Sekarang ni kalau ditanya siapakah orang yang paling popular dan terkenal di Malaysia? Popular di kalangan segenap lapisan masyarakat rakyat baik Melayu, Cina, India, rakyat-rakyat di Sarawak, di Sabah, rakyat di bandar dan kampung-kampung, kalangan orang muda, pelajar sekolah, penuntut universiti malah juga kalangan rakyat warga emas yang kepingin sangat untuk berjumpa atau melihat dari dekat apatah lagi ingin bersalam-salaman dengannya?
Siapakah orangnya? Tak lain tak bukan, dialah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Ini bukan cakap-cakap kosong atau auta, tapi suatu perkara yang terbukti dan nyata. Ke mana saja tempat atau negeri yang DS Najib pergi, berduyun-duyun rakyat turun menyambutnya, berpusu-pusu rakyat ingin bersalaman dengannya. Banyak faktor mengapa DS Najib disukai ramai.
Cukuplah kalau SK bagitau salah satu darinya iaitu DS Najib adalah seorang yang MENEPATI JANJI, jika berjanji PASTI AKAN DITUNAIKAN, jika TAK TERMAMPU BUAT tidak akan berjanji kosong.
Rakyat yakin dengan kepimpinan beliau dan percaya kesejahteraan, keharmonian, kesenangan dan perpaduan serta pembangunan negara ini akan terus berkekalan di bawah pimpinan DS Najib.
I LOVE PM sudah mula melekat di hati rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat. Itulah ubat bagi setiap rakyat yang cintakan negara ini tetapi menjadi RACUN kepada mereka yang ingin mengganggu gugat kesejahteraan Malaysia.
Puak-puak pencacai pakatan pembangkang bukannya tak tahu atau tak sedar, tapi biasalah puak-puak ni, ada mata buat-buat buta, ada telinga buat-buat tuli. Kesian. Kalau cakap banyak pun tak guna beb, biar gambar-gambar saja yang berkata-kata, yang membuktikannya.
(Jangan lupa, gambar Nik Aziz dan pencacai-pencacai pun ada kat bawah sekali. Jangan tak tengok pulak).
Puak-puak pencacai jangan marah, gambar Nik Aziz pun ada juga. Gambar di bawah ni menunjukkan puluhan ribu rakyat yang sayangkan Nik Aziz iaitu sempena Himpunan Sayang Tok Guru yang diadakan di Stadium Muhammad, Kota Bharu hari ini. Hebat sungguh.
Tak dilupakan gambar pencacai-pencacai pun ada juga. Inilah gambar pencacai yang cemburu dan tak puas hati sebab nak buat poster/banner I LOVE NEW PM ANWAR pun tak mampu. Minta duit sama Anwar la kasi buat itu banner banyak-banyak maa...
sk : ada mata pandang, ada telinga dengar, ada OTAK PAKAI... - lirik lagu Pak Pandir.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.