Pernah seorang teman SK menegur baru-baru ini, "kenapa kau asyik hentam PAS saja dalam blog?" Sebenarnya SK bukan menghentam PAS, kalau nak hentam ia lebih sesuai dihalakan kepada DAP dan PKR. Apa yang SK tulis mengenai PAS itu walaupun menghentam tetapi masih lagi dalam nada mesra kerana tetap ada sekelumit perasaan pada PAS walaupun SK tidak pernah langsung menyokong atau menyukai PAS. Sebabnya kerana di dalam PAS itu ada Islamnya, ada Melayunya sama macam SK, sama macam UMNO (walaupun SK juga bukan orang UMNO).
sk : sedarlah kalian...
Pada SK wujudnya PAS yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan adalah bagus sebagai check and balance kepada UMNO/BN dalam merencanakan negara ini. Walaupun tujuan asal sokongan British terhadap penubuhan PAS dahulu adalah sebagai usaha sulit mereka memecah-belahkan perpaduan Melayu dalam UMNO, kerana British berasa terhina dan tewas apabila penyatuan orang Melayu dalam UMNO berjaya menguburkan Malayan Union. Namun PAS yang rata-rata alim ulama dan tokoh agama dahulunya, kini semakin bercelaru dan hilang punca apabila dipenuhi oleh mereka-mereka yang 'bukan ahlinya', jika ada sekalipun jiwa dan hati mereka telah busuk dan dipenuhi dendam kesumat yang maha dahsyat.
Selepas 'perginya' Dato' Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS terdahulu, PAS seperti 'orang gila'. PAS rela membuang prinsip perjuangan asal untuk membela dan memartabatkan agama Islam semata-mata mahu mengejar kepentingan diri sesetengah pemimpin yang akhirnya PAS sanggup 'tidur sekatil' dengan kafir-kafir harbi biarpun sedar mereka hanya tidur di atas tikar mengkuang dan harbi di atas tilam empuk. Mereka rela.
Apa yang menyedihkan SK ialah rata-rata penyokong PAS adalah umat Melayu Islam yang diisi di kepala mereka dengan bermacam-macam fahaman dan dakyah tanpa mereka tapis, maklumlah orang-orang kampung kebanyakkannya, orang-orang tua. Mereka sanggup bersusah payah hadir ke setiap ceramah PAS kerana itulah sumber hiburan mereka di malam hari selepas penat bekerja pada siangnya. Lawak jenaka dan maki hamun dalam ceramah adalah halwa telinga yang sangat tenang didengar dan cepat disimpan kejap dalam minda mereka. Akhirnya mereka mudah menjadi taksub dan tegar.
SK tak salahkan penyokong-penyokong PAS, sepatutnya mereka diceramahkan mengenai hukum agama, tetapi ceramah politik kebencian yang diberikan. Pemimpin-pemimpin PASlah puncanya. Kekuatan PAS hanyalah melalui ceramah-ceramah. Ceramah mereka sangat mengasyikkan, sungguh mengasyikkan. Sebab itu walaupun sudah menjadi Kerajaan di Kedah, aktiviti ceramah masih diteruskan seperti dulu-dulu. SK pernah hadiri beberapa ceramah PAS, memang mengasyikkan. Jika minda tidak berfikir secara rasional, setiap isi ceramahnya akan ditelan bulat-bulat. Namun itulah yang dibawa pulang oleh penyokong-penyokong yang lain. Mereka berasa kenyang minda dan hati setiap kali hadir ceramah PAS.
Kasihan PAS, sejak bersaudara dengan DAP dan PKR, mereka berubah secara total. SK pernah membuat liputan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Selambau pada 2009 dahulu. Ceramah-ceramah PAS ada yang disampaikan oleh kafir DAP sambil membacakan surah-surah Al-Quran yang tentunya lintang pukang sebutan dan bunyinya, namun ia disambut dengan tepukan tangan dan sorakan serta takbir "Allahu Akbar" berkali-kali oleh penyokong PAS. Bagai nak menitik air mata SK waktu itu. PAS sudah jauh tersesat jalan, semakin lama semakin jauh selagi dipandu oleh pemimpin yang salah dan bodoh sombong.
Kepada penyokong-penyokong PAS, masih ada waktu. Sedarlah, sedarlah, sedarlah demi agama Islam, bangsa dan negara. Bertenang sejenak dan berfikirlah dalam-dalam, apakah betul perjuangan dan ikutan selama ini? Bukti jelas dan sahih sudah begitu banyak sekarang ini yang Tuhan tunjukkan. Sedarlah.
Bagaimana dengan DAP dan PKR? Ada juga orang Islam dan Melayu di dalamnya. Itu SK tahu. Islam dan Melayu dalam PAS adalah mereka-mereka yang menganiayai diri sendiri kerana kebodohan, Islam dan Melayu dalam PKR adalah mereka-mereka yang penuh perasaan kecewa dan tertewas akibat kegagalan dalam mendapatkan sesuatu manakala Islam dan Melayu dalam DAP, ini lebih berat. Rasanya mereka sudah terlalu jauh daripada Islam dan jatidiri Melayu sudah binasa sama sekali.
Demi memastikan kelangsungan sebuah negara yang aman makmur, berjaya dan sejahtera seperti hari ini, hentam tetap hentam. SK akan terus menghentam PAS, PKR apatah lagi DAP. Di pihak BN/UMNO juga, tegur tetap tegur.
sk : sedarlah kalian...
busuk2 pas pun diorang ni tetap islam dan melayu, tapi tulah puak2 ni jenis bodoh sombong bodoh tak boleh tegur..bodoh piang lah senang cerita. dengan kapir haram jadah jilat cium bagai, dengan sesama islam dan melayu jadi musuh..inilah pas yg bodoh piang.
ReplyDelete