PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday, 11 December 2012

KECOH!!! Bendera "Bulan Makin Malap" Di Bumi Gaza


Sehari dua ni SK tergelak juga melihat gelagat penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang terutamanya PAS kerana gembira sangat seakan berpesta ria kerana adanya sebatang dan sehelai..sebatang dan sehelai bendera 'Bulan Makin Malap' mereka di perhimpunan ulangtahun ke-25 Hamas, di Gaza, Palestin baru-baru ini. Maka dengan bangganya bermacam-macamlah kenyataan dikeluarkan, tak kurang juga yang mengatakan perjuangan mereka di Malaysia adalah sama seperti mana perjuangan Hamas di Palestin. Hebat, memang hebat. Warna bendera berwarna sama (hijau) pun sangat-sangat mereka banggakan. 

SK tak nak ulas samada bendera itu betul atau dimuatnaik menggunakan teknologi tinggi oleh pakar-pakar siber dalam Pakatan. Kalau betul, maka betullah. SK tak mahu menyebarkan fitnah yang bukan-bukan. Bagi SK, cukuplah bendera Malaysia 'Jalur Gemilang
berkibar-kibaran di sana, bukan sebatang sehelai tapi banyak Jalur Gemilang yang dikibarkan.


SK terfikir juga, ribuan orang Palestin semasa perhimpunan tu perasan atau tidak dengan bendera Bulan Makin Malap tu. Bayangkan dalam ratusan dan ribuan bendera Hamas berwarna hijau tu, maka bendera Bulan Makin Malap tu hilang macam tu saja. Tapi berbeza dengan Jalur Gemilang, pasti mata akan tertarik untuk melihat dan mengamatinya walaupun dalam ribuan manusia kerana warnanya yang berbeza. Lagi pula, Jalur Gemilang sudah mula dikenali di bumi Palestin sejak zaman Tun Dr. Mahathir lagi.



Dalam ribuan manusia, Jalur Gemilang masih kelihatan. Bukan satu tapi dua, tiga. Bukan di belakang-belakang tapi di bahagian hadapan, di pentas utama. Sebenarnya, mereka memandang dan menghargai Jalur Gemilang bukan semata-mata kerana ianya bendera, tetapi mereka memandang dan menghargainya kerana adanya insan-insan (Kerajaan) yang baik, yang hebat, yang berani, turut berjuang bersama-sama membebaskan Palestin, membantu Palestin serta memartabatkan Islam di sebalik bendera tersebut.


DS Najib dan Mahmood Abbas di Perdana Putra, Putrajaya.


Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima cenderahati berbentuk cebisan karpet Masjid Al-Alqsa yang disampaikan oleh Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr Yusuf Al-Qaradawi melalui wakilnya, Timbalan Pengarah Yayasan Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan. Turut bersama ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa.


Pemimpin Hamas dan Fatah bertemu Tun Dr. Mahathir baru-baru ini ketika Perhimpunan Agong UMNO 2012.

SK percaya apabila rakyat Palestin melihat atau terlihat Jalur Gemilang, minda mereka segera membayangkan pemimpin-pemimpin Malaysia seperti DS Najib, apatah lagi Tun Dr. Mahathir. Sejak zaman Allahyarham Yasser Arafat lagi Tun Dr. Mahathir sudah dipahatkan ke dalam jiwa dan minda rakyat Palestin. 

Sebab itu SK tak kisah kalau bendera PAS ada di sana pun kerana ia mungkin akan memberi kekeliruan kepada rakyat Palestin, apakah bendera ini? Apatah lagi untuk mengenali siapa itu Nik Aziz, Hadi Awang. Paling teruk lagi untuk mengenali Mat Sabu atau Mahfuz Omar. 


Sebab tu SK tergelak bila ada penyokong PAS yang mengatakan perjuangan mereka di Malaysia sama seperti perjuangan Hamas di Palestin. Kerana kalaulah rakyat Palestin tahu perkara yang sebenarnya, malu PAS. Malu sebab Hamas berjuang menentang Zionis Israel, PAS di sini pula berjuang menentang umat seagama dan sebangsa serta orang yang memartabatkan Islam, sebaliknya mereka bersahabat baik pula dengan konco-konco Zionis Israel termasuklah kafir harbi. 


Jadi, apalah sangat yang ada pada sebatang dan sehelai bendera Bulan Makin Malap itu di bumi Gaza. Bersorak gembiralah. Tak perlu bendera UMNO atau bendera BN dikibarkan, Jalur Gemilang sudah memadai bagi memesrakan rakyat Malaysia dengan rakyat Palestin.

Kenapa Hamas hargai UMNO dan bukannya PAS? Sila baca di sini http://www.anwaraidc.com/?p=29476

Penyokong-penyokong PAS berbangga apabila bendera Bulan Makin Malap mereka berkibar bersama Jalur Gemilang di Gaza, tetapi persoalannya apa betulkah mereka berbangga? Bukankah dulu mereka ingin menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang lain, yang nampak seperti bendera Komunis macam kat bawah ni? Pelik, dan memalukan. 


Tak nampak pula bendera Mata Lebam PKR dan Roket Hancing DAP kat Gaza. Patut bawa la sekali, barulah dikatakan Pakatan 'Paling Mesra'.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...