Ini macam kasi hantam haa...
Tak lama lagi Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mungkin akan menjadi bilionair terbaru di Malaysia. Tapi sebelum mereka berada dalam kelompok 10 bilionair Malaysia, eloklah mereka pergi berkenalan dengan Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary dahulu. Minta nasihat dan tunjuk ajar. Kalau nak jumpa Robert Kwok mungkin agak susah. Syed Mokhtar 'ada di mana-mana saja' sekarang ni, senang nak jumpa.
Nampaknya sejak dakwaan pemberian tanah sebanyak lebih 4,000 hektar kepada Ngeh dan sepupunya Nga oleh orang kuat Kelantan Nik Aziz tersebar, DAP semakin tak tentu arah jadinya. Lim Guan Eng dilihat sengaja menimbulkan isu kalimah Allah bagi mengalih perhatian umum terhadap serangan yang diterima oleh Ngeh manakala Kor Ming pula membuat ugutan berbau ancaman kepada YB. Hamidah, ADUN Sungai Rapat dan Karpal Singh pula sekejap cakap begitu sekejap cakap begini.
sk : masih tak kenalkah kita siapa DAP?

Sebelum ni Karpal cakap Ngeh dan Nga harus mengadap Jawatan Kerja Pusat (CEC) tapi sekarang terus diam membisu pula. Macam Hadi Awang juga diam dan hilang entah ke mana sejak isu amanat dibangkitkan. Pasti ada lagi superpower dalam DAP, sebab tu Karpal pun terbisu sekarang ni. Semuanya berhubung dengan isu dakwaan penerimaan tanah tersebut.
SPRM harus segera bertindak terhadap dakwaan ini. Semua orang nak tahu kebenarannya terutama rakyat Kelantan.
Cuma apa yang bikin panas, kenapa Ngeh nak kaitkan Syed Mokhtar pula dalam bala mereka ini? Dah tak ada orang lainkah nak dikaitkan?
"Kalau hendak tanya dan belajar bagaimana dapat duit banyak, tanyalah mereka yang lebih berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan bilionair lain. Saya bukan bilionair" - Ngeh Koo Ham (Utusan Malaysia, 29 Disember 2012).
Nampak, apa motif dia kaitkan nama Syed Mokhtar? Daripada 10 bilionair di Malaysia ni, di mana kedudukan Syed Mokhtar? Berapa ramai 'Syed Mokhtar' dalam senarai 10 bilionair tu? Itu pun mereka DAP masih tak berpuas hati.
Eloklah Ngeh berkenalan dahulu dengan Syed Mokhtar. 'Syed Mokhtar' ada di kedai-kedai buku utama di seluruh negara. Harga pun tak mahal dan Ngeh pasti mampu beli, cuma RM19.90 saja.
sk : masih tak kenalkah kita siapa DAP?
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.