PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Thursday, 10 January 2013

#KL121 Selamat Berhimpun, Patuhi Segala Arahan, Segalanya Mudah


Sabtu ini 12 Januari 2013, Himpunan Kebangkitan Rakyat diharapkan akan berlangsung dengan 'jaya dan meriahnya' di stadium penuh bersejarah, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, pihak Polis sendiri akan memberikan kerjasama yang sewajarnya di samping juga akan bertindak sebagai Fasilitator agar perhimpunan ini berjalan dengan lancar dan terkawal. Apa pun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti bagaimana.
Tahniah, kita ucapkan dan terima kasihlah kepada pakatan pembangkang kerana memilih stadium dan bukannya di jalanan atau di Dataran Merdeka. Permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka sudahpun diluluskan. Kita harap tidak berlakulah apa-apa kerosakan atau kemusnahan fasiliti di stadium tersebut kerana ia adalah monumen warisan negara.

Selasa lalu, Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Datuk Mustafa Ali, Datuk Teng Chang Khim wakil DAP dan Marina Chin Abdullah wakil NGO serta beberapa yang lain telah pun bertemu sendiri dengan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman memohon mengadakan perhimpunan.

Tiada masalah dari KPN untuk beri kebenaran. Baik sungguh Polis. Kalau tak beri nanti puak-puak ni mengamuk pula sebab KPN tak ikut Perkara 10 dalam Perlembagaan negara iaitu kebebasan bersuara dan berhimpun.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin pun tiada halangan, cuma beliau mahu pembangkang memastikan perhimpunan yang diadakan itu tidak bertukar menjadi rusuhan seperti siri perhimpunan Bersih tahun lalu. Baik sungguh Menteri Dalam Negeri.
Tapi Ketua Polis Negara menegaskan juga supaya penganjur perhimpunan ini mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Akta ini antara lain menegaskan, seseorang itu melakukan kesalahan jika bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan, menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak (bawah 15 tahun) menyertai perhimpunan serta merekrut atau membawa anak-anak kecil untuk perhimpunan.
Dalam pada itu, Mat Sabu sendiri tidak dapat memberikan jumlah peserta yang bakal hadir ke pehimpunan pada Sabtu ini. Dia juga berkata tidak akan ada perarakan dan orang ramai boleh datang sendiri ke Stadium Merdeka. Kita pegang kata-kata Bang Mat ni.

Selamat berhimpun. Semoga bila berada dalam perut stadium keramat yang juga tempat berlakunya peristiwa bersejarah kemerdekaan negara itu, akan tersentuhlah hati, terbukalah pintu hati dan tersedarlah akal fikiran sahabat-sahabat seagama dan sebangsa untuk kembali sedar yang mana intan dan yang mana kaca. Amin.

Apapun, kita tunggu dan lihatlah.

sk : mudah-mudahan hujan turun pada petang Sabtu ni, dapatlah ia menyucikan hati nurani puak-puak ni semua...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...