PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Saturday 29 December 2012

JUMAAT Yang HIBA Bagi Umat Islam


Setiap kali berada di masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, dari dahulu lagi hati SK berasa cukup tenang dan seronok. Bukan sahaja kerana seronok dapat menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, tetapi berasa seronok apabila melihat umat Islam lelaki berduyun-duyun, berpusu-pusu datang ke masjid; pelbagai rupa, kecil dan besar, tua dan muda, datang dari mana-mana entah, duduk bersama-sama, bersalam-salaman, menunaikan solat bersama-sama. Nampak kesepaduan, kesepakatan, sehaluan dan kekuatan kita  (umat Islam) di situ. Bersatu kepada Tuhan Yang Satu.

Namun keseronokan SK itu cuma keseronokan sendiri saja kerana selepas salam kedua diberi, selepas meninggalkan masjid; kita kembali 'berpecah' kepada fahaman dan ketaksuban masing-masing, kesepaduan yang sebelumnya besar menggunung telah berderai menjadi puing-puing kecil laksana ombak di laut, datangnya besar tetapi apabila sampai di pantai buih-buihnya berpecah dan hilang. Begitulah kita umat Islam sekarang ini. Oleh sebab itulah musuh-musuh Islam begitu mudah 'meluku' kepala kita walaupun kepala kita beralas serban dan kopiah.



"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya". (Ali Imran : 118)

Tetapi kita sentiasa tidak terlambat untuk berubah, sehingga sampai saatnya. Jadilah bijak.

sk : Setiap kali hari Jumaat, bukan sahaja seronok tetapi dalam masa yang sama sangat sayu dan hiba.

2 comments:

  1. Assalam...Tuan, mohon tuan pautkan blog saya di halaman blog tuan, mediauruk.blogspot.com..terima kasih atas sokongan....

    ReplyDelete
  2. wsalam,
    telah dipautkan..terima kasih kembali.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...