Mahu tidak mahu, kita harus mengakui bahawa dengan adanya penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang sejak lebih sebulan lalu telah menampakkan kesan positif. Buktinya kadar kemalangan di kawasan-kawasan sekitar terletaknya kamera AES ini semakin berkurangan.
Tetapi perkara ini tetap tidak disenangi oleh sesetengah pihak dan ditambah buruknya lagi apabila ia sentiasa menjadi isu yang dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin tertentu untuk menghentam Kerajaan secara membuta-tuli. Baru-baru ni pemimpin Kerajaan PKR Selangor
beriya-iya mahu mencabut kamera-kamera AES yang berada di Selangor, tapi para pengikut hanya berani mengecat kamera tersebut dengan cat berwarna merah saja.
Kamera AES di Kilometer 301.7, Lebuh Raya UtaraSelatan berdekatan Plaza Tol Kajang menjadi mangsa, cat berwarna merah dikesan disembur pada permukaan hadapan dan alat pancaran kamera AES di lokasi itu. Tindakan itu bertujuan untuk menghalang teknologi itu daripada mengesan kelajuan pengguna di lebuh raya.
Perbuatan sabotaj ini adalah yang kedua dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas sebuah lagi kamera AES yang dipasang di Kilometer 6.6, Lebuh Raya Lembah Klang (SKVE) di Puchong turut dikhianati apabila alat sensor kamera itu dibungkus dengan plastik berwarna putih.
Pada SK, perbuatan ini bukan sahaja perlakuan sabotaj yang menjengkelkan tetapi lebih teruk lagi adalah tindakan Kerajaan PKR Selangor 'menangguk di air keruh' atau cubaan 'menutup lubang kegagalan' dengan mencari salah orang lain. Memang buruk betul perangai.
Kenapa SK kata macam tu? Sebabnya cuba kira berapa batang kamera AES di seluruh negeri Selangor, ada 100? Ada 200? Atau ada 20? Kamera AES di Selangor cuma 4 batang saja atau lebih tepat lagi cuma 2 batang saja. Adakah sistem AES ini bakal menghancurkan kehidupan rakyat? Bakal menghancurkan sesebuah negeri?
Jawapannya tidak. Sistem AES ini adalah untuk kebaikkan jangka masa panjang seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk mengurangkan kadar kemalangan tetapi untuk mendidik pengguna agar lebih mematuhi undang-undang jalan raya.
Tetapi sesebuah negeri, misalnya Selangor boleh jahanam (semakin jahanam pun) melalui perbuatan-perbuatan yang jauh lebih buruk dan teruk seperti aktiviti pengorekkan dan penjualan pasir yang semakin sukar dikawal. Habis seluruh negeri 'dirogol' habis-habisan. Untungnya pula tidak pernah sama sekali pulang kepada rakyat.
Pasir dikorek sampah-sarap dibiarkan bertimbun-timbun. Sehingga kini masih belum ada kaedah yang terbaik dalam pengurusan sampah-sarap di Selangor. Semua ini adalah kegagalan yang nyata daripada Kerajaan PKR Selangor. Untuk merabunkan pandangan rakyat, orang lain pula dipersalahkan, sistem AES menjadi mangsa.
Salam terima kasih kerana pautkan blog MMI..Utk makluman berlaku sedikit masalah kerana MMI tidak dapat pautkan blog tuan , tak pasti kerana apa kemungkinan berkenaan address blog tuan dan MMI tidak dapat pautkan blog SK di blog MMI buat masa sekarang.MMI akan usahakan utk pautkan secepat yg mungkin.Selamat berjuang.
ReplyDeletesebab syarikat yg dapat projek AES tu bukan kroni puak2 DAPig ni kot tu yg diorang marah sangat...
ReplyDeleteAES bagus...sokong AES.