PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday, 10 December 2012

"Anak Didik" Pemimpin Kuat Carut & Kuat Hisap

 Pasukan kebanggaan rakyat Malaysia

Tahniah Harimau Malaya, walaupun kemenangan 1-0 sudah berada dalam genggaman, namun terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 ketika bertemu pasukan pilihan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Susuki 2012 malam tadi di stadium keramat negara Stadium Nasional Bukit Jalil. Berhadapan pasukan Gajah Putih bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka antara pasukan terkuat buat masa ini di rantau Asia Tenggara.
Semoga dalam perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok minggu depan, Harimau Malaya akan lebih mengganas dan dapat membaham Gajah Putih. Semuanya tidak mustahil kerana pasukan kita juga berada di kelas yang tersendiri dan cukup digeruni lawan. Tahniah juga kepada penyokong-penyokong yang hampir 80,000 orang yang hadir ke stadium memberi sokongan. 

Itu membuktikan kita sayang kepada Harimau Malaya. Sayang Harimau Malaya bermakna kita sayangkan Malaysia. Kita sanggup letak ke tepi dahulu fahaman dan ketaksuban kita terhadap parti politik sebaliknya kita bersatu hati, bersatu niat, bersatu matlamat untuk melihat pasukan kita menang. 

Kalaulah kita boleh bersatu begitu untuk melihat agama Islam terus dimartabat tanpa diperlekehkan, untuk melihat bangsa Melayu terus kuat dan terbela dan negara Malaysia terus harmoni, alangkah bagusnya kita dan indahnya negara Malaysia ini. Mudah-mudahan, InsyaAllah.  


Tapi dalam pada tu, masih lagi munculnya 'adik-adik kecil' yang kurang ajar dan tak tahu adab. Apakah anda 80,000 orang yang hadir ke stadium malam tadi sanggup buat macam ni? Atau anggap perkara seperti ini adalah remeh-remeh saja? Setidak-tidaknya jagalah adab kita, kecualilah kita jenis yang tak tahu adab sopan, jenis yang kurang ajar, jenis yang kepala gila, jenis yang pembenci dan jenis yang pencacai.

Memang kurang ajar budak ni. Inilah contoh anak muda yang kalau pemikiran sudah serupa dengan pemimpin-pemimpin Pakatan yang suka mencarut-marut, pemimpin idola mereka. Kalau Malaysia menang malam tadi, SK harap dia tak perlu jumpa DS Najib tapi pergi jumpa Anwar Ibrahim dan serahlah bontotnya. 


Tahniah dan terima kasih kepada DS Najib kerana turut memberi perhatian dan sokongan kepada Harimau Malaya selama ini. Sedikit-sebanyak perkara ini turut mempengaruhi peningkatan prestasi pasukan kebangsaan kebelakangan ini sehingga menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.

Politik politik juga, tapi bola tetap di hati. Inilah Perdana Menteri kita. Sentiasa 'turun padang' dalam apa juga keadaan. Pemimpin yang baik yang bagaimana lagi yang kita mahukan??? Mahu yang hanya pandai berpidato hoha hooha hoohaa tapi semuanya temberang, penipu rakyat, putar alam atau kita mahu yang hanya pandai mengeluarkan fatwa-fatwa songsang atau pun paling parah lagi pemimpin yang rasis dan kiasu yang ingin menjahanamkan bangsa Melayu dan Islam. Anda nilailah dalam-dalam dan pilihlah sendiri.


Cayalah DS Najib.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...