PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday, 17 December 2012

PAS!!! Kini Dalam Fasa TAWAKKAL

Orang tua ni banyak tengok lawan tinju gamaknya.

Kita semua tahu. Jika kita ingin mendapatkan atau mencapai sesuatu perkara yang kita idam-idamkan, kita haruslah berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya. Usaha itu pula perlulah bersungguh-sungguh serta haruslah melalui jalan yang baik agar ianya nanti mendapat berkat dan diredhai. Di samping berusaha kita wajib juga menadah tangan kepada Allah S.W.T memohon doa supaya apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil. Setelah berusaha dan berdoa, Islam menyarankan kepada kita supaya bertawakkallah iaitu berserahlah segala-galanya kepada Allah S.W.T moga-moga Dia mempermudahkan segalanya. Begitulah fasa ringkas; berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Nampaknya PAS kini baru sahaja melalui semua fasa tersebut. Sejak penubuhannya sehinggalah sekarang
sudah lebih kurang 50 tahun, mereka berusaha dan terus berusaha untuk menjatuhkan UMNO dan BN, tetapi masih lagi belum berjaya. Mereka terus lagi berusaha walaupun melalui jalan yang sangat kotor iaitu apabila bekerjasama dengan DAP; sebuah parti komunis, rasis dan cauvinis serta PKR; sebuah parti yang paling busuk dan rendah moralnya. Walaupun begitu, PAS masih lagi was-was samada mereka boleh kalahkan UMNO/BN atau pun tidak.

Bertahun-tahun berusaha tapi macam tak nampak jalan saja. Maka berdoalah pula mereka. Doa ini pula bukan doa biasa-biasa. Ini berdoa yang luar biasa, doa untuk memohon kehancuran. Peliknya, doa ini ditujukan kepada saudara seagama dan sebangsa, sepatutnya doa penuh bersemangat itu ditujukan kepada musuh-musuh Islam. KO KO KO KO KO...begitulah bersemangatnya mereka.

Jadi, berusaha sudah, berdoa pun sudah. Sekarang ni hanya bertawakkal sajalah mudah-mudahan UMNO/BN tumbang. Dalam masa yang sama pertolongan kepada kawan-kawan karib tidak diabaikan, mereka wajib dibantu. Biar kena pijak kepala tak apa, kena tarik janggut tak apa (kena tarik telur pun tak apa), jadi lembu pun tak apa asalkan UMNO/BN kalah.

Mungkin sebab sifat baik dan mulia itulah, kawan karib mereka sangat 'sayangkan' PAS. Biarlah mereka saja berjuang menentang UMNO/BN, PAS duduk diam-diam saja pun tak apa. Untuk tujuan itu, mereka perlulah lebih kuat serta lebih mantap, kerusi kenalah ditambah. Barulah gagah. Kawan baik mestilah tolong kawan baik, bukan?

GEORGETOWN: DAP berharap kesetiaan mereka dalam pembangkang akan diiktiraf dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang. 
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata DAP mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung. 
"Kita (DAP) terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada PAS dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Setiausaha Agung pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di sini, sebentar tadi.
Jadi nanti siapa yang akan beralah??? PAS tentu tak sampai hati kalau tak tolong kawan baiknya yang paling setia dan tulus macam DAP ni. Lagipun PAS sekarang dalam fasa tawakkal saja. Beriya-iya nak buat itu nak buat ini nak nampak hebat, tapi bila harbi-harbi tua dalam DAP cuma 'berdehem' dan 'batuk-batuk' maka kecutlah perut dan telur PAS. Mungkin PAS merasakan eloklah mereka duduk diam-diam dan bertawakkal saja.

Kita tunggu dan lihat sajalah. Apakah PAS akan 'sedekahkan' kerusi-kerusi mereka kepada kawan baik mereka yang paling setia dan tulus tu.

1 comment:

  1. PAS akan jatuh di tangan ahli dan pemimpinnya sendiri..

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...