhimpunan Pemuda UMNO dan Wanita UMNO serta serangan KKN tersebut, pada keesokkan harinya telahpun siap dikeluarkan senarai orang-orang yang menerima saham, projek, tender, permit/AP dan sebagainya.

Ternyata DSAI tersilap langkah kerana selain sahabat-sahabatnya di sektor-sektor korporat jelas terpampang dalam senarai tersebut, nama ayahnya Pak Ibrahim, adik-beradiknya, sanak-saudaranya dan para kroninya dalam politik khususnya Ketua-ketua Bahagian UMNO telah mendapat pelbagai imbuhan dalam projek, tender, saham, permit, kelulusan dan sebagainya.

Ini disahkan sendiri oleh Senator Ezam Mohamad Noor bahawa sejumlah RM15B habuan disediakan DSAI terhadap kroni-kroninya.

Pada 4 Mac 1997, Tan Sri Yahya Ahmad meninggal kerana nahas helikopter. Keesokkan harinya indeks komposit BSKL jatuh 13 mata kepada 1247 point. DRB-Hicom selaku “Sogososha” atau konglomerat Melayu yang dipimpin oleh Tan Sri Yahya mempunyai 9 buah syarikat yang tersenarai di BSKL dengan modal pasaran RM25.7B atau 3.6%. Nilai saham tersenarai KLSE dan menyumbang 10% kepada wajaran indeks komposit.

Selepas tragedi tersebut saham BSKL terus jatuh, jatuh dan jatuh. Dalam bulan Ogos 1997, indeks BSKL menjunam ke paras 884 mata iaitu paras terendah. Spekulator saham dan mata wang asing yang melihat saham dan matawang negara ASEAN mula jatuh, membuat jualan singkat (short selling) dengan menjual pegangan di tahap tinggi dan membeli semula di tahap rendah. Akibat jualan singkat berkali-kali ini ringgit mula lemah. Dari RM2.50 = US$1.00 kepada RM2.74.

Aktiviti spekulator matawang ini berterusan sehingga bulan Disember 1997 dan nilai ringgit menjunam RM3.87 = US$1.00. Kejatuhan hampir 35% dalam masa setahun.

Permainan pasaran kewangan ini menjejaskan ekonomi Malaysia yang bergantung kepada ekspot kerana barangan Malaysia bertambah murah di pasaran dan barangan impot bertambah mahal.

Maka DSAI dipanggil oleh Tun Mahathir supaya mencari jalan bagi menangani masalah kegawatan ini dengan segera. DSAI mencadangkan untuk menggunakan pakej IMF memandangkan beliau telah dilantik sebagai Presiden IMF bagi Asia Pasifik.

Bersambung dalam siri 2....

Boleh juga baca kupasan tentang isu yang sama di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/03/pru-13-kenapa-kita-wajib-pilih.html

SK : bukan mudah nak urus negara sebenarnya, nak melingkup senang je...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...