PAS samada sedar atau tidak telah terjebak dengan percaturan parti DAP dan PKR yang secara jelas akan menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu sebaik sahaja berjaya mengusai Putrajaya. Buktinya apabila DAP menguasai Pulau Pinang, PKR di Selangor dan PAS seketika memerintah Perak, proses diskriminasi secara halus telah dilaksanakan mereka dengan mengaburi mata orang-orang Melayu terutama golongan miskin khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.
Kenyataan untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu yang dituntut oleh DAP dan PKR telah disambut oleh PAS tanpa memikirkan kesan terhadap penghapusan hak istimewa orang Melayu, atas nama pakatan dengan matlamat untuk menumbangkan BN, walaupun terpaksa mengadaikan agama dan bangsa.
Sekiranya PAS ikhlas untuk bersama-sama berjuang dengan rakan pakatannya iaitu DAP dan PKR, beranikah PAS untuk mendesak supaya kepentingan sah kaum-kaum lain turut dihapuskan? Kenapa hak dan kepentingan orang Melayu saja nak dihapuskan? Orang Cina, orang India bagaimana? Alang-alang nak sama-rata biar rata teruslah.
Soalnya beranikah PAS? Beranikah Hadi apatah lagi Nik Aziz? Atau mereka diberikan fakta salah mengenai Perkara 153 oleh peguam-peguam DAP, sedangkan adalah lebih adil sekiranya Perkara 153 dicadangkan supaya ia dihapuskan. Adakah peguam-peguam DAP dan PKR akan setuju?
Jawapannya tentu tidak, kerana Perkara 153 turut mengandungi kepentingan sah kaum-kaum lain.
sk : berhati-hatilah dengan jarum DAP dan PKR...
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.