Masih belum terlambat untuk kita sedar dan membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini bukan sahaja untuk kita tetapi paling penting untuk generasi anak cucu kita kelak. Masanya semakin hampir, masih ada waktu dan ruang untuk kita membuat pusingan U demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Ayuhlah.
sk : Masih ada masa untuk kita buat u-turn sahabat. Masih ada masa...
Alhamdulillah, keadaan banjir di negeri-negeri Pantai Timur semakin pulih dan sekarang ini hanya negeri Terengganu dan Pahang sahaja yang masih terjejas (saki-baki banjir) manakala keadaan banjir di negeri Kelantan sudah pun surut. Walaupun banjir adalah perkara biasa dihadapi penduduk Pantai Timur setiap kali musim tengkujuh, namun ia tetap mengundang kesusahan; ada anak-anak kecil yang terkorban, rumah kediaman rosak, tanaman musnah dan sebagainya.
Walaupun begitu, sebagai orang Islam yang ada pegangan agama dan iman yang kuat (insyaAllah) tentunya kita tahu dan sedar, malah harus mengakui bahawa setiap perkara seperti banjir besar yang berlaku itu ada hikmahNya. Meskipun ia datang setiap tahun atau pun selang beberapa tahun sekali. Sedarlah kita bahawa ianya adalah suatu peringatan Allah kepada kita umatnya supaya kembali bersatu ke jalan Allah, kembali bersatu mengagungkan Islam dan kembali bersatu menentang musuh-musuh Islam yang nyata.
Alhamdulillah juga, Kerajaan Persekutuan akan meneruskan memberi sumbangan wang ihsan bernilai RM500 kepada setiap ketua isi rumah bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. Jumlah RM500 mungkin tidak bermakna atau tidak seberapa bagi sesetengah pihak, tetapi bagi sesetengah pihak yang lain pula ianya cukup besar dan suatu rahmat. Apapun kita bersyukurlah. Wang ihsan ini bukanlah ganti rugi tetapi lebih kepada ihsan dan keprihatinan Kerajaan di atas kesusahan yang dihadapi rakyat.
Baru-baru ini SK berada di Kedah dan sempatlah berjumpa dengan rakan yang sama-sama bertugas semasa banjir besar melanda Kedah pada penghujung 2010 lalu. Waktu itu SK menjadi sukarelawan membantu mangsa-mangsa banjir. Sempatlah juga SK minta sekeping dua gambar berkaitan banjir dari beliau, terutama gambar ketika pembayaran wang ihsan yang SK rasa ada maknanya.
Menurut rakan SK, dari dahulu lagi Kerajaan Persekutuan telah memberikan wang ihsan kepada mangsa banjir. Dahulunya hanya RM300, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini jumlahnya telah ditambah kepada RM500. Jika ada berlaku kematian, keluarga mangsa juga akan mendapat wang ihsan sebanyak RM1500 (kalau tak silap menurut rakan SK).
Melayu, Cina, India, Siam...tiada masalah, semua dapat.
Orang UMNO, PAS, PKR, DAP..semua ada di sini
Dalam ni ada UMNO, PAS, PKR...
Dalam ni pasti ada UMNO, PAS, PKR, DAP...tiada masalah, semua dapat.
Bukan wang ihsan atau berapa jumlah wang yang diperolehi yang harus menjadi perkara pokoknya, tetapi apakah pendirian dan penerimaan kita setiap kali ditimpa bala bencana? Apakah timbul kesedaran bahawa sebenarnya kita semakin lemah dan berpecah? Kita sentiasa dipijak dan disepak terajang akibat kebodohan dan ketaksuban minda kita sendiri? Kita lemah apabila sentiasa membuat penilaian yang serong terhadap Kerajaan dan kepimpinannya; Kerajaan yang selama ini cuba mempertahankan keagungan agama, kelangsungan bangsa dan kedaulatan negara?
Mungkin ada yang berkata, bahawa itu hak kita sebagai rakyat harus terima dan itu hak Kerajaan untuk memberi. Betul, memang betul. Wang ihsan akibat bencana akan disalurkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira sesiapa pun atau apa pun mereka itu asalkan dia benar-benar layak.
Tetapi, tak terfikirkah kita selama kita hidup aman damai di negara ini, dapat mencari rezeki, dapat beribadat dengan tenang dan sebagainya, mengapa kekacauan juga yang kita cari, perpecahan sesama sendiri juga yang kita usahakan dan Kerajaan ini kita cuba runtuhkan (untuk menaikkan musuh-musuh nyata harbi)?
sk : Masih ada masa untuk kita buat u-turn sahabat. Masih ada masa...
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.