PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Sunday, 3 February 2013

Siapa Paling 'Beriman', Nik Aziz Atau Anwar Ibrahim?


Anwar Ibrahim, siapa yang tidak kenal, manusia agung penuh ciri-ciri lelaki hebat; juara dalam berpidato, licik dalam memimpin, hebat dalam ber..ehemm ehemmm, seorang yang kuat seperti Volverine walaupun pernah sakit tulang belakang serta patah tengkuk dan banyak lagilah yang lelaki-lelaki lain tak mampu untuk menandinginya. Namun bukan itu saja, kata orang sebenarnya dia juga seorang yang kuat 'iman'nya. Kerana kekuatan 'iman' itulah dia tak sanggup, tak mahu dan tak berani untuk bersumpah laknat atau bermuhabalah. Kerana apa? Kerana dia tahu dan percaya dan yakin tentang apa yang akan dia terima (akibat). Apakah kerana terlalu yakin bermakna dia seorang yang 'beriman'?. Mungkin betul.

Bersumpah laknat atau mubahalah ialah masing-masing pihak di antara orang-orang yang berbeza pendapat memohon doa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, agar Allah menjatuhkan laknat kepada pihak yang berdusta.

Beberapa siri sumpah laknat telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi membuktikan serta mencari kebenaran antara mereka dengan Anwar Ibrahim. Antaranya sumpah laknat yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 bagi membuktikan bahawa Anwar lah yang 'menerokai' lubang duburnya. Sehingga hari ini Saiful masih lagi dalam keadaan baik tanpa sesuatu yang buruk menimpa beliau. Kisah selanjutnya boleh baca di sini.

Begitu juga sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Eskay bagi membuktikan bahawa Anwar lah yang beraksi dalam 'video terhebat' itu. Namun semuanya tidak disertai bersama oleh Anwar sendiri, dia sentiasa mengelak.

Dalam sirah nabi peristiwa mubahalah pernah berlaku, Nabi mengajak utusan Nasrani Najran bermubahalah tetapi mereka tidak berani dan ini menjadi bukti kebenaran Nabi Muhammad S.A.W.
Al-Bukhari dan Muslim pernah meriwayatkan seorang pelayan dan majikan datang kepada Rasulullah lalu Baginda mengkehendaki kedua-duanya mengadakan sumpah pengutukan. Tetapi salah seorang daripada keduanya berkata: “Janganlah engkau mengeluarkan sumpah kutukan itu. Demi Allah, sekiranya dia Nabi yang benar lalu dia meminta kita mengadakan sumpah kutukan, nescaya kita tidak akan mendapat keuntungan selama-lamanya”.
Satu lagi contoh, bagaimana hancurnya pergerakan atau pertubuhan haram Al-Arqam ialah kerana termakbulnya doa mubahalah yang dilakukan oleh pengikut-pengikut mereka sendiri bagi mencari kebenaran yang sebenar-benarnya benar tentang ikutan dan fahaman mereka. Akhirnya Allah S.W.T telah membuktikan kebenaranNya hanya dalam masa 3 bulan sahaja. Akhirnya Al-Arqam hancur. Kisah selanjutnya baca di sini.
Jadi maknanya di sini, Anwar tahu dan sedar, percaya dan yakin bahawa dia pasti akan menerima balasan daripada Allah S.W.T seandainya dia turut melakukan sumpah laknat atau mubahalah tersebut. Apakah dengan ini sudah terbukti bahawa dia memang seorang yang 'beriman'? Mungkin betul, kerana 'keimanannya' itulah dia disanjung tinggi oleh pentaksub-pentaksub yang telah buta tuli mata dan hati seperti hari ini. 
Nik Aziz pun menyanjung tinggi, bermakna Nik Aziz tak kuat mana lah 'iman'nya.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...