PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday, 1 January 2013

2013!!! Tahun 'Orang Atas Pagar' Yang Punya


SELAMAT TAHUN BARU 2013 Masihi diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, dari Kaki Bukit Perlis di utara sehinggalah ke Tambak Johor di selatan seterusnya membawa ke Kudat Sabah di timur. Juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di luar negara; bekerja, belajar, melancong dan sebagainya. Apa yang menariknya tahun 2013? Paling menarik tahun 2013 ialah...kita akan menghadapi hari besar, pilihan raya umum (PRU) yang ke-13.

Hebat. Inilah perkara yang sangat-sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang politik samada di pihak Kerajaan apatah lagi pihak pembangkang, tak sabar rasanya untuk menjatuhkan Kerajaan, penyokong-penyokong serta pengikut setia, pengundi-pengundi senyap dan tak ketinggalan juga yang di atas pagar. Setelah letih menanti di sepanjang penggal kedua tahun 2012 andainya ada PRU, kini jawapan sudah ada walaupun secara tepatnya masih lagi menjadi rahsia Perdana Menteri.

Namun, jangan kita tinggalkan 2012 begitu sahaja tanpa kita bermuhasabah diri. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang 2012 membawa kebaikkan atau faedah kepada diri sendiri, masyarakat, agama, bangsa dan negara? Atau sebaliknya? Tahun 2012 menyaksikan banyak sesi 'membersihkan' Dataran Merdeka oleh  orang-orang yang bukan pekerja pembersihan pun, menyaksikan kesucian agama Islam kerapkali dipersendakan, Raja-Raja Melayu diperlekehkan, Perlembagaan dan Undang-Undang disepak terajang, menyaksikan kita orang-orang Melayu dibuat seperti lembu oleh kafir harbi dan bermacam-macam lagi. Di mana maruah kita?

Jika kita terkhilaf, terpesong, terpukau dan tertawan sehingga kita lupa jatidiri bangsa dan agama, masih ada waktu untuk kita perbetulkan, masih ada masa untuk kita sedar dan kembali ke landasan yang betul. Mungkin bulan ini, mungkin bulan depan dan besar kemungkinan bulan Mac 2013 kita akan 'memangkah'. 

Kepada sahabat-sahabat yang yang masih berdiri 'di atas pagar', terjunlah ke tanah yang betul; tidak becak, tiada lubang, tiada duri semalu serta tiada batu dan kaca halus. Buatlah pilihan yang bijak, pilihlah jawapan yang betul-betul jawapan demi ketenangan hidup setidak-tidaknya untuk 5 tahun yang akan datang. 



sk : Semoga sepanjang tahun 2013 ini hidup kita lebih aman, sejahtera dan berjaya. 

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...