PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Sunday, 23 December 2012

Mudahnya BerFATWA, Akhirnya Memakan Diri


Nik Aziz begitu gemar mengeluarkan fatwa-fatwa yang pada hematnya adalah yang terbaik mengikut lunas-lunas Islam, untuk membawa seluruh penyokong PAS ke jalan syurga padahal semuanya adalah kerana kepentingan peribadi iaitu dendam kesumat yang teramat dalam kepada UMNO/BN. 

Apabila fatwa-fatwa ini 'ditelan' bulat-bulat tanpa 'dikunyah-kunyah' terlebih dahulu terutama oleh penyokong-penyokong yang taksub, maka terus berpecah-belahlah orang Islam dan Melayu itu sesama sendiri sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, sejak Nik Aziz mula diangkat seperti dewa hijau. 

Mari kita amati beberapa fatwa Nik Aziz yang banyak mempengaruhi (menghuru-harakan) pemikiran orang-orang Islam dan Melayu terutama penyokong-penyokong PAS totok.

Maksud Fatwa

Tapi sebelum itu, eloklah kita fahami dan ketahui dahulu apakah yang dimaksudkan dengan fatwa itu sendiri. Fatwa bermaksud suatu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang telah menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak

Sesuatu fatwa pula hanya boleh dibuat atau dikeluarkan apabila diperintahkan oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri. 

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri berkenaan, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak dan fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri tersebut.

Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

Keputusan atau pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan atau pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. 

Keputusan atau pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan atau pengeluaran fatwa negeri masing-masing. 

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi atau muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu atau perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu-isu atau persoalan-persoalan yang bersifat nasional dan  melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.


Antara fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz, Menteri Besar merangkap 'Mufti' Negeri Kelantan.

1. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

2. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

3. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

4. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994

5. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

Ini sebahagian fatwa yang akhirnya kembali semula 'memakan diri' kepada siapa yang mengeluarkannya. Jelas dan terang. Kepada penyokong-penyokong PAS yang masih ada sisa-sisa kesedaran, sedarlah sekarang. Sedarlah...sedarlah...sedarlah, untuk memelihara kesucian agama Islam itu sendiri. Itu yang lebih penting dari yang lain-lain. 

Cukup dulu setakat lima, SK akan dedahkan lagi himpunan fatwa-fatwa Nik Aziz nanti.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...