PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday 24 December 2012

Soo Vincci; Apa Persamaannya Dengan PAS?


Pemenang Miss World Malaysia 2008, Soo Vincci sedang bersiap sedia untuk mengorak langkah melebarkan sayap seninya ke negara Taiwan tak lama lagi. Namun ada sesuatu persamaan antara Soo Vincci dan juga parti yang semakin sesat PAS.

Soo Vincci Cabar Diri

Soo Wincci cukup fasih berbahasa Melayu tanpa pelat yang ketara seperti mana artis-artis bukan Melayu yang lain... Mula dikenali dengan program Masterchef Selebriti, dia yang cukup mesra disapa dengan nama Wincci kini sedang mengorak langkah untuk memperkenalkan nama ke pasaran Taiwan sedikit masa lagi. Wincci tahu dia harus banyak berkorban untuk duduk di tempat tertinggi. 

"“Sejak saya ke Taiwan, saya kena lebih kurus daripada sekarang. Orang sana lebih menghargai artis-artis wanita yang kurus kering itu yang saya kena terima. Jika tidak mereka sukar untuk menerima orang macam saya. “Mula-mula memang saya terkejut sebab mereka mahu saya lebih kurus". 

"“Pasaran di sana memang mengagungkan orang kurus. Jadi saya kena cabar diri untuk mengurangkan lagi berat badan sampai timbul tulang untuk berjaya. Ini cabaran yang saya kena buat, nak buat macam mana lagi," ujar Wincci. - sebahagian petikan Pancaindera, Mingguan Malaysia 23 Disember 2012.

Begitulah serba sedikit kisah tentang pelakon dan penyanyi Soo Vincci mengenai bagaimana usahanya untuk berjaya ke peringkat tertinggi seterusnya mencipta nama dalam dunia hiburan di Taiwan. Biar pun sehingga kurus kering, sehingga timbul tulang-temulang tak mengapa kerana itu permintaan pasaran di sana. SK ucapkan selamat maju jaya kepada Vincci dalam mengejar cita-cita beliau. 



Berbalik kepada PAS pula, mereka juga bercita-cita tinggi. Nak tawan Putrajaya, ada antara mereka yang nak berkuasa memegang jawatan sehingga ke mati, mempunyai penyokong-penyokong yang maha gila taksubnya, mereka nak angkat martabat dan undang-undang Islam ke peringkat tertinggi, mereka nak lihat hancurnya UMNO/BN dan mereka nak berkuasa mengatasi UMNO/BN. 

Jadi mereka juga terpaksalah berkorban; biar kepala (maruah Islam) dipijak-pijak tak mengapa, Islam diperlekehkan tak mengapa, saudara seIslam sebangsa dimusuhi pun tak mengapa, jadi pak turut dan pencacai kafir harbi tak mengapa, ketepikan perjuangan asal tak mengapa dan banyak lagilah. Manakala lawan telah menjadi kawan paling akrab, kafir harbi telah menjadi seperti saudara sendiri, orang menegakkan Islam dipecat, mereka mendoakan semoga kehancuran menimpa orang lain tetapi orang yang terang-terangan menghina Islam 'dipeluk dicium' semata-mata untuk mencapai cita-cita yang satu.

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.



Persamaan antara Vincci dan PAS cumalah semangat mengejar cita-cita saja. Demi mengejar cita-cita mereka sanggup lakukan apa saja. Selebihnya tak sama langsung. Buat Vincci selamat berjayalah, buat PAS (pengikut-pengikut) mudah-mudahan cepatlah sedar demi agama, bangsa dan negara. Buat pemimpin PAS, semoga sempat bertaubat sebelum terlambat.

SK : adakah Pok Nik dah pun terima syaitan-syaitan???

1 comment:

  1. soo vincci hot lawa, pas kerepot dan nyanyuk...

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...