Tahniah SK ucapkan kepada Ummi Hafilda Ali kerana tak lama lagi akan berkahwin dengan Dr. Zaman Khan, seorang pakar terapi kecantikan. Walaupun perbezaan umur antara mereka 12 tahun iaitu Ummi 45 manakala Zaman 33, itu semua bukan penghalang untuk berbahagia. SK sangat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Ummi tentang mengapa memilih Dr. Zaman yang berasal dari Pakistan itu sebagai calon suami, maklumlah lelaki ala-ala pelakon Bollywood ni jauh lebih muda darinya. Ternyata jawapan Ummi itu seperti 'melepaskan sebiji penumbuk padu' ke muka abangnya sendiri, Azmin Ali.
Menurut Ummi, sebab pertama dia pilih Dr. Zaman adalah kerana lelaki ini seorang yang amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang, terutamanya kepada ibunya serta tujuh adik-beradik yang lain kerana beliau adalah anak sulung dalam keluarga. Kedua yang membuatkan Ummi terpikat dengan Zaman adalah kerana Zaman seorang yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah S.W.T iaitu sangat menjaga solatnya.
Ummi juga menyatakan bahawa pilihannya ini bertepatan dengan saranan Rasulullah S.A.W iaitu mencari pasangan yang mempunyai pegangan agama yang kuat, ada rupa, berilmu dan berharta. Selain itu, kehadiran Zaman juga sedikit-sebanyak dapat memberi sinar bahagia kepada Che Tom Yahaya, ibu Ummi yang sekian lama kehilangan kasih sayang seorang anak lelaki. Baguslah tu Ummi, semoga berbahagia hendakNya. Buat Mak Tom, tak dapat menumpang kasih anak, menantu pun jadilah asalkan dia menjadi anak yang baik dan tidak derhaka.
Ternyata semua alasan mengapa Ummi memilih Zaman seperti 'menumbuk' ke muka Azmin. Bukan sebiji penumbuk dari Ummi tapi Zaman juga turut 'menumbuk' Azmin. Pasti Azmin si dayus bengang mendengar berita ini.
Kata Ummi lagi, perkahwinannya akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Wah hebat. Nasib baik si Zaman ni tak bawa lari Ummi ke Siam dan berkahwin di sana seperti mana yang dibuat oleh 'super idola' Azmin tu dahulu.
SK : Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka ibu tak bau syurga, tak selamat dunia akhirat.
hero hindustan tu...pakistan pun pakistanlah ummi.. asalkan dia tak dayus, asalkan tak hentam bini orang, china doll dan lubang jubur...
ReplyDelete