PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday 15 February 2013

ADUN Cina DAP Masuk Islam??? Mungkin Tarbiyah PAS Berkesan


ADUN Simpang Pulai dari DAP, Chan Ming Kai nampaknya sudah ditarbiyahkan oleh PAS sehinggakan sudah mula selesa memakai baju Melayu bersongkok bersamping, mula membaca ayat Al-Quran dan surah-surah, sudah pandai bertakbir Raya, malah sudah pandai memetik sabda-sabda Rasulullah s.a.w dan sebagainya dalam ceramah-ceramah beliau.

Tahniah kepada PAS. Namun Chan Ming Kai sehingga kini masih belum mendapat hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadah, atau lebih tepat lagi masih belum memeluk Islam pun. Kita sama-sama tunggu dan berdoalah, mungkin hidayah akan sampai kepadanya suatu hari nanti.

Tidak menjadi kesalahan kalau bukan Islam atau orang kafir untuk membaca Al-Quran, tafsiran, hadis-hadis atau sabda-sabda yang berkaitan, kerana di negara Barat ramai para ilmuan bukan Islam yang melakukannya semata-mata untuk mencari kebenaran dan kesahihan dalam ajaran Al-Quran. Oleh kerana itu, kebanyakkan daripada mereka setelah menemui kebenaranNya, mereka memeluk Islam dan seterusnya beriman dengan Allah s.w.t yang Esa.

Tapi tentulah menjadi kesalahan jika membacanya dengan niat yang jahat disebaliknya, membaca secara tidak betul, tunggang langgang dan tiada adab.


Berbeza dengan kafir-kafir harbi DAP, apakah tujuan mereka melakukan ini semua? Apakah untuk mencari kebenaran di sebalik Al-Quran atau ajaran Islam? Rasanya tidak. Mereka hanya mengambil kesempatan untuk memperdayakan umat Islam sehingga kalangan umat Islam begitu terpesona lalu memandang tinggi kepada personaliti mereka. 

Semuanya adalah palsu, hanya lakonan dan sandiwara semata-mata untuk menjayakan matlamat, hasrat dan tujuan mereka sahaja. Sedangkan mereka tidak pernah menerima Islam apatah lagi beriman dengannya.




Allah s.w.t berfirman; "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya." (Ali Imran : 118)

Apakah PAS berjaya mentarbiyahkan DAP? Atau DAP yang berjaya 'mentakpayahkan' PAS? 

Kepada penyokong-penyokong PAS, sedarlah. Ayuh selamatkan kesucian Islam. Katakan tidak (jangan beri undi) kepada PAS kerana 1 undi buat PAS akan memberi kemenangan kepada DAP. Harus berani buat perubahan untuk kembalikan PAS yang betul (sebenar), kerana PAS yang sekarang adalah PAS yang berpenyakit dan tenat. 

sk : selalu berasa kesian dengan PAS, apatah lagi penyokong-penyokongnya yang 'lurus'...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...