PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Thursday, 27 December 2012

PANAS!!! Terbakarnya Hati Kami - 'TUN'

Apa agaknya perasaan 'Tun' Karpal Singh, 'Tun' Lim Kit Siang dan juga 'Tan Sri' Lim Guan Eng bila tengok gambar-gambar ini? Tentu panas hati mendidih-didih dibuatnya. Geram, dendam, meluat, sakit hati semuanya ada.

Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak


Negarawan yang juga Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan isteri, Raja Puan Besar Zara Salim.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Upacara Penghormatan Negara oleh pasukan keselamatan utama negara.



Beberapa gambar sekitar suasana ketika mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik diberi upacara Penghormatan Negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan besar beliau kepada negara ini. 

Penghormatan Negara diberikan kepada sesiapa saja terutama kepada pemimpin-pemimpin utama, tokoh-tokoh ulung, pahlawan-pahlawan negara malah rakyat biasa pun yang dianggap sebagai perwira-perwira yang mengharumkan nama negara tanpa mengambil kira keturunan, bangsa dan agamanya, asalkan mereka telah berjasa dan berbakti kepada negara serta berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

'Orang-orang kuat' DAP tentunya kepingin juga untuk diberi upacara Penghormatan Negara sebegini apabila mati nanti. Tapi tentu mereka dah 'berwasiat' supaya Raja-Raja Melayu atau DYMM SPB YDP Agong tidak dibenarkan datang, bahkan pemimpin-pemimpin Melayu hatta Perdana Menteri sekalipun (kalau PM itu masih Melayu) sebabnya...anda tentu tahu sebabnya. 

Bayangkan, anugerah daripada Raja-Raja Melayu pun 'diharamkan' mereka. Hina sungguh kita orang-orang Melayu diperlakukan mereka. Tapi SK percaya, mereka hanya boleh bermimpi saja untuk menikmati upacara Penghormatan Negara ini.

sk : sayang nak pulangkan pingat...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...