Ketika bertitah merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga,
anjuran bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Majlis
Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri pada 15 Januari 2008 lalu, Raja Nazrin Shah, Raja Muda
Perak mengingatkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu telah menegur pentadbir
British pada tahun 1950 mengenai usaha penempatan semula ke kampung-kampung baru di bawah Rancangan Briggs.
Usaha ini dilakukan sebagai usaha memerangi komunis dengan memutuskan bekalan makanan, perubatan, kewangan dan lain-lain bekalan kepada pengganas komunis di hutan.
Usaha ini dilakukan sebagai usaha memerangi komunis dengan memutuskan bekalan makanan, perubatan, kewangan dan lain-lain bekalan kepada pengganas komunis di hutan.
Mesyuarat Raja-Raja Melayu
pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang
dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu, dan pemerhatian bahawa
kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di Kampung Baru
jauh lebih baik dari apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.
Sumber : Bernama Online, 15 Januari 2008.
Jika disingkap sejarahnya, langkah penjajah British menempatkan 400,000 keluarga
setinggan Cina di pinggir hutan dalam Kampung-kampung Baru di bawah Rancangan Briggs pada
1950 adalah sebagai usaha memerangi komunis secara makro. Keadaan ini membolehkan mereka (orang Cina) menikmati pelbagai kemudahan prasarana utiliti dan
peluang berniaga 11 tahun lebih awal daripada orang Melayu yang tidak bertanah pada ketika itu.
Dari segi geografinya pula, kawasan-kawasan Kampung Baru, yang
juga dilengkapi kemudahan sekolah dan kesihatan, terletak lebih hampir dengan
bandar serta dibantu mendapat pelbagai peluang dan kemudahan niaga. Berbeza dengan apa yang diperolehi orang Melayu melalui Felda, membuka tanah-tanah baru yang berada jauh di pedalaman dan serba kekurangan. Namun kini Felda sudah memberi nikmat yang tidak terhingga kepada peneroka-peneroka khususnya dan orang Melayu amnya.
Lain pula dengan PAS. PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa. (Utusan Malaysia, 15 September 1985).
"Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata".
Ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu (menggadaikan segalanya)? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?
Inilah akhirnya. Apa sudah jadi? Terbelakah Melayu?
Tersenyum puas ayah dan anak ini kerana berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.
Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sekian lama memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?
Orang-orang Melayu Pulau Pinang (pulau), apa kata anda??
sk : kali terakhir pergi Pulau Pinang (pulau), dah macam Hong Kong...hebat.

(Utusan
Malaysia, 11 Mac 2008).

No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.