PAS dari dahulu hingga kini sentiasa menyogok (terutama ahli-ahlinya) kononnya sebagai sebuah parti politik Islam, yang memperjuangkan Islam. Tapi kita semua harus ingat dan perlu sedar bahawa ISLAM itu AGAMA manakala PAS itu pula hanyalah sebuah PARTI POLITIK sahaja, lebih memburukkan lagi ianya penuh dengan RETORIK yang semakin hari semakin melemahkan agama Islam itu sendiri.
Tak percaya? Mari SK bagi contoh yang paling mudah
berkenaan soal berubahnya atau tergugurnya slogan NEGARA ISLAM telah bertukar menjadi NEGARA BERKEBAJIKAN. Nilaikan sendiri betapa retoriknya geng-geng otak hijau ini.
berkenaan soal berubahnya atau tergugurnya slogan NEGARA ISLAM telah bertukar menjadi NEGARA BERKEBAJIKAN. Nilaikan sendiri betapa retoriknya geng-geng otak hijau ini.
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
Maka, jelaslah kepada kita bahawa;
PAS bukanlah sebuah gerakan Islam tetapi sebuah parti politik yang menggunakan
Islam sebagai platform. Sheikh Yusof Qardawi pernah menyatakan bahawa; menggunakan Islam untuk politik adalah haram manakala menggunakan politik untuk menegakkan Islam adalah halal.
PAS
sanggup menggadaikan prinsip Islam demi untuk menjaga hati parti DAP (orang
bukan Islam, lebih tepat lagi musuh Islam jenis Harbi).
PAS
tidak mampu dan layak untuk menggantikan UMNO bagi mengetuai kerajaan dan mempertahankan Islam serta bangsa Melayu/Bumiputera.
PAS
sanggup bekerjasama dengan DAP yang dianggap sebagai kafir Harbi dan menolak
bekerjasama dengan saudara seagama dan sebangsa demi untuk menang 60 kerusi yang ditandingi
dalam pilihan raya.
PAS
sanggup membuat fatwa songsang untuk menghuraikan tindakanya bersekongkol dengan
DAP sebagai Islamik walaupun DAP secara terang-terangan menentang penguatkuasaan
penutupan pusat hiburan, laungan azan di masjid, pelaksanaan hukum hudud, menghentikan
bacaan tarhim sebelum subuh dan sebagainya yang nyata menghina Islam.
Mereka sanggup menggugurkan
dasar perjuangan untuk menubuhkan sebuah Negara Islam (ala PAS) kepada Negara Berkebajikan
disebabkan takut terhadap ancaman DAP untuk menarik balik kerjasama sesama mereka.
Pendirian
PAS mempertahankan Anwar Ibrahim dengan memperalatkan agama dan tokoh-tokoh agama tetapi bukan berusaha mencari kebenaran.
PAS dengan selamba menyamakan serangan Mat Indera ke atas Bukit Kepong dengan serangan yang dilakukan oleh Rasululah S.A.W semasa
pembukaan Kota Mekah.
Pemimpin PAS
menjanjikan bermacam-macam sehingga menguburkan slogan untuk melaksanakan hukum
Islam (Hudud). Slogan tersebut hanyalah retorik pemimpin PAS demi meraih
sokongan politik mereka sahaja. Setelah
memerintah negeri Kelantan selama 20 tahun hukum Hudud tetap tidak dilaksanakan, kenapa? Takut hilang sokongan
daripada DAP?
Ungkapan
hudud itu hanyalah retorik Haji Hadi dan Nik Aziz sahaja. Sekiranya beliau
ikhlas untuk melaksanakan hukum Islam mereka boleh laksanakan tetapi niat mereka
adalah untuk memburukan UMNO dan kerajaan BN semata-mata.
PAS
walaupun telah berjanji untuk mengemukakan Memorandum Negara Islam ala PAS
dalam semua bahasa utama di Malaysia, apabila dicabar oleh Tun Dr. Mahathir,
sehingga kini masih belum kelihatan walau bayang sekalipun.
PAS hanyalah
parti 'omong-omong kosong' sahaja. Mereka menabur pelbagai janji termasuklah
berjanji untuk mengadakan deraf Negara Islam. Namun setelah berjanji mereka
memungkirinya dengan tidak berusaha pun untuk mengotakannya.
Jelaslah, parti PAS penuh dengan retorik. Mereka tiada kekuatan, pendirian dan tujuan yang jelas. Lidah pemimpin-pemimpin mereka bercabang-cabang. Inikah parti yang boleh kita harap-harapkan???
Betullah, PAS cakap tak serupa bikin, dengar boleh pakai jangan.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.