PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Thursday 20 December 2012

GEMPAR!!! 'Penglibatan Ameng Spring' Dalam AMANAT Hadi Awang



Apa kaitan AMANAT Hj. Hadi Awang dengan vokalis bersuara merdu, Ameng dari kumpulan Spring ni? Ameng sekarang ni sedang menjalani hukuman penjara selama 8 tahun akibat salah laku penyalahgunaan dadah. Apa kaitan Ameng dengan PAS atau lebih tepat lagi dengan AMANAT Hj. Hadi Awang? Kedua-duanya adalah orang Terengganu.


Sebenarnya, pada pandangan mata SK, Hj. Hadi Awang ni masa dia muda-muda dulu atau lebih tepat lagi  ketika zaman dia keluarkan amanat ni, wajahnya seiras-iras wajah Ameng Spring. Kira hensem jugalah tu kan. Tapi dua kali tengok Ameng lagi hensemlah, nak pula kalau dia pakai serban juga.

Jadi, itu saja kaitan antara Ameng Spring dengan Hadi Awang, tak lebih daripada itu. 

Cuma apa yang SK nak tekankan di sini ialah AMANAT Hadi Awang ini adalah penyelewengan semata-mata, penyelewengan untuk memecah-belahkan umat Islam dan Melayu di negara ini. Kenapa SK cakap macam tu, mari kita tengok buktinya. Bukan SK atau sesiapa yang cakap, tapi Hadi Awang sendiri yang cakap. 


“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. 


Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran. 

Bukti Amanat Hadi Suatu Penyelewengan.

1. Mengapakah Hj. Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para satu terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN". 

2. Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila di para dua menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para satu di atas? 

3. Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah).

"Alhamdulillah, saya sudah bertaubat..."

Kepada saudara Ameng Spring, SK ucapkan selamat sejahtera dan sihat-sihat selalu di dalam sana. Setiap kesalahan pasti akan menerima hukuman untuk proses membawa kita semula ke jalan yang benar serta kembali menjadi hambaNya yang baik. SK tak sabar nak tunggu dan beli album baru Ameng.

Ramai 'orang tua-tua sebelah sana' yang masih kejarkan dunia dan tak ingat-ingat untuk bertaubat. Patut harus berasa malu kepada Ameng Spring ni. Hj. Hadi Awang pun bertaubatlah selagi masih ada nafas.

1 comment:

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...