Berikut SK paparkan lagi antara himpunan-himpunan fatwa Nik Aziz. Sebelum ini sudah SK paparkan dalam entri terdahulu (5 fatwa). Dalam entri awal itu, ada diterangkan apakah maksud fatwa, siapa boleh mengeluarkan fatwa, apakah ciri-ciri fatwa yang sebenar dan sebagainya yang berkaitan dengan fatwa.
Boleh baca entri terdahulu di sini http://spermakini.blogspot.com/2012/12/mudahnya-berfatwa-akhirnya-memakan-diri.html
6.
"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar
ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April
1995.
7. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
8. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
9. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
10. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
11. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
12. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
13. “UMNO
tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan
Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
14.
"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci
seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu
naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
Kita nilaikanlah sendiri fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz ini.
Tunggu banyak lagi fatwa dalam Bahagian III.
sk : fatwa ke ulor sawa, membelit-belit...
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.