PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday 8 January 2013

Siapa KANANG??? Bukan HERO Sebenar. PANAS!!! Terbakar Lagi Hati Kami Buat Kali Kedua

 

Dalam waktu terdekat ini, hati pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang asyik terbakar sahaja, asyik panas mengenangkan upacara Penghormatan Negara yang diberikan kepada tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara. Semalam mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang dikatakan bukanlah hero sebenar telah diberi Penghormatan Negara, sebelumnya upacara yang sama turut diberikan kepada mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik. Bukan hero sebenar pun diberi Penghormatan Negara, mana tak panasnya hati mereka. Jadi kita nak tengoklah siapa orangnya yang dikatakan hero sebenar tu.


 

Rasanya inilah orangnya kot yang dianggap hero sebenar oleh SuaraPakatanRakyat. Memang diakui hebat. Memang mendiang Datuk Kanang tak mampu untuk menjadi sehebat hero ini. Sebab itu mendiang dianggap bukan hero sebenar, baca di sini. Mendiang Datuk Kanang walaupun pernah ditembak beberapa kali, perut ditusuk-tusuk Komunis namun bukanlah hebat mana jika dibandingkan dengan hero di atas. Dia memang seorang pakar 'menembak' tak kira dari depan atau belakang, ramai yang dah ditembaknya samada lelaki atau perempuan. Memang hebat hero ini, sebab itu dia diangkat dan dianggap hero, pahlawan atau pejuang paling suci oleh SuaraPakatanRakyat.

Berbalik kepada mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, berikut sedikit latar belakang dan kisah mengenai hidup serta perjuangan beliau dalam mempertahankan tanahair ini daripada 'ditembak' musuh-musuh negara.

Kanang Anak Langkau berasal dari Semanggang, Sarawak. Beliau menyertai pasukan Sarawak Rangers pada 21 April 1962 sebagai seorang Iban Tracker dan memasuki Rejimen Renjer Diraja (RRD) apabila  Rejimen itu ditubuhkan. Beliau telah bersara dalam Pangkat Pegawai Waran I.

Sewaktu dalam Pasukan 42 Komando Tentera British, beliau pernah menyelamatkan pegawai pemerintahnya daripada maut.

Beliau hampir ditawan oleh tentera Siliwangi sewaktu zaman konfrantasi.

Beliau pernah dikerah menyertai satu operasi khas pada hari perkahwinannya.

Setiap kali beliau terlibat dalam pertempuran dengan musuh, beliau akan bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang dianggapnya sebagai Pak Haji.

Dalam Gerakan Setia 8/79, pasukannya bertempur pada Hari Gawai, iaitu hari paling gembira bagi masyarakat Iban.

Bagi mengelak terkena badi, beliau terpaksa memakan otak salah seorang pengganas yang dibunuhnya.


Dalam Gerakan Khas Setia pada awal 1980, beliau telah mendapat kecederaan parah kerana keberaniannya merempuh pertahanan musuh bagi menyelamatkan rakan-rakannya.

Akibat kecederaannya, selama seminggu beliau tidak sedarkan diri, sebulan pula berada dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) dan setahun berada di wad biasa.

Begitulah serba ringkas kisah tentang Kanang seperti mana tertulis dalam buku Kanang-Cerita Seorang Pahlawan (1991) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tulisan Mejar (B) Maznan Noordin.  

Di atas keberanian itu, mendiang dianugerahkan dua pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB). Sebelum ini mendianglah penerima PGB yang masih hidup, namun sekarang hanya jasa jadi kenangan. 

Bukan hero sebenar.

Namun, mendiang 'bukanlah hero sebenar' kata mereka. Terpulanglah, kita seluruhnya rakyat Malaysia yang cintakan tanahair ini tahu dan boleh menilai sendiri. Apa yang pasti, mendiang Kanang memang tidak 'sehebat' hero keagungan mereka itu.


Mungkin inilah hero yang sebenar-benarnya.

Sebelum ini, mereka sudah panas hati, baca di sini.. kali ini panas sekali lagi. Kalau kepingin atau terasa diri juga layak diberi upacara Penghormatan Negara, cepat-cepatlah mati. 




sk : senapang yang bengkok pun boleh menembak...berhati-hati

1 comment:

  1. Pencacai PR yg menulis. Mesti keluar cerita2 bangang punya. Malaysia ni kalu dapat kat diorang Chin Peng confirm dapat gelaran 'Tun' punya.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...